UPKO Keningau

Call Directions Website Contact the organization

UPKO Keningau United Progressive Kinabalu Organisation

06/10/2026

05.10.2026 : Ketua Bahagian UPKO Keningau Sdr. Kennedy John menghadiri Misa Pengkebumian mendiang Juvita Janet Jumin di ...
06/10/2026

05.10.2026 : Ketua Bahagian UPKO Keningau Sdr. Kennedy John menghadiri Misa Pengkebumian mendiang Juvita Janet Jumin di Gereja St. Theresa, Tambunan.

Salam takziah buat seluruh keluarga dan sanak saudara yang ditinggalkan. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta penghiburan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Semoga roh mendiang diberkati dan beristirehat dengan damai dalam Kerajaan Allah Bapa di Syurga.

26/09/2026
25.09.2026 : Ketua Bahagian UPKO Keningau Sdr. Kennedy John menghadiri Ibadat Pengkebumian mendiang Silvister Silverius ...
25/09/2026

25.09.2026 : Ketua Bahagian UPKO Keningau Sdr. Kennedy John menghadiri Ibadat Pengkebumian mendiang Silvister Silverius Joudin di St. Anthony Abbot, Apin-Apin Keningau.

Salam takziah buat seluruh keluarga dan sanak saudara. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta penghiburan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Semoga roh mendiang diberkati dan beristirehat dengan damai dalam Kerajaan Allah Bapa di Syurga.

“Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang termeterai adalah sebahagian daripada asas penting pembentukan Malaysia. Justeru, ...
19/09/2026

“Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang termeterai adalah sebahagian daripada asas penting pembentukan Malaysia. Justeru, kita harus mengambil iktibar untuk menghormati apa yang telah dipersetujui dan melaksanakan apa yang menjadi hak serta kelayakan setiap pihak, dalam semangat Persekutuan yang adil dan saling menghormati.”

Utusan Borneo Daily Express Malaysia

Kesungguhan seorang pemimpin terserlah apabila usaha dan komitmen membawa manfaat kepada rakyat.Terima kasih YB Datuk Ew...
18/09/2026

Kesungguhan seorang pemimpin terserlah apabila usaha dan komitmen membawa manfaat kepada rakyat.

Terima kasih YB Datuk Ewon Benedick, Presiden UPKO merangkap Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Negeri Sabah.

Teruskan fokus, teruskan berkhidmat dan teruskan usaha membangunkan Sabah demi kesejahteraan rakyat.

Sabah First, Sabah Maju Jaya.


Setiausaha Penganjur, KK. Dabie Ujoh, mewakili Ketua Bahagian UPKO Keningau, Sdr. Kennedy John, menyampaikan bantuan kep...
17/09/2026

Setiausaha Penganjur, KK. Dabie Ujoh, mewakili Ketua Bahagian UPKO Keningau, Sdr. Kennedy John, menyampaikan bantuan kepada Sdr. Mairon dan Puan Borin (wakil) yang sedang kurang sihat.

Semoga Sdr. Mairon dan Puan Borin diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Salam kasih dan doa daripada kami, UPKO Keningau.




Laurentius Nayan Ambu Prisca Payayau Julie Jann
Sam Hamzani Rajinah Anahong Jeffson Japrin
RaYen Mc Aliudin Majid Joe Apot Joe

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Hari Malaysia mengingatkan kita kepada sejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 19...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Hari Malaysia mengingatkan kita kepada sejarah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, sebuah Persekutuan yang lahir melalui rundingan, persefahaman dan persetujuan bersama.

Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sekadar dokumen sejarah. Ia adalah sebahagian daripada asas pembentukan Malaysia. Maka, apa yang telah dipersetujui wajar dihormati, dipelihara dan dilaksanakan berdasarkan hak serta kelayakan yang termaktub dengan semangat keadilan dan saling menghormati.

Inilah iktibar daripada sejarah pembentukan Malaysia; perjanjian yang dipersetujui bersama mesti dihormati dan dilaksanakan bersama.

Kita rayakan Hari Malaysia 2026 dalam keharmonian, dengan saling menghormati tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan.

Marilah kita terus membina Malaysia yang lebih bersatu, adil, inklusif dan progresif. Malaysia yang menghargai sejarahnya, menghormati persetujuannya dan menjunjung masa depannya.

Kita berbeza, tetapi kita tetap bersama.
Kita Malaysia.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026.

Salam Progresif.

Kennedy John
Ketua Bahagian UPKO Keningau

UPKO Bahagian Keningau berpendirian bahawa sebarang kenyataan yang menyentuh Kitab Suci, paderi Katolik dan biarawati da...
14/09/2026

UPKO Bahagian Keningau berpendirian bahawa sebarang kenyataan yang menyentuh Kitab Suci, paderi Katolik dan biarawati dalam bentuk jenaka, sindiran atau rujukan berunsur seksual adalah tidak wajar dan amat menyinggung perasaan umat Kristian, khususnya komuniti Katolik.

Kebebasan bersuara perlu sentiasa disertai dengan tanggungjawab, rasa hormat dan kepekaan terhadap kepercayaan agama orang lain. Rumah ibadat, Kitab Suci dan golongan pemimpin agama tidak seharusnya dijadikan bahan ejekan atau hiburan, apatah lagi dari pentas politik.

Saya juga berpandangan bahawa jika rujukan kepada Mazmur 129 dibuat secara tidak tepat atau palsu, perkara tersebut sewajarnya diperbetulkan secara terbuka. Kesilapan dalam membuat kenyataan tidak seharusnya dipertahankan, sebaliknya diakui dengan penuh tanggungjawab.

Sehubungan itu, saya menyeru penceramah berkenaan supaya mengakui kesilapan pertimbangan, menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada umat Katolik serta seluruh masyarakat Kristian yang terkesan.

Dalam masyarakat Sabah yang kaya dengan kepelbagaian agama dan budaya, kita telah lama belajar untuk hidup bersama dengan saling menghormati kepercayaan masing-masing. Inilah nilai yang perlu kita pertahankan.

Kita boleh berbeza pandangan dalam politik, tetapi jangan jadikan agama sebagai bahan penghinaan atau permainan politik.

Saya percaya permohonan maaf yang ikhlas bukan tanda kelemahan. Sebaliknya, ia adalah tanda kematangan, keberanian dan rasa hormat terhadap masyarakat.

Kennedy John Angian
Ketua Bahagian UPKO Keningau

Lokal. Progresif. Memimpin Rakyat.

Address

Keningau
89008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPKO Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to UPKO Keningau:

Shortcuts

Share