Muslimat PAS DUN Air Putih

Directions

Muslimat PAS DUN Air Putih ๐ŸŒนSayap Kiri PAS
๐ŸŒนJentera Muslimat Dun Air Putih
๐ŸŒนEjen Penerangan
๐ŸŒนPenyambung Mata Rantai Perjuangan

Jeng-jeng Jeng..Ini lah wajah pemenang Bowling Mahabbah Muslimat Pas Dun Air Putih 1.0๐Ÿฅ‡Johan Pertandingan dirangkul oleh...
03/10/2026

Jeng-jeng Jeng..
Ini lah wajah pemenang Bowling Mahabbah Muslimat Pas Dun Air Putih 1.0

๐Ÿฅ‡Johan Pertandingan dirangkul oleh

๐ŸŽณAminah
๐ŸŽณMaisharah
๐ŸŽณRosayu
๐ŸŽณWan Rafidah
๐ŸŽณWan Hamidah

๐ŸฅˆNaib Johan dirangkul oleh

๐ŸŽณDalilah
๐ŸŽณNiza
๐ŸŽณSuhana
๐ŸŽณWan Zahliah
๐ŸŽณNur Aida

๐Ÿฅ‰Tempat Ketiga dirangkul oleh

๐ŸŽณSarinah
๐ŸŽณRosuzah
๐ŸŽณArbaeiyah
๐ŸŽณRosanani
๐ŸŽณSh Ain

Johan Individu

๐Ÿฅ‡Haslina
๐ŸฅˆWan Zahliah
๐Ÿฅ‰Wan Rafidah

Tahniah semua!

๐™’๐™š๐™ž ๐™‡๐™–๐™–, ๐˜ฟ๐™ค๐™ ๐™ก๐™– ๐™˜๐™ค๐™ข๐™š๐™ฎ ๐™—๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ช๐™ค๐™ ๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™ค๐™ !!Doh hok menang cabutan dok comey ke๐Ÿซ Tahniah semua pemenang cabutan bertuah kita di ...
03/10/2026

๐™’๐™š๐™ž ๐™‡๐™–๐™–, ๐˜ฟ๐™ค๐™ ๐™ก๐™– ๐™˜๐™ค๐™ข๐™š๐™ฎ ๐™—๐™š๐™ง๐™ฉ๐™ช๐™ค๐™ ๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™ค๐™ !!
Doh hok menang cabutan dok comey ke๐Ÿซ 

Tahniah semua pemenang cabutan bertuah kita di Program Bowling Mahabbah Muslimat Dun Air Putih kelmarin.

Hadiah utama disampaikan oleh Puan Norsarinah Wahab mersngkap perasmi program yang juga suri hati YB Mohd Hafiz Adam ADUN Air Putih, diikuti oleh Pn Hajah Rosuzah seterusnya Jawatankuasa Harian Muslimat Dun Air Putih yang terdiri daripada Pn Nor Arbaeiyah Wahab, Puan Zarina Zakaria, Puan Maisarah Jusoh, Puan Haslinawati Jamaludin dan ramai lagi.

Terima kasih tak terhingga dirakamkan buat ahli jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menyempurnakan program riadah yang baik ini.

Insya Allah jumpa lagi.

๐ŸŽณPower!Tu la ungkapan sesuai untuk muslimat kita.Napok je muslimah, tapi dok โ€˜barangโ€™ oghang tranung royak. Ramai yang b...
02/10/2026

๐ŸŽณPower!

Tu la ungkapan sesuai untuk muslimat kita.
Napok je muslimah, tapi dok โ€˜barangโ€™ oghang tranung royak. Ramai yang berbakat rupanya.

Banyak โ€˜momentโ€™ indah, ceria dan sporting admin nak kongsi. Apa yang pasti, objektif pertandingan Bowling Mahabbah Muslimat Dun Air Putih ini dapat direalisasikan. Silaturrahim sesama kita semakin kuat dan utuh.

