KOLEJ TENTERA UDARA RASMI

Directions

KOLEJ TENTERA UDARA RASMI HALAMAN RASMI BAGI MEMAPARKAN AKTIVITI SEMASA DAN TERKINI KOLEJ TENTERA UDARA

LAWATAN SEMPENA PERSARAAN MEJAR JENERAL NORAZMAN BIN ISMAIL TUDM, MANTAN KETUA STAF MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN L...
22/10/2026

LAWATAN SEMPENA PERSARAAN MEJAR JENERAL NORAZMAN BIN ISMAIL TUDM, MANTAN KETUA STAF MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA (MPPLU) KE KOLEJ TENTERA UDARA

ALOR SETAR, 22 OKTOBER 2026 – Kolej Tentera Udara (KTU) telah menerima lawatan sempena persaraan Mantan Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU), Mejar Jeneral Norazman bin Ismail TUDM.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah Kolej Tentera Udara, Brig Jen Azman bin Taib TUDM, bersama barisan pegawai dan anggota KTU.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan nasihat serta kata-kata semangat kepada seluruh warga KTU agar sentiasa mengekalkan komitmen, disiplin dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan. Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh budaya kerja berpasukan dan mengekalkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan serta latihan ketenteraan udara.

Beliau juga menzahirkan harapan agar KTU terus memainkan peranan penting sebagai institusi pendidikan dan latihan TUDM dalam melahirkan warga udara yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berintegriti serta mempunyai jati diri ketenteraan yang unggul demi memenuhi keperluan dan kesiagaan operasi TUDM.

Seluruh warga KTU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti Mejar Jeneral Norazman bin Ismail TUDM sepanjang perkhidmatan beliau. Warga KTU turut mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kejayaan berterusan dalam menempuh fasa kehidupan selepas persaraan.





20/10/2026
TAKLIMAT AIR LEGISLATION FOR TOT INSTRUCTOR ITAS PERKUKUH PEMAHAMAN PERUNDANGAN KEBOLEHTERBANGAN PESAWATALOR SETAR, 19 O...
20/10/2026

TAKLIMAT AIR LEGISLATION FOR TOT INSTRUCTOR ITAS PERKUKUH PEMAHAMAN PERUNDANGAN KEBOLEHTERBANGAN PESAWAT

ALOR SETAR, 19 Okt 26 – Institut Teknologi Aerospace (ITAS) telah menganjurkan Taklimat Air Legislation for Train the Trainer (ToT) Instructor ITAS yang disampaikan oleh Mej Wan Nurdiana TUDM, PS 2 Training Competency & Standard, Directorate General of Technical Airworthiness (DGTA), bertempat di Dewan Auditorium ITAS, hari ini.

Taklimat ini bertujuan meningkatkan pemahaman para jurulatih ITAS mengenai kerangka perundangan dan keperluan kebolehterbangan teknikal (technical airworthiness) bagi pesawat kerajaan yang berdaftar melalui DGTA, khususnya dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan, pensijilan serta pematuhan terhadap peraturan teknikal penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah kerangka kawal selia kebolehterbangan negara, peranan pihak State Authority, kebolehterbangan serta pelaksanaan Malaysian State Technical Airworthiness Program (MSTAP) dan Malaysian State Technical Airworthiness Regulation (MSTAR) sebagai rujukan utama dalam pengurusan kebolehterbangan teknikal pesawat negara.

Taklimat turut merangkumi tujuh modul utamayang perlu diterapkan kepada pelatih di ITAS, iaitu kerangka kawal selia kebolehterbangan, pegawai yang diberi kuasa mengesahkan kerja penyelenggaraan (Certifying Staff), organisasi penyelenggaraan yang diluluskan (Approved Maintenance Organisation – AMO), keperluan operasi udara, pensijilan pesawat serta komponen, pengurusan kebolehterbangan berterusan (Continuing Airworthiness) dan keperluan teknikal berkaitan.

Penekanan turut diberikan kepada keperluan State Aircraft Maintenance Licence (SAML) di bawah MSTAR 66, pensijilan pelepasan penyelenggaraan (Certificate of Release to Service – CRS), keperluan organisasi penyelenggaraan di bawah MSTAR 145 serta peranan organisasi latihan penyelenggaraan pesawat di bawah MSTAR 147. Aspek pengurusan program penyelenggaraan pesawat, dokumentasi teknikal, pemeriksaan dan pematuhan terhadap prosedur yang diluluskan turut menjadi sebahagian daripada pengisian taklimat.

Selain itu, taklimat menjelaskan kepentingan pelaksanaan Malaysian State Technical Airworthiness Manual (MSTAM) sebagai kerangka pengurusan kebolehterbangan teknikal negara, yang merangkumi MSTAP dan siri MSTAR bagi menyokong pelaksanaan pengurusan serta pengawalseliaan kebolehterbangan teknikal pesawat negara.

Penganjuran taklimat ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kesedaran para jurulatih ITAS terhadap keperluan standard teknikal dalam menentukan kebolehterbangan pesawat, sekali gus menyokong penyampaian latihan yang berteraskan piawaian, kompetensi dan pematuhan kepada peraturan teknikal penerbangan yang ditetapkan.

