Pejabat Meteorologi Kapit

Call Directions Contact the organization

Pejabat Meteorologi Kapit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Meteorologi Kapit, Government Organization, Jalan Bleteh, Kapit.

Pejabat ini mula beroperasi sejak tahun 2006 dan memiliki 3 buah Rumah Jabatan.Pejabat ini dilengkapi oleh peralatan cuaca automatik (AWS) bagi membekalkan laporan data cuaca kawasan sekitar.

15/10/2026

𝗝𝗘𝗥𝗘𝗕𝗨 𝗩𝗦 𝗞𝗔𝗕𝗨𝗦
𝙉𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙢𝙖, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙯𝙖!

Sekali pandang, fenomena jerebu dan kabus kelihatan hampir serupa kerana kedua-duanya mengurangkan jarak penglihatan. Tetapi jangan keliru, kedua-duanya mempunyai punca pembentukan dan kesan yang sangat berbeza terhadap kehidupan seharian kita.

Peka dengan keadaan persekitaran anda. Fahami perbezaannya dan sentiasa utamakan keselamatan serta kesihatan diri dan keluarga!






15/10/2026

𝗞𝗘𝗦𝗜𝗔𝗣𝗦𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜, 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗡

Sempena Forum Iklim Kebangsaan 2026 (FIK 2026) yang bertemakan “Kesiapsiagaan Hari Ini, Ketahanan Masa Hadapan”, YBrs. Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MET Malaysia, telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Tinjauan Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dan Cabaran Iklim Negara dalam Persekitaran El Niño”.

Ucaptama ini menegaskan kepentingan kesiapsiagaan bersama, sistem amaran awal yang berkesan dan tindakan pantas oleh agensi pengurusan bencana serta masyarakat dalam menghadapi risiko cuaca ekstrem.

Beliau memaklumkan, MTL dijangka bermula pada penghujung Oktober 2026 dan berterusan sehingga pertengahan Mac 2027, dengan potensi 3 hingga 5 episod hujan lebat berterusan yang boleh meningkatkan risiko banjir di beberapa kawasan. Fenomena El Niño yang dijangka mencapai tahap El Niño sangat kuat antara Oktober 2026 hingga Januari 2027 berpotensi meningkatkan risiko gelombang haba, jerebu serta gangguan bekalan air dan tenaga.

Kesiapsiagaan hari ini ialah asas kepada ketahanan negara pada masa hadapan.










12/10/2026
06/10/2026
06/10/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Hubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.





21/09/2026

🌧️ 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐑𝐔 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍:𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀) 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | 𝟏𝟗- 𝟐𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌧️

Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 19 - 20 September 2026 sebagai langkah intervensi bagi mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan yang menyebabkan IPU di beberapa lokasi mencapai tahap tidak sihat.

📍Logistik & Kerjasama: Operasi menggunakan pesawat C130-Hercules TUDM dengan kerjasama NADMA, CAAM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

📍Sebanyak 4 tangki larutan garam telah digunakan sepanjang misi ini.

📍Hasil Operasi:

* Jumlah Hujan: Rekod menunjukkan taburan hujan tertinggi di Empangan Klang Gates pada 20 September 2026 sebanyak 80.22mm .

📍Analisis menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kumulus menara serta kelembapan atmosfera yang tinggi membantu keberkesanan operasi OPA.

MET Malaysia akan terus memantau keadaan cuaca dan dapatkan ramalan serta amaran cuaca terkini daripada laman sesawang rasmi, aplikasi MYCuaca dan media sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri







19/09/2026

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀) | 𝟏𝟗-𝟐𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑, 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀

Operasi Pembenihan Awan (OPA) pada 19 September 2026 dilaksanakan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerajaan melalui NADMA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan OPA ini.

OPA merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan kesan jerebu dan memperbaiki keadaan kualiti udara di kawasan terjejas. Pelaksanaan OPA bagaimanapun tertakluk kepada keadaan cuaca dan kewujudan awan yang sesuai bagi proses pembenihan awan.





11/09/2026

𝐑𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐒𝐈𝐆𝐍𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐍

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan rantau negara dijangka menerima pengaruh angin dari arah selatan sepanjang minggu ini. Merujuk kepada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), bilangan titik panas masih kekal tinggi di selatan Sumatera dan Kalimantan yang berpotensi mengakibatkan cuaca berjerebu dan jarak ketampakan rendah di selatan Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuk WP Labuan dalam tempoh ramalan.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 11.00 pagi
Tarikh: 5 September 2026




11/09/2026

🌞 𝐄𝐋 𝐍𝐈𝐍̃𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕

🌡️ Cuaca panas dan kering ekstrem berpotensi melanda Malaysia.

Fenomena El Niño dijangka memberi perhatian khusus menjelang penghujung tahun 2026 hingga awal 2027, dengan keadaan cuaca panas dan kering yang berpotensi menjadi lebih ketara.

🔥 Antara perkara yang perlu diberi perhatian:
☀️ Cuaca panas & gelombang haba – peningkatan suhu dan risiko kesihatan berkaitan haba.
🌾 Hujan berkurang & tempoh kering lebih panjang – memberi kesan kepada sumber air dan sektor pertanian.
🌳 Kebakaran hutan & jerebu – risiko kebakaran serta pencemaran udara boleh meningkat.

📌 Penghujung 2026 dijangka menjadi tempoh penting apabila kesan El Niño semakin ketara, manakala Januari hingga Mei 2027 turut perlu diberi perhatian terhadap keadaan panas dan kering ekstrem serta risiko jerebu.

Ikuti maklumat dan perkembangan cuaca terkini daripada MET Malaysia melalui saluran rasmi dan aplikasi myCuaca.





Address

Jalan Bleteh
Kapit
96800

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+6084796011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Meteorologi Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Meteorologi Kapit:

Shortcuts

Share

Nearby government services