Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Negeri Johor, Government Website, Kempas.
Memastikan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat terpelihara melalui pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan berkaitan penerbitan, teks al-Quran dan Hadith, filem dan industri kawalan keselamatan secara telus, berkesan dan berterusan.
25/11/2024
24 NOVEMBER 2024 / 22 JAMADILAWAL 1446 (AHAD)
PK Johor telah mengadakan Latihan Fizikal Dan Sukan di Padang Malinja, Bandar Baru Uda, Johor Bahru .Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dan kerja berpasukan dalam kalangan anggota unit penguatkuasa dan unit pentadbiran.
24/11/2024
22 NOVEMBER 2024 / 20 JAMADILAWAL 1446 (SABTU)
PK Johor telah menyertai 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐁𝐚𝐢𝐤 𝐂𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐤𝐢𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 anjuran AADK JOHOR di Dewan Serbaguna,Taman Sri Lambak,Kluang .PK Johor juga menyediakan ruang reruai untuk maklumat mengenai AMCP 1984, APTQ 1986, AAP 1971 dan APF 2002 yang dikuatkuasakan . PK Johor juga telah diperkenalkan sebagai entiti penguatkuasa di bawah KDN terutama kawalan teks Al-Qur'an dan Al-Hadith dan tatacara menjaga kesucian dan pelarutan Al-Qur'an kepada komuniti masyarakat Kluang.
29/10/2024
Setiap cahaya yang dinyalakan bukan sekadar lampu, tetapi lambang harapan untuk dunia yang lebih baik. Marilah kita menjadi pembawa cahaya dalam kehidupan kita sendiri dan orang lain.Selamat Hari Deepavali.
25/10/2024
24 OKTOBER 2024 / 21 RABIULAKHIR 1446 (KHAMIS)
PK Johor telah menyertai 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐬𝐢𝐤𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 (𝐏𝐈𝐒) 𝟐𝟎𝟐𝟒 di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil , Politeknik Ibrahim Sultan .PK Johor juga menyediakan ruang reruai untuk maklumat mengenai AMCP 1984, APTQ 1986, AAP 1971 dan APF 2002 yang dikuatkuasakan selain pengenalan program "Jom Exchange Al-Qur'an" (JEQ) dan Advokasi .Program (Jom Exchange Al-Qur'an) yang mendapat sambutan menggalakkan sebanyak 26 naskhah telah diganti. PK Johor juga telah diperkenalkan sebagai entiti penguatkuasa di bawah KDN terutama kawalan teks Al-Qur'an dan Al-Hadith dan tatacara menjaga kesucian dan pelarutan Al-Qur'an kepada pelajar-pelajar dan juga tenaga pengajar Politeknik Ibrahim Sultan.
23/10/2024
23 OKTOBER 2024 / 20 RABIULAKHIR 1446 (RABU)
PK Johor telah mengadakan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘁𝗵 di Dewan As-Sheikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi, Pejabat Pendidikan Islam daerah Johor Bahru. Penceramah bagi program ini ialah Ustaz Fakhrurrazi Bin Yusof yang merupakan Penolong Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor. Ustaz Fakhrurrazi memberikan penerangan berkaitan Panduan Penulisan Teks Hadith dan Semakan Status Kesahihan Teks Hadith.Selain itu PK Johor juga menyediakan ruang reruai untuk maklumat mengenai AMCP 1984, APTQ 1986, AAP 1971 dan APF 2002 yang dikuatkuasakan selain pengenalan program "Jom Exchange Al-Qur'an" (JEQ) dan Advokasi .Program (Jom Exchange Al-Qur'an) yang mendapat sambutan menggalakkan sebanyak 40 naskhah telah diganti. PK Johor juga telah diperkenalkan sebagai entiti penguatkuasa di bawah KDN terutama kawalan teks Al-Qur'an dan Al-Hadith dan tatacara menjaga kesucian dan pelarutan Al-Qur'an kepada guru-guru dari sekolah-sekolah Agama di Sekitar Johor Bahru.