Usaha ini selaras dengan prinsip “Together We Build a Culture of Compliance”, yang menekankan kepentingan budaya pematuhan dalam memastikan pengurusan kebolehterbangan teknikal dilaksanakan secara teratur, konsisten dan bertanggungjawab demi keselamatan operasi penerbangan.

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SK SERI BANAIALOR SETAR, 15 Okt 26 - Seksyen Pendidikan dan Latih Kolej Tentera Udara telah...
16/10/2026

KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SK SERI BANAI

ALOR SETAR, 15 Okt 26 - Seksyen Pendidikan dan Latih Kolej Tentera Udara telah menganjurkan Program Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK Seri Banai Tahun 2026 bermula 14 hingga 15 Okt 26. Program selama dua hari satu malam ini telah disertai oleh 64 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Al-Fateh. Objektif program ini adalah untuk menanamkan semangat jati diri serta sentiasa komited dalam mencapai matlamat diri yang ingin dicapai. Selain itu, ia membentuk keseimbangan komponen kepintaran jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam memenuhi pencapaian matlamat diri secara analitis dan kreatif bagi membentuk pemimpin di peringkat pelajar sekolah.

Pengisian program ini adalah Latihan Dalam Kumpulan, _Team Building_, Ceramah Kepimpinan Menurut Perspektif Islam, Modul Kepimpinan Berkesan, latihan jasmani dan lawatan ke INSPEN 1 dan INSPEN 2. Kemuncak program ini ialah majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Murad bin Mahmud TUDM, Pemangku Komandan Kolej Tentera Udara (KTU) dengan disaksikan oleh Pn Nadzirah binti Mat Saad, Penolong Kanan Pentadbiran, barisan eksekutif kolej, guru-guru dan semua anggota yang terlibat dengan penganjuran program ini. Program ini diakhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar serta cenderahati kepada fasilitator yang terlibat. Program ini telah membuktikan wujudnya kerjasama TUDM amnya dan KTU khasnya dengan masyarakat awam khususnya pihak sekolah. Jalinan kerjasama ini telah menzahirkan bahawa KTU sentiasa mengambil cakna terhadap masyarakat awam setempat dan secara tidak langsung telah mewujudkan program CIMIC.

TAKLIMAT PERANCANGAN KEWANGAN OLEH PTPTN CAWANGAN ALOR SETAR DI INSTITUT TEKNOLOGI AEROSPACE, KOLEJ TENTERA UDARAALOR SE...
15/10/2026

TAKLIMAT PERANCANGAN KEWANGAN OLEH PTPTN CAWANGAN ALOR SETAR DI INSTITUT TEKNOLOGI AEROSPACE, KOLEJ TENTERA UDARA

ALOR SETAR, 14 Okt 26 – Institut Teknologi Aerospace (ITAS), Kolej Tentera Udara telah menerima kunjungan daripada pasukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Cawangan Alor Setar bagi menyampaikan taklimat perancangan kewangan kepada staf dan pelatih induksi ITAS. Taklimat yang berlangsung dari jam 1000H hingga 1230H ini telah disertai oleh seramai lima orang wakil pasukan PTPTN Cawangan Alor Setar.

Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan warga ITAS mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang terancang, khususnya dalam mengurus perbelanjaan harian dan membudayakan amalan menyimpan wang bagi menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan.

Sepanjang taklimat berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan mengenai kaedah pengurusan wang secara berhemah, kepentingan menetapkan matlamat simpanan serta langkah-langkah merancang perbelanjaan mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing. Penekanan turut diberikan terhadap pembentukan tabiat menyimpan secara konsisten bagi menghadapi keperluan kecemasan serta mencapai matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

Penganjuran taklimat ini diharap dapat memberikan manfaat kepada staf dan pelatih induksi ITAS dalam membentuk disiplin kewangan yang lebih baik, mengelakkan perbelanjaan yang tidak terkawal serta memupuk kesedaran bahawa amalan menyimpan wang merupakan salah satu langkah penting dalam merancang masa hadapan yang lebih terjamin.

Pihak ITAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PTPTN Cawangan Alor Setar atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan panduan berkaitan perancangan kewangan kepada warga ITAS. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang melalui pelbagai program perkongsian ilmu yang memberi manfaat kepada staf dan pelatih.

Semoga pendedahan yang diberikan melalui taklimat ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam mengamalkan pengurusan kewangan yang lebih bijak, berdisiplin dan sistematik, sekali gus membudayakan amalan menyimpan wang demi kesejahteraan serta kestabilan kewangan pada masa hadapan.

KOLEJ TENTERA UDARA – HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KTU TAHUN 2026ALOR SETAR, 9 OKTOBER 2026 – Kolej Tentera Udara (KTU) t...
09/10/2026

KOLEJ TENTERA UDARA – HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KTU TAHUN 2026

ALOR SETAR, 9 OKTOBER 2026 – Kolej Tentera Udara (KTU) telah mengadakan program Hari Sukan Negara Peringkat KTU Tahun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna KTU, bermula pada jam 7.30 pagi.

