Skuad Pemuda PBRS Pusat

Directions

Skuad Pemuda PBRS Pusat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Skuad Pemuda PBRS Pusat, Political organisation, Keningau.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN.Dengan penuh dukacita, Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat merakamkan ucapan takziah a...
28/09/2026

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN.

Dengan penuh dukacita, Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali pada 28 September 2026, pada usia 100 tahun.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan insan yang disayangi.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
EXCO PERGERAKAN PEMUDA PBRS PUSAT

25/09/2026

Ada yang tuduh PBRS agen parti Malaya. Mari kita perjelaskan.

✅ PBRS adalah parti lokal yang ditubuhkan di Sabah pada 1994

✅ BN adalah jambatan kerjasama dengan Persekutuan, bukan tanda tunduk. Bahkan di tahun 2026 kini, Presiden PBRS diberikan kepercayaan untuk mengepalai BN Sabah.

✅ Rekod kami jelas. 32 tahun berjuang membawa suara Sabah ke Putrajaya. Kami kekal sebagai parti lokal. Kami bukan ejen sesiapa. Kami adalah suara Sabah.

Tonton penjelasan penuh dalam video ini.

SELAMAT HARI MALAYSIA!16 September merupakan tarikh yang amat bermakna dalam sejarah negara kita dalam memperingati pemb...
15/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA!

16 September merupakan tarikh yang amat bermakna dalam sejarah negara kita dalam memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963 melalui penyatuan Sabah (North Borneo), Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Lebih daripada sekadar sebuah tarikh, Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini terletak pada kepelbagaian, persefahaman dan semangat untuk terus bersatu.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, menghormati kepelbagaian serta terus memperkukuh semangat Malaysia yang inklusif dan sejahtera.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Selamat Hari Malaysia 2026!

Ikhlas daripada:
Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat

MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM PENANGGUHAN DEWAN BELIA SABAH Pada 29 Ogos yang lalu, Tuan Tommy Borromeo John, Nai...
15/09/2026

MEMENUHI JEMPUTAN MAJLIS MAKAN MALAM PENANGGUHAN DEWAN BELIA SABAH

Pada 29 Ogos yang lalu, Tuan Tommy Borromeo John, Naib Ketua Pemuda 1 PBRS Pusat, bersama Tuan J.G. Andresone Jinod, Ketua Penerangan Pemuda PBRS Pusat, serta beberapa rakan pimpinan Pemuda BN Sabah telah memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam Penangguhan Program Dewan Belia Sabah yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh jaringan serta bertukar pandangan bersama rakan-rakan pimpinan belia dan Pemuda BN Sabah.

Keterlibatan ini mencerminkan komitmen Pemuda PBRS untuk terus membina hubungan yang kukuh, memperluas kerjasama serta memperkasa peranan anak muda dalam landskap pembangunan Sabah.

MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN PERHIMPUNAN AGUNG WANITA, PERGERAKAN PEMUDA & PERGERAKAN PUTERI UMNO 2026Pada 9 dan 10 Sept...
15/09/2026

MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN PERHIMPUNAN AGUNG WANITA, PERGERAKAN PEMUDA & PERGERAKAN PUTERI UMNO 2026

Pada 9 dan 10 September 2026, Tuan Jessel C.P. Yansalang, Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat, bersama Tuan Afeezan Hii, Setiausaha Exco Pemuda PBRS Pusat, telah menghadiri Majlis Pelancaran Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Kehadiran ini mencerminkan semangat kerjasama dan hubungan erat antara komponen Barisan Nasional, khususnya dalam memperkukuh peranan serta jaringan gerakan Pemuda di peringkat nasional.

Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi asas kepada gerak kerja yang lebih tersusun, progresif dan berfokus kepada kepentingan rakyat.

🇲🇾 SELAMAT BERSIDANG WANITA, PEMUDA & PUTERI UMNO 🇲🇾Pemuda PBRS mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh kepimpinan ...
10/09/2026

🇲🇾 SELAMAT BERSIDANG WANITA, PEMUDA & PUTERI UMNO 🇲🇾

Pemuda PBRS mengucapkan Selamat Bersidang kepada seluruh kepimpinan dan ahli Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO yang sedang melaksanakan persidangan.

Semoga persidangan ini menjadi wadah memperkukuh perpaduan, semangat perjuangan dan komitmen berterusan dalam memperkasa generasi muda serta membawa suara rakyat demi agama, bangsa dan negara.

Daripada kami, Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat dan seluruh warga Pemuda PBRS, kami mendoakan agar persidangan berlangsung dengan lancar dan menghasilkan gagasan yang membawa manfaat kepada rakyat serta masa depan Malaysia.

ZIARAH TAKZIAH & PENGHORMATAN TERAKHIR02 September 2026Ketua Pergerakan Pemuda PBRS Pusat, Tuan Jessel C.P. Yansalang, t...
03/09/2026

ZIARAH TAKZIAH & PENGHORMATAN TERAKHIR

02 September 2026

Ketua Pergerakan Pemuda PBRS Pusat, Tuan Jessel C.P. Yansalang, telah hadir menziarahi keluarga Allahyarham Timbalan Ketua Pemuda PBRS N.24 Tanjung Keramat bagi menyampaikan ucapan takziah dan memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir di tanah perkuburan ialah Timbalan Ketua Penerangan PBRS Pusat, Tuan Mohd Fazil Ajak, dan Ketua Pemuda PBRS N.24 Tanjung Keramat, Tuan Heryzan bin Md. Tahir

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh barisan Pemuda PBRS. Segala jasa, sumbangan dan khidmat beliau sepanjang bersama dalam perjuangan Pemuda PBRS akan sentiasa dikenang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah. 🤲🏻

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🇲🇾Semoga semangat patriotisme terus menyatukan kita dalam membina Ma...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🇲🇾

Semoga semangat patriotisme terus menyatukan kita dalam membina Malaysia dan Sabah yang lebih maju, harmoni serta sejahtera.

Setulus penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah, yang terus bersama menjaga keamanan, perpaduan dan keharmonian negara.

Bersatu hati, teguh berdiri. Demi rakyat, demi Sabah, demi Malaysia.

Ikhlas daripada
EXCO PERGERAKAN PEMUDA PBRS PUSAT
dan seluruh Ahli Pemuda PBRS






TAHNIAH & SYABAS! Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO yang ke-77 tahun kepada seluruh wa...
26/08/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO yang ke-77 tahun kepada seluruh warga Pemuda UMNO Malaysia.

Semoga Pemuda UMNO terus menjadi wadah perjuangan generasi muda, memperkukuh perpaduan, memperkasa kepimpinan dan terus bersama-sama menyumbang kepada kemajuan bangsa serta negara.

Selamat Ulang Tahun Penubuhan ke-77, Pemuda UMNO! Teruskan melangkah dengan semangat, keberanian dan jiwa perjuangan.

Ikhlas daripada,
Exco Pergerakan Pemuda PBRS Pusat
& Seluruh Ahli Pemuda PBRS 💙💛

Address

Keningau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuad Pemuda PBRS Pusat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share