Derma Darah Keningau

Directions

Derma Darah Keningau Selain daripada itu, ianya juga memberi pendidikan kepada bakal penderma darah yang ingin menderma darah.

Pusat Transfusi Darah yang terletak di Hospital Besar Keningau, Sabah adalah sebuah organisasi kerajaan yang bertanggungjawab merancang serta memperkembangkan perkhidmatan transfusi darah di peringkat Daerah Keningau. Antara perkhidmatan yang diberi adalah bidang Perolehan dan Pendermaan Darah, Transfusi Darah dan komponen, serta latihan amali kepada pelajar-pelajar KKM dan kolej-kolej perubatan.

Berikut adalah jadual kempen derma darah pada hujung minggu ini.Warga Sook dan Nabawan, jom derma darah."Derma Darah Sel...
23/10/2026

Berikut adalah jadual kempen derma darah pada hujung minggu ini.

Warga Sook dan Nabawan, jom derma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Kempen derma darah hari ini bertempat di Lobi Utama Hospital Keningau. Kaunter Derma Darah Aras 2 Jabatan Perubatan Tran...
21/10/2026

Kempen derma darah hari ini bertempat di Lobi Utama Hospital Keningau. Kaunter Derma Darah Aras 2 Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Keningau akan ditutup pada sebelah pagi ini dan dijangka dibuka semula pada jam 2 petang.

Para penderma yang ingin menderma darah pada sebelah pagi ini boleh terus datang ke Lobi Utama Hospital Keningau. Jom derma darah di sini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, Unit Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Keningau dan juga para penyumbang dalam menyokong kempen derma darah kami. Terima kasih kepada semua petugas terlibat dan yang telah hadir menderma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dari Gereja St Blasius Magatang Keningau atas penganjuran kempen derm...
20/10/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dari Gereja St Blasius Magatang Keningau atas penganjuran kempen derma darah bersama komuniti setempat pada Ahad 18 Oktober 2026.

Terima kasih kepada YB Tuan Jordan Jude Datuk Ellron atas sumbangan penghargaan kepada para penderma.

Juga kepada semua penderma darah yang telah hadir menderma, terima kasih atas keprihatinan anda.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Makluman. Kaunter derma darah Aras 2 Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Keningau ditutup pada sebelah pagi dan dijangk...
19/10/2026

Makluman. Kaunter derma darah Aras 2 Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Keningau ditutup pada sebelah pagi dan dijangka akan dibuka semula pada sebelah petang.

Team mobile JPTHKGU akan turun bertugas di SMK Sook untuk kempen derma darah bergerak.

Harap maklum.

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada penderma darah Rhesus negatif (Rh-) yang sentiasa berkomitmen untuk datang me...
18/10/2026

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada penderma darah Rhesus negatif (Rh-) yang sentiasa berkomitmen untuk datang menderma apabila darah mereka diperlukan untuk membantu pesakit.

Secara umumnya, kumpulan darah Rhesus negatif (Rh-) tergolong dalam kategori kumpulan darah ganjil atau jarang jumpa. Dianggarkan hanya sekitar 2% daripada rakyat Malaysia tergolong dalam kategori ini.

Kepentingan kumpulan darah Rhesus negatif terletak pada keserasian pemindahan darah. Individu Rh negatif hanya boleh menerima darah daripada individu Rh negatif yang lain, menyebabkan isu kesukaran mendapatkan bekalan darah yang sesuai. Meskipun demikian, individu Rh positif boleh menerima darah daripada individu Rh negatif (sesuai dengan keserasian system kumpulan ABO). Ini sangat penting terutamanya yang melibatkan kes-kes kecemasan yang memerlukan pemindahan darah dengan segera.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Sedang berlangsung sekarang kempen derma darah di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau. Jom derma darah."Derma Darah...
17/10/2026

Sedang berlangsung sekarang kempen derma darah di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau. Jom derma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Kempen derma darah sedang berlangsung di Servay Jaya Supermarket Keningau dan akan dijalankan selama 2 hari, Sabtu dan A...
17/10/2026

Kempen derma darah sedang berlangsung di Servay Jaya Supermarket Keningau dan akan dijalankan selama 2 hari, Sabtu dan Ahad ini. Warga Keningau, jom derma darah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur kempen, Servay Jaya Supermarket Keningau atas penyediaan lokasi dan kemudahan untuk kempen derma darah dijalankan selama 2 hari. Terima kasih juga kepada semua penderma darah yang telah hadir menderma.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Bagi anda yang merancang untuk menderma darah pada hujung minggu ini, berikut adalah lokasi kempen derma darah yang tela...
15/10/2026

Bagi anda yang merancang untuk menderma darah pada hujung minggu ini, berikut adalah lokasi kempen derma darah yang telah dijadualkan. Pastikan anda membuat persediaan secukupnya sebelum datang menderma darah. Jom derma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Sedang berlangsung sekarang, kempen derma darah di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau. Jom derma darah."Derma Dara...
11/10/2026

Sedang berlangsung sekarang, kempen derma darah di Bataras Hypermarket Bandar Baru Keningau. Jom derma darah.

"Derma Darah Selamatkan Nyawa"



Address

Pusat Transfusi Darah, Aras 2 Hospital Keningau, Peti Surat 11
Keningau
89007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Darah Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share