Program ini melibatkan 76 pegawai dan 132 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), para pelatih serta staf awam KTU dalam usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga kolej.

Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan program ini, antaranya Fun Run 3KM, futsal, bola tampar, sepak takraw dan badminton. Pengisian program turut merangkumi sesi pemanasan badan, larian serta aktiviti sukan yang memberi peluang kepada warga KTU untuk bergiat aktif dalam suasana yang sihat dan penuh semangat berpasukan.

Aktiviti larian dijangka selesai pada jam 8.40 pagi sebelum program diteruskan dengan aktiviti sukan. Keseluruhan pengisian program dijadualkan berakhir pada jam 10.00 pagi.

Kesimpulannya, penganjuran Hari Sukan Negara merupakan inisiatif penting dalam memupuk budaya hidup aktif dan sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Kolej Tentera Udara (KTU). Diharapkan agar program seumpama ini terus dilaksanakan secara berterusan bagi membudayakan amalan bersukan serta memperkukuh semangat kebersamaan demi kesejahteraan dan kecemerlangan organisasi.





MAJLIS PENUTUP ENGLISH LANGUAGE COURSE & SAFETY AND SURFACE EQUIPMENT SKILL COURSEALOR SETAR, 9 Okt 26 – Majlis Penutup ...
09/10/2026

MAJLIS PENUTUP ENGLISH LANGUAGE COURSE & SAFETY AND SURFACE EQUIPMENT SKILL COURSE

ALOR SETAR, 9 Okt 26 – Majlis Penutup English Language Course (Peg) Level 7 Siri 72/26 dan Safety and Surface Equipment Skill Course (SSESC) Siri 22/26 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Auditorium, Institut Teknologi Aerospace (ITAS).

English Language Course (Peg) Level 7 Siri 72/26 telah melibatkan seramai 12 x pegawai TUDM daripada pelbagai ketukangan. Kursus yang berlangsung selama empat minggu, bermula dari 14 Sep hingga 9 Okt 26, bertujuan memastikan para pegawai TUDM mencapai Tahap 7 penilaian ADFELPS yang merangkumi empat kompetensi utama iaitu _Reading_, _Writing_, _Listening_ dan _Speaking_.

Sementara itu, Safety and Surface Equipment Skill Course (SSESC) Siri 22/26 melibatkan seramai 20 x anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kejuruteraan dan telah dilaksanakan selama lapan minggu, bermula dari 17 Ogos hingga 9 Okt 26. Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan serta kemahiran teknikal yang diperlukan oleh peserta dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Juruteknik ASE.

Penganjuran kedua-dua kursus ini mencerminkan komitmen berterusan ITAS dalam memperkasa kompetensi warga TUDM melalui pembangunan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan profesional, selaras dengan keperluan semasa perkhidmatan serta usaha melahirkan warga TUDM yang kompeten, berdaya saing dan berintegriti.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan Kolej Tentera Udara (KTU), YBhg Lt Kol Murad bin Mahmud TUDM diiringi oleh Ketua Flait Latihan ITAS, Mej Muhammad Fairuz Zamir bin Johar TUDM.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT KOLEJ TENTERA UDARA TAHUN 2026ALOR SETAR, 08 Oktober 2026 – Kursus Pengurusan Jenaza...
08/10/2026

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT KOLEJ TENTERA UDARA TAHUN 2026

ALOR SETAR, 08 Oktober 2026 – Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Kolej Tentera Udara Tahun 2026 anjuran Pejabat Agama Kolej telah diadakan di Surau Al-Iman, Kolej Tentera Udara.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tatacara pengurusan jenazah yang betul, di samping meningkatkan kesedaran, kepekaan serta rasa tanggungjawab dalam kalangan Warga Kolej terhadap kepentingan melaksanakan pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardu kifayah.

Kursus ini telah menampilkan Ustaz Hazwan Syah Niezam bin Abdul Hanif, Pegawai Zakat Daerah Yan, selaku penceramah jemputan dan telah disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pegawai, anggota LLP, kakitangan awam serta ahli BAKAT Kolej.

Turut hadir ialah YBhg Lt Kol Mohd Zamzami bin Md Zahir TUDM, Pemangku Komandan Kolej Tentera Udara dan Lt Kol Mohammad Azhari bin Ali, Pegawai Agama Kanan Kolej.

Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran asas yang bermanfaat kepada para peserta, seterusnya menjadi panduan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat apabila diperlukan.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya serta menjadi amal yang berterusan dalam melaksanakan tuntutan fardu kifayah.


08/10/2026

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM serta seluruh warga TUDM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh Tim Inovasi TUDM atas kejayaan mengharumkan nama negara di Indonesia Inventors Day (IID) 2026 di Jakarta.

Kejayaan membanggakan dengan meraih 2 Emas, 2 Perak serta 3 anugerah khas antarabangsa tersebut membuktikan keupayaan, kreativiti dan komitmen warga TUDM dalam memperkasa budaya inovasi.

08/10/2026

Address

Kolej Tentera Udara
Kepala Batas
06200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOLEJ TENTERA UDARA RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share