Nah, terimalah aksi mendebarkan ini..
Biar gambar berbicara.
Ce wah..๐ŸŽณ



๐Ÿ‡Yang jauh kita dekati, yang sakit kita santuni.Cantik cuaca petang ni, kami team kebajikan muslimat tak mensia-siakanny...
30/09/2026

๐Ÿ‡Yang jauh kita dekati, yang sakit kita santuni.

Cantik cuaca petang ni, kami team kebajikan muslimat tak mensia-siakannya. Sekejap tadi kami berkesempatan menziarahi Haji Wahab bin Awang Merah, 72 tahun, yang juga merupakan bapa mertua YB ADUN Air Putih.

Beliau kini sedang berehat selepas menjalani rawatan akibat kecederaan pada mata kirinya. Di samping itu, beliau juga sedang berpantang dari penyakit gout.

Sedikit buah tangan dari rombongan kami yang diketuai Puan Hajah Rosuzah Mohd Jusoh sebagai tanda ingatan. Kami mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kesihatan dan kekuatan seperti sediakala.

๐Ÿคฒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณูุŒ ุฃูŽุฐู’ู‡ูุจู ุงู„ู’ุจูŽุฃู’ุณูŽุŒ ูˆูŽุงุดู’ูู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุดูŽู‘ุงูููŠ

โ€œYa Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan dan sembuhkanlah. Engkaulah Maha Penyembuh.โ€

Semoga Allah SWT mengangkat segala kesakitan dan menggantikannya dengan kesihatan yang baik. Amin Ya Rabbal โ€˜Alamin. ๐Ÿค๐ŸŒฟ



26/09/2026
๐’ซ๐ธ๐‘€๐ธ๐‘…๐’ฆ๐’œ๐’ฎ๐’œ๐’œ๐’ฉ ๐‘€๐’ฐ๐’ฎ๐ฟ๐ผ๐‘€๐’œ๐’ฏ ๐’ฐ๐’Ÿ๐‘€ ๐’ฎ๐ธ๐ต๐ธ๐‘…๐’œ๐’ฉ๐’ข ๐’ฏ๐’œ๐’ด๐’ฐ๐‘…Alhamdulillah, berlangsung pertemuan dan pengukuhan ukhuwwah bersama Muslimat Caw...
25/09/2026

๐’ซ๐ธ๐‘€๐ธ๐‘…๐’ฆ๐’œ๐’ฎ๐’œ๐’œ๐’ฉ ๐‘€๐’ฐ๐’ฎ๐ฟ๐ผ๐‘€๐’œ๐’ฏ ๐’ฐ๐’Ÿ๐‘€ ๐’ฎ๐ธ๐ต๐ธ๐‘…๐’œ๐’ฉ๐’ข ๐’ฏ๐’œ๐’ด๐’ฐ๐‘…

Alhamdulillah, berlangsung pertemuan dan pengukuhan ukhuwwah bersama Muslimat Cawangan Seberang Tayur, disusuli taujihat berkaitan perkembangan politik semasa yang semakin dinamik yang memerlukan kesiapsiagaan gerak kerja.

Pertemuan turut menekankan kepentingan memperkasa jentera entiti Muslimat, memperkemas gerak kerja di akar umbi serta sentiasa bersedia menghadapi PRN dan PRU yang bakal tiba.

Semoga terus istiqamah, bersatu hati dan memperkukuh perjuangan demi agama, rakyat dan ummah.





https://www.facebook.com/share/1FbbrxnNSE/?mibextid=wwXIfr

25/09/2026

๐Ÿ”ด SIARAN LANGSUNG ๐Ÿ”ด

๐Ÿ“š MEDAN ILMU DUN AIR PUTIH

Jom luangkan pagi Jumaat dengan mengisi jiwa dan menambah bekal ilmu.

Medan Ilmu DUN Air Putih kali ini menampilkan jemputan khas :
Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman, Ketua Eksekutif Kolej Al-Quran Terengganu.

