21/10/2026
Empat tahun pentadbiran MADANI menyaksikan pelbagai reformasi dan pembaharuan dilaksanakan demi memperkukuh ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
π Berteraskan Kerangka Ekonomi MADANI, pelbagai usaha digerakkan merangkumi pengukuhan fiskal, penambahbaikan tatakelola, bantuan bersasar, penyasaran subsidi dan peningkatan pendapatan rakyat.
Antara pencapaian yang diketengahkan termasuk pengurangan defisit fiskal, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kawalan inflasi, penurunan kadar pengangguran serta peningkatan kedudukan daya saing negara di peringkat antarabangsa.
π Inilah usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap dasar diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan, seterusnya membawa manfaat nyata kepada rakyat.
Daripada dasar kepada pelaksanaan, daripada reformasi kepada pencapaian, usaha membina Malaysia yang lebih makmur, adil dan sejahtera diteruskan demi masa depan bersama.