23/10/2024
13/10/2024
12 OKTOBER 2024 / 9 RABIULAKHIR 1446 (SABTU)
PK Johor telah menyertai 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐉𝐈𝐇𝐀𝐃 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇/ 𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐁𝐚𝐡𝐫𝐮 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐢 anjuran AADK JOHOR di Masjid Al-Asma' Ul Husna Bandar Uda Utama Johor Bahru.Sesi perkongsian ilmu dan maklumat mengenai AMCP 1984, APTQ 1986, AAP 1971 dan APF 2002 yang dikuatkuasakan selain pengenalan program "Jom Exchange Al-Qur'an" (JEQ) dan Advokasi .Mewujudkan kolaborasi PK KDN dengan AADK Negeri Johor dan Komuniti masjid.Isu-isu Penyelewengan Al-Qur'an/Akta 1986(P) 2023 telah dikongsikan bersama komunit di kawasan tersebut. PK Johor juga telah diperkenalkan sebagai entiti penguatkuasa di bawah KDN terutama kawalan teks Al-Qur'an dan Al-Hadith dan tatacara menjaga kesucian dan pelarutan Al-Qur'an.
11/10/2024
10 OKTOBER 2024 / 7 RABIULAKHIR 1446 (KHAMIS)
PK Johor telah menyertai 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐊𝐞𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐌𝐊 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟒 di Dewan Seri Semekar, SMK Adela,Kota Tinggi, Johor.Sesi perkongsian ilmu dan maklumat mengenai AMCP 1984, APTQ 1986, AAP 1971 dan APF 2002 yang dikuatkuasakan selain pengenalan program "Jom Exchange Al-Qur'an" (JEQ) dan Advokasi .Mewujudkan kolaborasi PK dengan 12 agensi pendidikan daerah Kota Tinggi dan Bandar Penawar.Isu-isu Penyelewengan Al-Qur'an/Akta 1986(P) 2023 telah dikongsikan bersama komunit di kawasan tersebut. PK Johor juga telah diperkenalkan sebagai entiti penguatkuasa di bawah KDN terutama kawalan teks Al-Qur'an dan Al-Hadith dan tatacara menjaga kesucian dan pelarutan Al-Qur'an. Sebanyak 30 buah naskah Al-Quran telah diganti.
09/10/2024
KEJOHANAN MENEMBAK PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024
Check out penguatkuasaandankawalanjohor’s video.
06/10/2024
Alhamdulillah..
Tamat sudah Kejohanan Menembak Kebangsaan, Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan yang diadakan di Lapang Sasar Batalion 6 PGA Bakri Muar, Johor.
Selaku tuan rumah kejohanan ini, jutaan terima kasih kepada semua anggota PK Johor yang bertungkus lumus dari awal hingga akhir bagi memastikan perjalanan pertandingan ini berjalan dengan lancar dan berjaya.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pasukan PK Negeri dan Ibu Pejabat yang telah memberikan kerjasama serta semangat kesukanan yang tinggi semasa kejohanan ini berlangsung. Syabas untuk anda semua.
PK Johor memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan, kekurangan, kelemahan selama anda semua menjadi tetamu PK Johor untuk kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada PK Negeri yang menang. Untuk PK Negeri yang kalah, anda sebenarnya bukan
kalah, cuma kemenangan anda ditangguhkan.
Jumpa lagi pada tahun 2025 di PK Negeri Pahang.
17/09/2024
PROGRAM INSPIRASI MALAYSIA (I’M) ANJURAN BERSAMA KEMENTERIAN DALAM NEGERI, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI
KLUANG, 13 September 2024- Program Inspirasi Malaysia (I’M) anjuran bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi (KK) yang dihadiri oleh kira-kira 2000 orang peserta melibatkan golongan belia, penduduk kampung, pelajar sekolah, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) di SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang, Johor hari ini.
Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), Kementerian Dalam Negeri
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Mac 2018 dengan menggabungkan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ), Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (KF) dan sebahagian anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KK). Seksyen-seksyen di Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) adalah:
i. Seksyen Regulatori Penerbitan
ii. Seksyen Regulatori Al-Quran
iii. Seksyen Regulatori Hadith
iv. Seksyen Penguatkuasaan Dan Pematuhan
v. Seksyen Pengurusan Strategik
vi. Seksyen Khidmat Pengurusan
Akta-Akta yang dikawalselia:
i. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
ii. Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986
Akta-Akta yang dikuatkuasakan:
i. Akta Penapisan Filem 2002
ii. Akta Agensi Persendirian 1971
Listing takedown request
Tell us why this listing should be removed. Our team will review your request.