๐Ÿ—“๏ธ 25 September 2026 | 13 Rabiulakhir 1448H
โฐ Jumaat | 8.30 pagi
๐Ÿ“ Pekarangan Pasar Binjai

Datanglah bersama keluarga dan sahabat. Moga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi langkah yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.

JEJAK USAHAWAN ZON AKoleksi Sri Damai โ€“ Mengukir Impian di Sebalik Busana PengantinSetiap helaian busana pengantin bukan...
23/09/2026

JEJAK USAHAWAN ZON A
Koleksi Sri Damai โ€“ Mengukir Impian di Sebalik Busana Pengantin

Setiap helaian busana pengantin bukan sekadar kain dan rekaan, tetapi hadir bersama sebuah impian โ€” untuk menjadikan hari bahagia pasangan pengantin lebih indah dan bermakna.

Koleksi Sri Damai, sebuah perniagaan yang mengusahakan bridal dan busana pengantin mula beroperasi sejak tahun 2005. Bermula dengan penuh kesungguhan dan minat dalam dunia pengantin, usaha ini terus bertahan merentasi pelbagai cabaran dan perubahan zaman.

Pandemik COVID-19 dan tempoh PKP turut memberi kesan kepada operasi perniagaan. Kedai terpaksa ditutup, namun semangat untuk meneruskan perniagaan tidak pernah terhenti. Kini, operasi diteruskan dari rumah dengan komitmen yang sama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Antara cabaran utama dalam bidang ini ialah keperluan modal yang besar. Dunia bridal sentiasa bergerak seiring dengan perubahan trend dan citarasa pelanggan. Peralatan serta kelengkapan juga perlu sentiasa diperbaharui mengikut arus kemajuan โ€” termasuk set pekaian,sofa, pelamin dan dekorasi yang sentiasa berubah mengikut konsep serta trend terkini.

Lebih menarik, masa turut diperuntukkan untuk menghasilkan draf dan pelan pelamin berdasarkan citarasa serta kehendak pelanggan. Setiap pasangan mempunyai impian tersendiri, dan menjadi tanggungjawab pengusaha untuk menterjemahkan impian tersebut kepada sebuah rekaan yang cantik, bersesuaian dan berkesan.

Bukan sekadar menyediakan busana pengantin, Koleksi Sri Damai turut menawarkan pelbagai pakej bagi memudahkan urusan pelanggan, antaranya:

๐Ÿ‘ฐ Persalinan pengantin
๐ŸŒธ Pelamin dan dekorasi
๐Ÿฝ๏ธ Catering
โ›บ Kanopi
๐ŸŽ Gubahan hantaran

Daripada busana hingga ke pelamin, daripada hidangan hingga ke gubahan hantaran โ€” semuanya dirancang bagi membantu pasangan pengantin menikmati hari bahagia dengan lebih mudah dan sempurna.

Bermula pada tahun 2005, langkah seorang wanita bernama Puan Rahemah binti Embong dalam dunia busana pengantin bukanlah sesuatu yang mudah.

Berasal dari Kuala Terengganu , beliau berhijrah ke Kemaman demi mencari ruang dan peluang membina kehidupan. Di bumi Kemaman inilah beliau bukan sahaja menemukan rezeki, malah menemukan jodoh dengan insan pilihan hati, Allahyarham Azmi bin Ali .

Daripada sebuah permulaan yang sederhana, lahirlah Koleksi Sri Damai, sebuah perniagaan yang memberi tumpuan kepada busana pengantin dan kelengkapan untuk pasangan yang bakal melangkah ke alam rumah tangga.

๐Ÿ‘ฐ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ Mengusahakan bridal bukan sekadar menyediakan pakaian pengantin.

Di sebalik setiap persalinan yang indah, terdapat tuntutan untuk sentiasa mengikuti trend, fesyen dan citarasa semasa. Dunia bridal sentiasa berubah. Rekaan, warna, potongan dan gaya perlu sentiasa diperbaharui agar pelanggan mendapat pilihan yang terkini.

