PBSB Keningau

Directions

PBSB Keningau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PBSB Keningau, Government Organization, Keningau.
(1)

๐Ÿ”ฅ
19/07/2026

๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ”ฅ Big Screen Final FIFA WORLD CUP ๐Ÿ”ฅ

Keningau pun ada bah. ๐Ÿ˜Œ

Festival Komuniti HAVOC 2026 bakal menggegarkan Keningau!

๐Ÿ“… 19 Julai 2026
๐Ÿ•— Aktiviti bermula seawal 8.00 malam
๐Ÿ“ Arena Belia KBSK Keningau

๐ŸŽฎ Pertandingan Esport (Tekken & eFootball)
โšฝ Pertandingan Futsal & Freestyle Football Juggling
๐Ÿฅ… Pertandingan Penalty Shootout
๐ŸŽ Teka Skor & Cabutan Bertuah
๐Ÿ” Foodtruck & Pelbagai Jualan
๐ŸŒ Kemuncak acara!
๐Ÿ† TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA 2026
โฐ Kick Off 3.00 Pagi

๐Ÿ“ฃ Orang ramai dijemput hadir! Datang bersama keluarga dan rakan-rakan, pakai jersi pasukan pilihan anda dan rasai pengalaman menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 dalam suasana paling HAVOC!

๐ŸŽ‰ MASUK ADALAH PERCUMA!
SORAK BERSAMA, KBSK RAIKAN PIALA DUNIA! โšฝ๐Ÿ”ฅ

13/07/2026
PENGIKTIRAFAN KEPADA GOLONGAN BELIA  MELALUI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026โญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธ1...
13/07/2026

PENGIKTIRAFAN KEPADA GOLONGAN BELIA MELALUI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SABAH 2026โญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธ

11 Julai 2026, Tawau.

Anugerah Perdana Belia Negara Belia (APBN) merupakan platform kerajaan untuk meraikan dan menghargai belia yang memperoleh pencapaian membanggakan negara dalam bidang pembangunan belia. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain๐Ÿ”ฅ

APBN Peringkat Negeri Sabah 2026 sekali lagi menjadi bukti bahawa belia pedalaman sentiasa aktif dalam membantu pembangunan belia di Negeri Sabah apabila Cik Callise Fung Pei Yee yang mewakili Bahagian Pedalaman Atas telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu Wanita bagi tahun 2026โœจโœจ

PBSB Pedalaman Atas merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada beliau dan berharap agar terus bergiat aktif dalam membantu membangunkan belia di kawasan pedalaman dan semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada belia di kawasan pedalaman serta di seluruh pelusuk Negeri Sabahโญ๏ธ

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Nizam bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif pada Karnival Belia Sabah Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2026 bertempat di Kompleks Sukan Tawau๐Ÿค. Sambutan ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yand hadir sebagai cerminan komitmen Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam memperkasa pembangunan belia khsusunya di Negeri Sabah.

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Ž๐‘๐ˆ๐„๐๐“๐„๐„๐‘๐ˆ๐๐† ๐ŸŽ.๐Ÿ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐Š๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐„๐๐†๐†๐ˆ๐€๐“ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ž๐‘๐ˆ๐„๐๐“๐„๐„๐‘๐ˆ๐๐† ๐’๐€๐๐€๐‡KENINGAU , 5 Julai 202...
05/07/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐Ž๐‘๐ˆ๐„๐๐“๐„๐„๐‘๐ˆ๐๐† ๐ŸŽ.๐Ÿ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐Š๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐๐„๐๐†๐†๐ˆ๐€๐“ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ž๐‘๐ˆ๐„๐๐“๐„๐„๐‘๐ˆ๐๐† ๐’๐€๐๐€๐‡

KENINGAU , 5 Julai 2026 โ€“ Seramai 25 peserta dari seluruh Sabah berjaya menamatkan Kursus Pensijilan Orienteering 0.1 Peringkat Negeri Sabah 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 3 hingga 5 Julai 2026 di Pusat Kraftangan Sabah, Keningau.

Program ini memberi pendedahan asas pengenalan sukan orienteering, peralatan orienteering, teknik menggunakan peralatan, teknik membaca peta dan bagaimana megendalikan pertandingan sukan orienteering.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Sempini Binti Langiton, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Dalam ucapan penutup yang disampaikan oleh beliau mewakili Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sikan (P) Negeri Sabah, penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya barisan jurulatih, urusetia dan penganjur yang telah bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar para peserta dapat memanfaatkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus untuk terus aktif dalam aktiviti sukan orienteering, di samping menyumbang kepada pembangunan sektor rekreasi dan pelancongan berasaskan aktiviti orienteering yang semakin berkembang di negeri Sabah dan menubuhkan lebih banyak kelab sukan orientering di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia bagi mempromosikan sukan ini di akar umbi.

Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan usaha yang ditunjukkan sepanjang program, kesemua peserta telah menerima sijil penyertaan daripada Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan sijil pentauliahan orienteering 0.1 daripada Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM) yang di iktiraf oleh International Orienteering Federation (IOF) setelah berjaya menamatkan kursus tersebut dengan jayanya.

Penganjuran Kursus Pensijilan Orienteering 0.1
ini membuktikan komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah bersama rakan-rakan strategik dalam memperkasakan pembangunan belia melalui penglibatan aktif dalam sukan, rekreasi serta pembentukan sahsiah diri yang positif. Program seumpama ini diharapkan dapat terus menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang berkualiti dan berdaya tahan, selaras dengan aspirasi pembangunan sukan dan belia negeri Sabah.

Turut hadir dalam majlis penutupan program tersebut, Encik Mohd Sofian bin Samad, Pem. Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Atas, Encik Joe Junior Tann, Presiden Persatuan Sukan Orienteering Negeri Sabah merangkap Ketua Jurulatih Kursus Pensijilan Orienteering O.1 Peringkat Negeri Sabah 2026.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Jom Belia Sabah๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป
30/06/2026

Jom Belia Sabah๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

KENINGAU, 27 Jun 2026 โ€“ Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Atas melalui Bahagian Pembangunan Sukan...
27/06/2026

KENINGAU, 27 Jun 2026 โ€“ Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Atas melalui Bahagian Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Keningau serta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Keningau telah menganjurkan Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Pedalaman atas bertempat Arena Belia Keningau. seramai 30 orang peserta telah hadir dengan pebagai kategori jenis ketidakupayaan. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan mencungkil bakat orang kurang upaya melalui ujian kecergasan yang khusus dan melihat potensi bakat peserta dalam sukan yang boleh di ketengahkan melalui Majlis Sukan Negeri Sabah.

Program ini di hadiri oleh YBrs. Puan Alissa Alha, Timbalan Pengaran sektor PARA MSN Negeri Sabah, Encik Ramzaini Minan, Penolong Pengarah sektor PARA MSN Negeri Sabah, Dr. Osman Said, Penyelaras PPKI Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Encik Awang Azirul, jurulatih Badminton PARA SUKMA Negeri Sabah, Encik Redzuan Ambros, jurulatih Olahraga PARA SUKMA, Puan Freda, Pegawai Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri sabah dan Encik Muhamad Khaled Januil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pedalaman Atas.








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my

Address

Keningau
89###0 TO 89###9

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBSB Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share