27/04/2026
PELAN INTERVENSI
24.04.2026 - Klien ini hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat kerana kembali terjebak kepada dadah (relaps). Memandangkan situasi ini menjejaskan emosi dan hubungan kekeluargaan, pegawai pemulihan telah melibatkan ahli keluarga dalam sesi kaunseling bagi mengenal pasti punca masalah serta membina sistem sokongan yang lebih baik.
Hasil sesi tersebut, pelan intervensi telah dirangka merangkumi tiga fokus utama:
Kerjaya:Klien yang telah menganggur selama empat bulan digalakkan mencari peluang pekerjaan baharu bagi membina semula rutin harian dan mencapai kestabilan hidup.
Kesihatan Mental : Memandangkan klien menunjukkan gejala tekanan serius dan kecenderungan membunuh diri akibat kesan dadah, satu rujukan ke Hospital Permai Johor Bahru telah dibuat bagi membolehkan klien mendapatkan rawatan pakar psikiatri.
Sokongan Sosial :Penekanan diberikan terhadap usaha memulihkan hubungan kekeluargaan sebagai tunjang utama dalam proses pemulihan jangka panjang klien.
Kesimpulan
Intervensi ini dirangka secara menyeluruh bagi membantu klien mencapai kestabilan emosi, sosial, dan kefungsian hidup yang lebih baik.
Pegawai pemulihan : Pn Hairunisha Binti Kamaruddin
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
07/04/2026
RUJUKAN ADVOKASI - V**E MUSHROOM
1.04.2026 - Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri ada keluarga yang dalam kemelut menghadapi realiti anak yang menjadi pengguna v**e mushroom. Sesi Bimbingan kelompok bersama keluarga kali ini bersama klien yang terlibat dengan mushroom/pedem dijalankan bagi memberi sokongan emosi, meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan peranan keluarga dalam proses pemulihan.
Keluarga dan klien hadir dan bersedia secara sukarela untuk menerima rawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan , Kedah.
Berbeza dengan PUSPEN lain, PUSPEN Karangan memfokuskan kepada remaja bawah 18 tahun. Remaja yng ditempatkan disini diberi peluang untuk belajar dan mengambil SPM. Tempoh hari Mimin ada kongsikan kejayaan penghuni disini dalam SPM. Peluang kedua bagi anak-anak yang keciciran disebabkan dadah. Anda boleh walk in secara sukarela ke sini untuk menerima rawatan.
Pegawai Pemulihan: Pn Hairunisha Binti Kamaruddin.
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
18/02/2026
Hye semua..
Ade ke bekas2 klien Puspen Tampoi ke Klinik Cure @ Care Tampoi?
14/02/2026
https://www.facebook.com/share/p/17oupYBaK1/?mibextid=wwXIfr
SI COMEL PENYUNTIK SEMANGAT
Betapa dadah memusnahkan hidup. Klien ini hadir bersama isteri dan anak yang baru 2 bulan melihat dunia. Kehilangan pekerjaan dan dibuang keluarga kerana kedegilan sendiri. Namun kelahiran bayi comel ini sedikit sebanyak menjentik hati klien untuk memulakan langkah perubahan.
Hasil advokasi klien berjanji untuk mengubah tabiat dan menjadi bapa yang bertanggungjawab. Klien baru mendapat pekerjaan dan akan menyusun jadual supaya kehidupan menjadi normal.
Tiada yang mustahil jika ada iltizam. Kuatkan semangat anda mampu mengubahnya!!
Pegawai pemulihan : Puan Hairunnisha Binti Kamarudin
~~~~~~~~~~~~~
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
12/02/2026
https://www.facebook.com/share/p/1DLhnU57bP/?mibextid=wwXIfr
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Jangan segan untuk hadir mendapatkan khidmat nasihat kepulihan. Kami sedia membantu anda.
____
Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
09/02/2026
Jom follow page AADK Kota Tinggi ❤️
https://www.facebook.com/share/p/1AdU9V5SKT/?mibextid=wwXIfr
Tak kira besar atau kecil langkah kita hari ini,
yang penting kita melangkah dengan senyuman 😊
Selamat memulakan hari pertama, semoga dipermudahkan semuanya 🤗
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Daerah Kota Tinggi , Sila Like Page :
FB AADK KOTA TINGGI
aadk.gov.my
Tik Tok AADK DAERAH KOTA TINGGI
https://www.tiktok.com/.daerah.kota?_r=1&_t=ZS-934zdto1P0r
LIKE | COMMENT | SHARE