JUD Selatan

Call Directions

JUD Selatan Salam 1 Malaysia warga JUD Selatan... Fan Page Rasmi ini ditubuhkan bertujuan utk update segala aktiviti yang dijalankan...

Salam Takziah...Semua warga PUDTS turut berdukacita dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Bi...
10/10/2026

Salam Takziah...
Semua warga PUDTS turut berdukacita dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Bin Zahari, telah kembali ke rahmatullah pada 10 Okt 2026 (Sabtu) di Kg Gong Limau, Kemaman, Terengganu.

Semoga seluruh keluarga arwah tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Majlis Pertukaran Kakitangan PUDTS​Seluruh warga kerja ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke...
27/09/2026

Majlis Pertukaran Kakitangan PUDTS

​Seluruh warga kerja ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Wan Hamidee Bin Wan Ismail atas segala jasa, bakti, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama kami.
​Beliau bakal meneruskan perkhidmatan di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Tengah berkuat kuasa pada 1 Oktober 2026.
​
​Semoga Encik Wan Hamidee terus cemerlang, diberikan dipermudahkan segala urusan, dan dilimpahi kejayaan di tempat kerja yang baharu.

Terima kasih atas setiap kenangan dan kerjasama yang diberikan!

​

🔥 KURSUS KESELAMATAN, PERLINDUNGAN KEBAKARAN & PERTOLONGAN CEMAS 🔥​Keselamatan di tempat kerja keutamaan kita bersama!​S...
27/09/2026

🔥 KURSUS KESELAMATAN, PERLINDUNGAN KEBAKARAN & PERTOLONGAN CEMAS 🔥
​Keselamatan di tempat kerja keutamaan kita bersama!

​Satu kursus pendedahan keselamatan dan pertolongan cemas telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan, Kemaman.
​Sesi ilmu dan latihan praktikal ini disampaikan secara terus oleh penceramah khas daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

​Antara pengisian sepanjang kursus:

✅ Teori & Asas Pencegahan Kebakaran di Pejabat
✅ Latihan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher)
✅ Asas Pertolongan Cemas & Taktik Menyelamatkan Diri
✅ Panduan Mengendalikan Situasi Kecemasan di Tempat Kerja

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Bomba atas perkongsian ilmu yang amat berguna ini. Semoga semua warga kerja Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan lebih bersiap sedia dan prihatin terhadap aspek keselamatan.
​"Keselamatan Bermula Daripada Kita!" 🧑‍🚒🧯
​

27/09/2026
🔥 MAKLUMAN KURSUS KESELAMATAN KEBAKARAN & PERTOLONGAN CEMAS 🔥​Warga Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan dijemput untu...
24/09/2026

🔥 MAKLUMAN KURSUS KESELAMATAN KEBAKARAN & PERTOLONGAN CEMAS 🔥

​Warga Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan dijemput untuk menghadiri kursus latihan keselamatan dan pertolongan cemas bagi meningkatkan pengetahuan serta kesiapsiagaan diri ketika menghadapi situasi kecemasan.

​Maklumat program adalah seperti berikut:

​📅 Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan
👨‍🚒 Penceramah / Penceramah Jemputan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA)

​Objektif Program:

​Memahami langkah asas pencegahan dan tindakan awal kebakaran.
​Mempelajari teknik pertolongan cemas asas (First Aid) yang betul.
​Meningkatkan kesedaran keselamatan di tempat kerja dan kehidupan seharian.

​Semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dimohon untuk menghadirkan diri tepat pada waktunya. Kehadiran anda amat dihargai demi keselamatan bersama.

​

ZIARAH KAKITANGAN DI HOSPITAL KEMAMANKemaman, 9 September 2026 – Juruukur Daerah, Pn. Nurul Hayati binti Ismail, telah m...
10/09/2026

ZIARAH KAKITANGAN DI HOSPITAL KEMAMAN

Kemaman, 9 September 2026 – Juruukur Daerah, Pn. Nurul Hayati binti Ismail, telah mengadakan kunjungan ziarah kepada En. Suhaimi bin Zahari, Pembantu Khidmat Am, yang sedang menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Kunjungan ini merupakan tanda keprihatinan dan mengambil berat pihak jabatan terhadap kebajikan serta kesihatan warga kerja.

Semoga En. Suhaimi bin Zahari diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga beliau terus diberikan kekuatan dan semangat untuk menjalani tempoh rawatan serta kembali bertugas seperti sediakala.

“Kebajikan warga kerja sentiasa menjadi keutamaan.” 🤲

LAWATAN KERJA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN NEGERI KE PEJABAT UKUR DAERAH TERENGGANU SELATAN​Sekitar suasana Lawatan Kerja ...
09/09/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN NEGERI KE PEJABAT UKUR DAERAH TERENGGANU SELATAN

​Sekitar suasana Lawatan Kerja oleh LSr Siti Zainun Binti Mohamad, Pengarah Ukur Dan Pemetaan Negeri Terengganu ke Pejabat Ukur Daerah Trg Selatan pada 9.09.2026.

​Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memantau pengoperasian pejabat di peringkat daerah, selain membincangkan isu-isu teknikal serta kebajikan kakitangan. Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Juruukur Daerah, Sr Nurul Hayati Binti Ismail menekankan kepentingan memperkasakan penyampaian perkhidmatan ukur dan pemetaan.

​Terima kasih diucapkan kepada Pengarah atas kesudian meluangkan masa dan memberikan amanat yang cukup bermakna buat kami semua di peringkat daerah.

LAWATAN SEMPADAN TERENGGANU/PAHANG DI BUKIT GELIGA​Sesi Lawatan Sempadan Negeri Terengganu/Pahang telah berjaya dilaksan...
09/09/2026

LAWATAN SEMPADAN TERENGGANU/PAHANG DI BUKIT GELIGA

​Sesi Lawatan Sempadan Negeri Terengganu/Pahang telah berjaya dilaksanakan pada 9.9.2026 di kawasan Bukit Geliga.

​Lawatan ini bermula dari Stesen Trigonometri (Stn Trig) Bukit Geliga dan berakhir di Teluk Lipat.

​Agensi Terlibat:

-Bahagian Hal Ehwal Sempadan (JUPEM Malaysia),
​JUPEM Pahang dan
​JUPEM Terengganu

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan petugas yang terlibat atas komitmen tinggi menyempurnakan Lawatan ini! 🇲🇾✨

​

27/08/2026

Address

Jalan Air Putih
Kemaman
24000

Telephone

+6098591289

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUD Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share