Tidak hairanlah, bidang ini memerlukan modal yang besar, kreativiti yang berterusan serta keberanian untuk membuat pelaburan demi memastikan koleksi sentiasa segar dan relevan dengan perkembangan fesyen.

Namun, bagi Puan Rahemah, setiap cabaran adalah sebahagian daripada perjalanan.

Ada masa senang, ada masa sukar. Ada ketika perniagaan berkembang, ada ketika perlu bertahan. Tetapi pengalaman selama lebih dua dekad mengajar bahawa kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata.

Ia dibina sedikit demi sedikit dengan usaha, kesabaran, keberanian dan istiqamah.

Lebih menyentuh hati, perjalanan ini kini diteruskan selepas pemergian suami tercinta, Allahyarham Azmi bin Ali yang telah meninggal dunia pada tahun lalu.

Kehilangan insan yang menjadi teman hidup pastinya meninggalkan ruang yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Namun, di sebalik ujian itu, Puan Rahemah terus melangkah dan meneruskan usaha yang telah dibina sekian lama.

Hari ini, Koleksi Sri Damai bukan sekadar sebuah perniagaan. Ia menjadi catatan perjalanan seorang wanita yang memilih untuk terus bangkit, terus berkarya dan terus mencari rezeki dengan penuh ketabahan.

Jejak Usahawan bukan hanya tentang kejayaan berniaga.

Ia tentang kisah manusia di sebalik sebuah perniagaan โ€” tentang impian, pengorbanan, keluarga, kehilangan dan kekuatan untuk terus melangkah.

Semoga perjalanan Puan Rahemah dan Koleksi Sri Damai terus berkembang, dimurahkan rezeki serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mencipta kejayaan melalui usaha sendiri.

Kerana di sebalik setiap busana pengantin yang indah, ada tangan seorang usahawan yang penuh kesungguhan menjadikannya sebuah impian yang nyata.

Dari 2005 hingga hari ini, perjalanan Koleksi Sri Damai membuktikan bahawa kejayaan dalam perniagaan bukan hanya tentang modal yang besar, tetapi juga keberanian untuk berubah, kreativiti dalam menghasilkan idea baharu dan kesungguhan memahami kehendak pelanggan.

Terus melangkah, terus berkarya.
Kerana di sebalik setiap perniagaan yang bertahan, ada usaha, pengorbanan dan impian yang tidak pernah padam.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau boleh hubungi Puan Rahemah ditalian :
+60 13-930 1409
Insyaallah harga sangat berpatutan.





23/09/2026

๐Ÿ”ฅ PENTAS RAKYAT 2.0 KEMBALI MENGGEGAR! ๐Ÿ”ฅ

โ€œMafia Korporat, Integriti dan Kuasa: Siapa Berani Bongkar?โ€

Isu yang rakyat mahu tahu, persoalan yang menuntut jawapan dan suara yang berani menyatakan kebenaran โ€” semuanya bakal dikupas secara terbuka di Pentas Rakyat 2.0!

๐ŸŽ™๏ธ Barisan jemputan istimewa:

๐ŸŸข YB Senator Ustaz Che Alias Hamid
Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman

๐ŸŸข Cheโ€™ Gu Bard
Aktivis Politik dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

๐ŸŸข YB Dr. Fakhruddin
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia

๐ŸŸข YBhg. Ustaz Hazri Jusoh
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal

๐Ÿ“… Jumaat | 25 September 2026
โฐ 9.00 malam
๐Ÿ“ Dewan Sivik Kijal

Ayuh hadir beramai-ramai untuk mendengar kupasan isu semasa serta pembongkaran yang berani dan penuh fakta!

Jangan sekadar dengar cerita, turun dan dengar sendiri pembongkarannya!

๐Ÿ“ข Semua dijemput hadir!





Address

Air Putih
Kemaman
24030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat PAS DUN Air Putih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share