08/10/2026
*MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR*
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,
*MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU*
Untuk makluman semua, selaras dengan *Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM)* bertarikh *8 Oktober 2026,* semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah *DITUTUP SEPENUHNYA MULAI 9 Oktober 2026* susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh *Jabatan Pendidikan Negeri Selangor*.
Sehubungan itu:
1. *Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah JPN Selangor ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.*
2. *Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.*
3. *Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.*
4. *Ibu bapa/penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.*
5. *Ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Selangor/KPM.*
6. *Semua PPD dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.*
7. *Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.*
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
*Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim*
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor