17/09/2026
DUA TAHUN MENERAJUI AADK, TRANSFORMASI TERUS DIPACU
Genap dua tahun Dato’ Ruslin Jusoh menerajui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak 17 September 2024, menyaksikan usaha transformasi organisasi terus dipacu bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan antidadah kepada masyarakat.
Sepanjang tempoh 24 bulan kepimpinan, pelbagai usaha dan pembaharuan terus digerakkan merangkumi aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan, penguatkuasaan serta pengukuhan perkhidmatan AADK dalam mendepani cabaran penyalahgunaan dadah dan bahan.
Berteraskan kepimpinan berintegriti, tindakan berimpak dan AADK yang lebih progresif, komitmen ini diteruskan bagi memastikan setiap usaha bukan sahaja membawa perubahan kepada organisasi, malah memberi manfaat kepada klien, keluarga dan komuniti.
Dua tahun menerajui.
Dua tahun memacu transformasi.
Satu tekad untuk terus memperkasa pemulihan dan membina masa depan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah