Wilson Gan

Directions Website

Wilson Gan Entrepreneurship & Community Development

Hari ini saya berkesempatan bertemu dengan En. Masuning Digang untuk berbincang mengenai Kejohanan Golf Amal Pencarian D...
16/10/2026

Hari ini saya berkesempatan bertemu dengan En. Masuning Digang untuk berbincang mengenai Kejohanan Golf Amal Pencarian Dana Komisi Katekis Keuskupan Keningau 2026 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam pertemuan ini, kami turut berkongsi pandangan mengenai peranan dan sumbangan para katekis dalam Keuskupan Keningau, khususnya dalam membimbing komuniti serta memperkukuh nilai-nilai kerohanian dalam kalangan masyarakat.

Saya berharap sumbangan kecil yang diberikan dapat membantu menyokong usaha murni para katekis dalam meneruskan khidmat mereka kepada komuniti di Keningau.

Semoga usaha ini mendapat sambutan yang baik dan kejohanan amal ini berjaya mengumpulkan dana yang diperlukan demi kelangsungan pelayanan para katekis.

Membuka Lebih Banyak Peluang untuk Usahawan Tempatan! 🌽🤝Hari ini saya berkesempatan mengadakan lawatan hormat ke Sabah A...
15/10/2026

Membuka Lebih Banyak Peluang untuk Usahawan Tempatan! 🌽🤝

Hari ini saya berkesempatan mengadakan lawatan hormat ke Sabah Agro-Industrial Park (SAIP) di Kimanis, Papar. Lawatan ini saya aturkan khusus untuk Encik Chua, seorang usahawan yang mengusahakan tanaman jagung dan turut menjalankan pemprosesan hiliran untuk menghasilkan jagung siap dimakan dalam bungkusan.

Produk beliau kini sudah berada di pasaran, termasuk di pasar raya EverRise dan Orange Convenience Store. Satu perkembangan yang membanggakan apabila hasil pertanian tempatan berjaya diproses menjadi produk bernilai tambah dan dipasarkan kepada pengguna.

Kini, Encik Chua berhasrat untuk mengembangkan perniagaan serta meningkatkan kapasiti pengeluaran. Justeru, saya mengambil inisiatif mengatur lawatan ini bagi meneroka peluang kerjasama dan sokongan yang boleh dimanfaatkan melalui SAIP.

https://www.saip.com.my/

Apa peranan SAIP?

Sabah Agro-Industrial Park (SAIP) merupakan sebuah taman perindustrian agro yang menyediakan kemudahan pemprosesan makanan, ruang perniagaan, makmal penyelidikan serta kemudahan pembangunan dan inovasi produk.

Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk pemprosesan makanan, pengendalian hasil selepas tuaian, penyimpanan sejuk, pembungkusan dan penggunaan peralatan pengeluaran. Kemudahan ini berpotensi membantu usahawan pertanian meningkatkan kualiti produk, menambah kapasiti pengeluaran dan bergerak ke arah pengkomersialan yang lebih besar.

Bagi saya, inilah antara pendekatan penting untuk membangunkan ekonomi Sabah, iaitu, usahawan & petani bukan sekadar menanam dan menjual hasil pertanian mentah, tetapi memprosesnya menjadi produk bernilai tinggi yang mampu bersaing di pasaran.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Besar SAIP, Tuan Annef Osyairi Osman, atas kesudian menerima dan meluangkan masa untuk lawatan kami.

Saya berharap lebih ramai usahawan dan syarikat akan mengambil peluang meneroka kemudahan yang disediakan oleh SAIP, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan pengusaha tempatan dan mengukuhkan industri pemprosesan makanan di Sabah.

Hasil tempatan, nilai tambah tempatan, peluang ekonomi untuk rakyat Sabah! 💪🌱

Menyokong Usaha Komuniti dan Pelayanan Gereja Pada 10 Oktober 2026, telah berlangsung program gotong-royong bagi mengump...
12/10/2026

Menyokong Usaha Komuniti dan Pelayanan Gereja

Pada 10 Oktober 2026, telah berlangsung program gotong-royong bagi mengumpul dana untuk keperluan pemuzik di Gereja El-Shaddai AG Sabah, di bawah pimpinan Pdt. Jani Thomas.

Bagi pihak Wilson Gan, En. Lorence bin Lakiu, selaku Setiausaha UPKO Liawan, telah hadir mewakili beliau untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak gereja sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang dijalankan.

Usaha seperti ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kerjasama dalam komuniti. Saya percaya bahawa penglibatan ahli gereja dan masyarakat setempat amat penting dalam memastikan pelayanan gereja dapat terus berkembang, termasuk dalam memperkasakan peranan pemuzik dalam pelayanan ibadah.

Saya mengucapkan syabas kepada Pdt. Jani Thomas, pihak Gereja El-Shaddai AG Sabah serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha mengumpul dana ini berjalan lancar, mencapai matlamat yang ditetapkan dan membawa manfaat kepada pelayanan gereja

Bersama kita membina komuniti yang lebih prihatin, bersatu dan saling menyokong.

Beberapa minggu yang lalu, Encik Yunus, Ketua Kampung Kota Ayangan, ada memaklumkan kepada saya mengenai masalah hakisan...
08/10/2026

Beberapa minggu yang lalu, Encik Yunus, Ketua Kampung Kota Ayangan, ada memaklumkan kepada saya mengenai masalah hakisan tanah di sebuah tanah perkuburan Islam di kawasan tersebut.

Hari ini, saya berkesempatan untuk turun sendiri melihat keadaan di tapak.

Daripada apa yang saya lihat, terdapat beberapa bahagian yang memerlukan perhatian segera kerana hakisan sudah semakin hampir dengan kawasan perkuburan. Jika tidak diambil tindakan, keadaan ini berpotensi menjejaskan salah satu kawasan pengebumian.

Saya ingin membuka ruang kepada orang ramai yang mungkin mempunyai kemampuan dan keinginan untuk membantu.

Antara keperluan utama adalah bahan-bahan binaan bagi membina tembok penahan (retaining wall) untuk mengurangkan hakisan dan melindungi kawasan perkuburan tersebut.

Jika ada mana-mana individu, syarikat, kontraktor atau pihak yang ingin menyumbangkan bahan, tenaga kerja atau membantu dalam usaha ini, boleh tinggalkan komen di bawah atau PM saya.

Tidak kira besar atau kecil sumbangan, setiap bantuan amat bermakna.

Semoga dengan usaha bersama, kita dapat menjaga kawasan perkuburan ini dengan sebaiknya dan memastikan ia terus terpelihara untuk keluarga serta masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang sudi membantu. 🙏

Beberapa minggu lalu, saya berkesempatan bertemu dengan En. Yunus, Ketua Kampung Kota Ayangan merangkap Penyelaras Galen...
07/10/2026

Beberapa minggu lalu, saya berkesempatan bertemu dengan En. Yunus, Ketua Kampung Kota Ayangan merangkap Penyelaras Galen Star. En Yunus mewakili pasukan Galen Star menyampaikan satu permintaan untuk menyediakan T-shirt khas bagi memudahkan penyelarasan kerja serta usaha menyelamat, khususnya apabila mereka turun membantu komuniti.

Hari ini, kami dapat melihat hasilnya.

Dengan sedikit sentuhan reka bentuk yang teliti, T-shirt ini bukan sahaja membawa identiti Galen Star, tetapi turut menggunakan warna yang lebih terang supaya ahli pasukan mudah dikenali dan dilihat ketika menjalankan tugasan, terutamanya dalam operasi di sungai.

Sebagai Penasihat JCI Keningau Baru, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam mereka bentuk dan menaja usaha ini untuk melengkapkan Galen Star dengan keperluan yang dapat membantu mereka menjalankan tugas dengan lebih tersusun.

Galen Star bukan sekadar sebuah pasukan. Mereka adalah antara kumpulan masyarakat yang bersedia tampil membantu apabila diperlukan.

Semoga Galen Star terus bersemangat dan meneruskan usaha mereka untuk membantu serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Terima kasih En. Yunus dan seluruh pasukan Galen Star. Teruskan berkhidmat untuk masyarakat! 🤝

Thank you Daily Express for the press coverage
03/10/2026

Thank you Daily Express for the press coverage

Thank you to our local newspaper & media outlets for the press conference
02/10/2026

Thank you to our local newspaper & media outlets for the press conference

Membuka Lebih Banyak Peluang Pendidikan Untuk Anak SabahAwal minggu ini saya berkesempatan menganjurkan satu sesi perkon...
01/10/2026

Membuka Lebih Banyak Peluang Pendidikan Untuk Anak Sabah

Awal minggu ini saya berkesempatan menganjurkan satu sesi perkongsian mengenai biasiswa dan peluang melanjutkan pengajian tinggi kepada lebih 250 pelajar SMJK Ken Hwa Keningau melalui Persatuan Keluarga Gan Sabah.

Untuk sesi kali ini, kami menjemput pihak UniEnrol untuk berkongsi dengan para pelajar mengenai peluang pendidikan dan biasiswa yang tersedia.

UniEnrol mempunyai platform yang membolehkan pelajar menganalisis dan membandingkan lebih daripada 39,000 kursus, serta mencari maklumat mengenai lebih 600 biasiswa daripada lebih 250 universiti tempatan dan antarabangsa.

Sehingga kini, UniEnrol telah membantu memadankan pelajar di seluruh Malaysia dengan peluang biasiswa bernilai lebih RM83 juta.

Saya telah bekerjasama dengan UniEnrol sejak tahun 2018. Salah satu perkara yang saya perhatikan sepanjang tempoh ini ialah kadar permohonan biasiswa dalam kalangan pelajar Sabah masih rendah.

Pada pandangan saya, kadang-kadang bukan kerana pelajar kita tidak mempunyai kemampuan. Tetapi mungkin mereka tidak mengetahui peluang yang tersedia, tidak tahu di mana hendak mencari, atau tidak yakin untuk memohon.

Sebab itu saya melihat perkongsian seperti ini sangat penting.

Kita perlu membantu anak-anak kita bukan sahaja untuk mendapatkan keputusan yang baik, tetapi juga memastikan mereka tahu apa peluang yang ada selepas SPM dan berani mengejar peluang tersebut.

Dalam program ini, para pelajar juga diperkenalkan kepada EduKaji, sebuah platform pembelajaran dalam talian percuma untuk membantu pelajar SPM meningkatkan persediaan dan pencapaian akademik mereka.

Harapan saya mudah.

Pertama, bantu mereka tingkatkan keputusan.
Kedua, bantu mereka kenali peluang.
Ketiga, galakkan mereka untuk memohon.

Dengan dua usaha ini, kita berharap lebih ramai pelajar Sabah dapat meningkatkan keputusan mereka dan seterusnya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Terima kasih kepada pihak SMJK Ken Hwa atas kerjasama dan kepada UniEnrol atas perkongsian yang sangat bermanfaat.

Kalau kita mahu lebih ramai anak Sabah berjaya, kita perlu bukan sahaja membuka pintu — tetapi memastikan mereka tahu di mana pintunya dan bagaimana untuk masuk.

Layanan Sama Rata Penting Untuk Menjamin Keyakinan RakyatKOTA KINABALU: Kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh ...
30/09/2026

Layanan Sama Rata Penting Untuk Menjamin Keyakinan Rakyat

KOTA KINABALU: Kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengenai dua laporan polis berhubung konsert penyanyi gospel Amerika Syarikat, Israel Houghton, menimbulkan persoalan lebih besar mengenai konsistensi dan layanan sama rata dalam menangani isu yang melibatkan sensitiviti agama.

Saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak yang membuat laporan polis berhubung konsert tersebut kerana membuat laporan adalah hak setiap rakyat. Saya juga tidak mempertikaikan nasihat pihak polis kepada penganjur kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab dan bidang kuasa pihak berkuasa. Ini adalah hak dan tanggungjawab mereka.

Namun, persoalan saya ialah mengapa terdapat perbezaan dari segi cara dan kecepatan isu ini mendapat perhatian berbanding isu melibatkan Ketua Bahagian UMNO Sepang, Datuk Noorazli Said, yang membuat kenyataan dan jenaka yang menyentuh seorang paderi Katolik dan seorang biarawati.

Dalam kes Noorazli, sebanyak **86 laporan polis telah dibuat dan 93 individu telah dirakam percakapan**. Polis kemudiannya memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Jadi, adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa tiada tindakan diambil.

Namun, persoalan mengenai konsistensi dan persepsi layanan yang sama rata tetap wajar dibangkitkan.

Dalam isu konsert Israel Houghton, dua laporan polis dibuat dan Pesuruhjaya Polis Sabah tampil memberikan kenyataan serta menyatakan nasihat kepada penganjur akan diberikan.

Sebaliknya, dalam isu yang melibatkan kenyataan terhadap paderi dan biarawati Katolik, walaupun jumlah laporan polis jauh lebih tinggi, respons awam daripada pihak berkuasa dilihat tidak begitu segera.

Saya percaya kepercayaan rakyat terhadap cabang eksekutif kerajaan, khususnya pihak polis, bergantung kepada keyakinan bahawa setiap isu akan dinilai berdasarkan prinsip dan undang-undang yang sama, tanpa mengira siapa yang terlibat atau agama mana yang terkesan.

Layanan sama rata tidak semestinya bermaksud setiap kes mesti mempunyai tindakan atau keputusan yang sama. Setiap kes mempunyai fakta dan konteks tersendiri.

Namun, rakyat perlu melihat bahawa setiap laporan yang melibatkan sensitiviti agama diberikan keseriusan yang sewajarnya.

Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Jika kita benar-benar mahu membina masyarakat yang hidup dalam keharmonian, perlindungan dan layanan yang adil mesti dirasai oleh semua.

Saya berharap isu kenyataan terhadap paderi dan biarawati Katolik terus diberikan perhatian sewajarnya dan diproses dengan tahap keseriusan yang sama seperti isu-isu lain yang melibatkan sensitiviti agama.

Akhirnya, apa yang kita mahukan bukanlah layanan istimewa untuk mana-mana pihak.

Kita hanya mahukan keadilan, konsistensi dan layanan yang sama rata kepada semua rakyat Malaysia.

Inilah asas kepada kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan kepada sebuah Malaysia yang benar-benar hidup dalam keharmonian.

30% Ekuiti Bumiputera: Kita Boleh Buat Lebih BaikSaya menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan untuk tidak lagi m...
23/09/2026

30% Ekuiti Bumiputera: Kita Boleh Buat Lebih Baik

Saya menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan untuk tidak lagi menetapkan syarat minimum 30% pemilikan ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta. (rujukan : BERNAMA)

Pada masa yang sama, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa saya kurang bersetuju dengan cadangan tersebut sejak awal lagi.

Saya sendiri seorang Bumiputera dan pernah mengendalikan sebuah pusat tuisyen swasta di Kota Kinabalu. Saya tahu sendiri bahawa menguruskan sebuah institusi pendidikan swasta bukanlah sesuatu yang mudah. Kos operasi, tenaga pengajar, premis, pematuhan peraturan dan usaha untuk memastikan kualiti pendidikan semuanya memerlukan komitmen yang amat besar.

Dengan keadaan sebegini, meletakkan syarat tambahan 30% pemilikan Bumiputera tidak semestinya membawa manfaat kepada agenda memperkasakan Bumiputera. Jika matlamatnya adalah untuk meningkatkan penyertaan dan kepelbagaian pemilikan dalam sektor pendidikan, saya percaya ada pendekatan yang lebih berkesan daripada cara ini.

Sebagai contoh, kerajaan boleh menyediakan geran khusus, pinjaman dengan sokongan kerajaan, skim pembiayaan mudah, latihan pengurusan, dan program pembangunan usahawan pendidikan Bumiputera.

Dengan pendekatan sebegini, kita bukan sekadar memberikan pemilikan di atas kertas, tetapi benar-benar membantu lebih ramai Bumiputera membina dan mengembangkan institusi pendidikan yang lebih berkualiti.

Pendidikan sepatutnya menjadi ruang yang terbuka kepada semua yang mampu menyumbang, kerana akhirnya yang paling penting ialah kualiti pendidikan dan masa depan anak-anak kita.

Saya percaya kita boleh memperkasakan Bumiputera tanpa menutup ruang kepada pihak lain.

Kita boleh membina dasar yang lebih inklusif, lebih praktikal dan pada masa yang sama tetap memastikan Bumiputera mendapat peluang yang sewajarnya.

Inklusiviti tidak bermakna kita meninggalkan sesiapa, tetapi kita mencari lebih banyak cara untuk memastikan semua orang mempunyai peluang untuk berjaya.



Rujukan : https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2610047

Address

Keningau
89008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wilson Gan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share