Pemuda UPKO Keningau

Directions

Pemuda UPKO Keningau Pergerakan Pemuda UPKO P.180 Keningau

21/08/2026

Oleh : Romie Stanley DGunsKENINGAU, 21 Ogos – Sumbangan daripada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Keningau diharap dapat mengurangkan beban kewangan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong Widu yang bakal mewakili Sabah ke Pertandingan Duo SR Genta Suara Generasi Madani Peringkat ...

21/08/2026

UPKO Keningau Sumbang Sokongan Kepada SK Tiong Widu Ke Pentas Kebangsaan

KENINGAU: Sokongan terhadap pendidikan dan bakat generasi muda terus diterjemahkan melalui sumbangan UPKO Keningau bagi membantu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong Widu, Tambunan dengan membiayai keperluan murid yang bakal mewakili Sabah ke Pertandingan Duo SR Genta Suara Generasi Madani Peringkat Kebangsaan 2026 di Pulau Pinang.

Sumbangan itu disampaikan bagi pihak Presiden UPKO Malaysia, Datuk Ewon Benedick, oleh Ketua Generasi Muda UPKO Keningau, Muhammad Haisam Hamzani, kepada Guru Besar SK Tiong Widu, Raizah Mudin.

Turut hadir Ketua Pemuda UPKO Keningau, Jeffsonzo Japrin; Yang Dipertua PIBG SK Tiong Widu, Joseph Maraim; serta Ketua Kampung Tiong Widu, Mailin.

Sumbangan berkenaan diharap dapat membantu melancarkan persiapan, perjalanan dan penyertaan murid SK Tiong Widu dalam pertandingan tersebut, sekali gus memberi ruang kepada mereka membawa nama Sabah ke pentas kebangsaan.

Lebih daripada sekadar bantuan kewangan, sokongan itu menjadi tanda bahawa perjalanan anak-anak dari pedalaman menuju pentas yang lebih luas tidak seharusnya ditempuh sendirian.

Bagi SK Tiong Widu, pentas kebangsaan bukan hanya tempat untuk bertanding, tetapi medan membawa bersama nama sekolah, komuniti dan Sabah—dengan harapan setiap langkah mereka di Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada cerita kecemerlangan generasi muda negeri ini.

20/08/2026

Oleh : Romie Stanley DGunsKENINGAU, 19 Ogos – Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Keningau, Jeffaonzo Japrin, menggesa kerajaan negeri dan pusat agar memberikan pengiktirafan rasmi kepada Dr. Velerie Wheelervon Primus, pendidik dari SK Bingkor Keningau, susulan kejayaannya me...

Pemuda UPKO Keningau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pemuda UPKO Pusat Tuan Carlye Lajimin, Timbalan Ke...
12/08/2026

Pemuda UPKO Keningau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pemuda UPKO Pusat Tuan Carlye Lajimin, Timbalan Ketua Pemuda UPKO Pusat Tuan Newbaxter Tibin dan kepada semua barisan kepimpinan AJK yang baharu. Selamat menjalankan amanah dan terus cemerlang.

07/08/2026
05 Julai 2026 | Pejabat UPKO KeningauPergerakan Pemuda UPKO Bahagian Keningau telah mengadakan Mesyuarat Eksekutif Pemud...
10/07/2026

05 Julai 2026 | Pejabat UPKO Keningau

Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Keningau telah mengadakan Mesyuarat Eksekutif Pemuda bagi membincangkan beberapa agenda penting ke arah memperkukuh organisasi dan menyelaras gerak kerja pemuda. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UPKO Keningau, Sdr. Jeffsonzo Japrin.

Antara perkara yang dibincangkan ialah pengesahan pelantikan jawatankuasa baharu, perancangan program serta aktiviti terdekat yang akan dilaksanakan di peringkat bahagian, selain membincangkan persiapan dan perwakilan Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Keningau ke Persidangan Perwakilan Pemuda UPKO Pusat.

Mesyuarat tersebut turut menzahirkan komitmen kepimpinan pemuda untuk terus memperkasakan peranan generasi muda melalui pelaksanaan program yang lebih tersusun, progresif dan memberi manfaat kepada masyarakat.

28/01/2026

28 Januari 2026KENINGAU: Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Keningau, Jeffsonzo Japrin, hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Ewon Benedick, agar kerajaan Persekutuan memansuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampu...

Address

Keningau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UPKO Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share