UPPM N45 Sook

Directions Website

UPPM N45 Sook Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM N45 Sook, Government Organization, Bangunan SEDCO Blok B Lot 2, Tingkat 2 & 3, Keningau.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N45 Sook
Berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat dalam menyampaikan maklumat, menyelaras program kemasyarakatan serta memantau pelaksanaan projek pembangunan di kawasan DUN N45 Sook.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐒𝐎𝐎𝐊𝟏𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, ...
11/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐒𝐎𝐎𝐊

𝟏𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮

YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook, terus komited dalam menyokong pelaksanaan program kemasyarakatan yang mampu memperkukuh perpaduan, memupuk gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan dalam kalangan penduduk setempat.

Pada 10 Oktober 2026, Tuan Amzan bin Jahidin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook, telah mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup untuk merasmikan Program Hari Sukan Negara Peringkat Kampung Karaanan Baru, Sook.

Penganjuran program ini merupakan satu inisiatif positif dalam menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, di samping menjadikan aktiviti sukan sebagai wadah untuk membina semangat kerjasama, kesepaduan serta perpaduan dalam kalangan komuniti kampung.

Usaha berterusan YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup dalam menyokong program pembangunan masyarakat mencerminkan komitmen beliau terhadap kesejahteraan rakyat, bukan sahaja melalui pembangunan infrastruktur, malah turut merangkumi aspek sosial, kesihatan dan keharmonian komuniti.

UPPM N.45 Sook akan terus menyokong inisiatif yang membawa manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh semangat kebersamaan demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Sook.
UPPM Negeri Sabah

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐆. 𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀, 𝐒𝐎𝐎𝐊𝟏𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri S...
11/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐊𝐆. 𝐎𝐈𝐒𝐂𝐀, 𝐒𝐎𝐎𝐊

𝟏𝟎 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮

YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook, terus komited dalam memperjuangkan pembangunan infrastruktur demi kemudahan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Sook.

Pada 10 Oktober 2026, Tuan Amzan bin Jahidin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook, telah mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup bagi merasmikan Jalan Gravel ke Kebun Kampung Oisca, Sook, sebagai salah satu usaha menyokong keperluan penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses ke kawasan kebun serta urusan pengangkutan hasil pertanian.

Usaha berterusan YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup dalam membawa pembangunan kepada masyarakat mencerminkan komitmen beliau untuk memastikan keperluan rakyat terus diberi perhatian, termasuk penambahbaikan kemudahan infrastruktur yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk luar bandar.

Pembangunan seperti ini bukan sahaja memudahkan pergerakan penduduk, malah turut menyokong aktiviti ekonomi setempat dan membuka ruang kepada peningkatan produktiviti sektor pertanian.

UPPM N.45 Sook akan terus komited dalam menyokong agenda pembangunan yang diperjuangkan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Sook.
UPPM Negeri Sabah

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐎𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀📅 8 Oktober 2026 (Khamis) Tuan Amzan bin Jahidin, Pemimpin Pembangunan Masyara...
09/10/2026

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐎𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀

📅 8 Oktober 2026 (Khamis)

Tuan Amzan bin Jahidin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.45 Sook, mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook, telah menyampaikan sumbangan dua (2) buah kanopi kepada Sekolah Kebangsaan Malima.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Cikgu Abdul Razak Umat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) SK Malima, bagi pihak sekolah untuk kegunaan dalam pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan.

Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta memberi kemudahan kepada warga sekolah dalam menjayakan aktiviti dan program SK Malima.





𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐎𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐔𝐌𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇📅 8 Oktober 2026 (Khamis)Tuan Ramian bin Ayub, Pegawai Kemajuan Ma...
09/10/2026

𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐍𝐎𝐏𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐋𝐔𝐌𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇

📅 8 Oktober 2026 (Khamis)

Tuan Ramian bin Ayub, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) N.45 Sook, mewakili YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan serta Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook, Telah menyampaikan sumbangan dua (2) buah kanopi kepada Kampung Lumiri Tengah.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Tuan Johani Lundut, JKK Kampung Lumiri Tengah, bagi pihak kampung untuk kegunaan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan.

Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Lumiri Tengah dalam menjayakan aktiviti yang melibatkan komuniti setempat.




𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐈𝐓𝐘 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔📅 Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)📍 Lokasi: Dewan ...
09/10/2026

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐈𝐓𝐘 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔

📅 Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)
📍 Lokasi: Dewan Masyarakat Sook

UPPM N.45 Sook telah menghadiri Taklimat Kempen Keselamatan Elektrik anjuran Sabah Electricity Keningau yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sook pada hari ini. Taklimat ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur permohonan perkhidmatan elektrik, kepentingan keselamatan elektrik serta kemudahan digital yang disediakan bagi memudahkan urusan pengguna.

Taklimat dimulakan dengan penerangan mengenai Permohonan NSC oleh Puan Marhana Bt Mohd Shukur, Customer Service Executive, Keningau, yang berkongsi maklumat berkaitan urusan dan prosedur permohonan berkenaan. Seterusnya, Encik Rayner Andres, Executive HSE Zon Pedalaman, menyampaikan taklimat keselamatan elektrik dengan menekankan kepentingan penggunaan elektrik secara selamat, langkah-langkah pencegahan kemalangan serta kesedaran terhadap risiko bahaya elektrik dalam kehidupan seharian.

Para peserta turut diberikan penerangan mengenai aplikasi MySE+ oleh Puan Joyce Kabinchong, Manager CERA Zon Pedalaman. Aplikasi ini menyediakan kemudahan digital untuk membantu pengguna mengakses perkhidmatan Sabah Electricity dengan lebih mudah dan teratur, sekali gus memudahkan urusan berkaitan akaun serta perkhidmatan elektrik.

📲 Muat turun aplikasi MySE+ di sini:
🔗 https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sabahelectricity.seapp&hl=en

Diharapkan perkongsian ilmu melalui taklimat ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan elektrik serta kemudahan perkhidmatan yang tersedia. Maklumat yang diperoleh juga boleh dimanfaatkan untuk membantu menyampaikan informasi yang tepat kepada penduduk setempat demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊📍 Dewan Serbaguna Karamatoi, Sook📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)UPPM N.45 Sook mengiringi YB Dato’ Sr...
03/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊

📍 Dewan Serbaguna Karamatoi, Sook
📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)

UPPM N.45 Sook mengiringi YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup , Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, merangkap Ahli Parlimen P182 Pensiangan dan ADUN Sook ke Program Mahkamah Bergerak yang diadakan di Dewan Serbaguna Karamatoi, Sook.

Program Mahkamah Bergerak ini merupakan satu inisiatif yang membawa perkhidmatan kehakiman lebih dekat kepada masyarakat, khususnya penduduk di kawasan luar bandar. Pelaksanaan program seperti ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan dan urusan berkaitan kehakiman dengan lebih mudah tanpa perlu melakukan perjalanan yang jauh.

Kehadiran YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup pada program ini turut memberi ruang untuk beliau bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan masyarakat setempat. Kesempatan turun padang seperti ini penting bagi melihat sendiri suasana serta mendengar secara dekat perkara-perkara yang menjadi perhatian penduduk di kawasan Sook.

Semoga program yang dilaksanakan di Karamatoi ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta membantu memudahkan urusan mereka melalui penyampaian perkhidmatan yang lebih dekat dan mudah diakses. Kerjasama antara agensi dan masyarakat merupakan asas penting dalam memastikan setiap perkhidmatan dapat disampaikan dengan baik kepada rakyat.




𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐓𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 🆚 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)📍 Kompleks Sukan K...
03/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊
𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐓𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 🆚 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)
📍 Kompleks Sukan Keningau

Perlawanan persahabatan antara Kelab Sukan RTM Sabah dan Gabungan Pensiangan FC berlangsung dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat kesukanan. Pertemuan ini menjadi ruang untuk para pemain berinteraksi, bertukar pengalaman serta mengukuhkan hubungan persahabatan melalui aktiviti sukan yang sihat dan positif.

Turut hadir YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup , Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, merangkap Ahli Parlimen P182 Pensiangan dan ADUN N45 Sook diiringi oleh Tuan Moody Patrick, bagi bersama-sama menyaksikan perjalanan perlawanan. Kehadiran beliau menyerlahkan sokongan terhadap aktiviti yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana yang harmoni dan penuh kebersamaan.

Lebih daripada sekadar aksi di padang, perlawanan seperti ini membuka ruang untuk membina jaringan yang lebih erat antara komuniti, organisasi dan masyarakat setempat. Nilai seperti kerjasama, disiplin, hormat-menghormati dan semangat berpasukan menjadi antara elemen penting yang dapat dipupuk menerusi penglibatan dalam aktiviti sukan.

Semoga inisiatif sebegini terus menjadi platform yang menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sihat, di samping memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perlawanan persahabatan ini. Sukan menyatukan, persahabatan mengeratkan. ⚽🤝




𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊📍 Dewan Serbaguna Karamatoi, Sook📅 1 Oktober 2026 (Khamis)PPM Amzan Jahidin ...
02/10/2026

𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊

📍 Dewan Serbaguna Karamatoi, Sook
📅 1 Oktober 2026 (Khamis)

PPM Amzan Jahidin bersama rombongan staf UPPM meninjau persiapan lokasi bagi pelaksanaan Program Mahkamah Bergerak yang akan berlangsung pada 2 hingga 3 Oktober 2026. Tinjauan ini bertujuan memastikan keperluan tempat, susun atur serta persiapan berkaitan berada pada tahap yang baik dan teratur menjelang program berlangsung.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengadakan perjumpaan bersama pemimpin masyarakat Mukim Dalit bagi membincangkan penyelarasan serta persiapan akhir program. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara berkaitan pengurusan, keperluan masyarakat dan kelancaran pelaksanaan program sepanjang tempoh berlangsung.

Usaha penyelarasan bersama pemimpin masyarakat dan pihak berkaitan ini penting bagi memastikan Program Mahkamah Bergerak dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar serta memberi kemudahan kepada masyarakat setempat mendapatkan perkhidmatan berkaitan tanpa perlu melakukan perjalanan yang jauh.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊Pejabat UPPM N.45 Sook ingin memaklumkan bahawa Program Mahkamah Bergerak akan diadakan pada 2 ...
01/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊

Pejabat UPPM N.45 Sook ingin memaklumkan bahawa Program Mahkamah Bergerak akan diadakan pada 2 dan 3 Oktober 2026 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Karamatoi Laut, Sook. Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan dan ADUN N.45 Sook.

📅 Tarikh: 2 & 3 Oktober 2026 (Jumaat & Sabtu)
📍 Tempat: Dewan Serbaguna Kg. Karamatoi Laut, Sook
🕗 Masa: 8.00 pagi

Program ini dilaksanakan bagi mendekatkan perkhidmatan Mahkamah Anak Negeri kepada masyarakat, khususnya penduduk Karamatoi dan kawasan berhampiran, melalui penyampaian perkhidmatan secara terus di peringkat setempat.

Masyarakat berpeluang mendapatkan maklumat, panduan dan perkhidmatan berkaitan urusan Mahkamah Anak Negeri, sekali gus memudahkan akses kepada perkhidmatan tanpa perlu melakukan perjalanan yang jauh.

Sehubungan itu, masyarakat sekitar Karamatoi dan kawasan berhampiran dijemput hadir serta memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐏𝐏𝐌 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 (𝐇𝐐) 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐏𝐏𝐌 𝐍.𝟒𝟓 𝐒𝐎𝐎𝐊📅 30 SEPTEMBER 2026 | RABU📍 Bilik Mesyuarat Pasisimpungan, ...
30/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐏𝐏𝐌 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 (𝐇𝐐) 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐏𝐏𝐌 𝐍.𝟒𝟓 𝐒𝐎𝐎𝐊

📅 30 SEPTEMBER 2026 | RABU
📍 Bilik Mesyuarat Pasisimpungan, Pejabat UPPM N.45 Sook

Pejabat UPPM N.45 Sook telah menerima Lawatan Kerja daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Ibu Pejabat (HQ) yang diketuai oleh PPM Haji Abd Rashid, bersama delegasi UPPM Ibu Pejabat. Sesi pertemuan tersebut turut disertai oleh PPM Amzan Jahidin, bersama CDO Ramian Ayub serta barisan pegawai dan kakitangan bahagian pentadbiran dan operasi pejabat.

Lawatan kerja ini merupakan satu wadah penting dalam memperkukuh hubungan kerja, penyelarasan pentadbiran serta kerjasama antara UPPM Ibu Pejabat dan UPPM di peringkat kawasan, di samping memberi ruang untuk bertukar pandangan berkaitan pengurusan pejabat, pelaksanaan tugasan serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Perkongsian dan perbincangan yang dilaksanakan turut mencerminkan komitmen berterusan UPPM dalam memastikan urusan penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan secara tersusun, cekap dan responsif, selaras dengan peranan UPPM sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat.

UPPM N.45 Sook akan terus memperkasa kerjasama dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan amanah kerajaan dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat setempat.

Address

Bangunan SEDCO Blok B Lot 2, Tingkat 2 & 3
Keningau
89008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM N45 Sook posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share