Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pulau Pinang - Laman Rasmi

Directions

Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pulau Pinang  - Laman Rasmi Laman Rasmi Facebook RELA Negeri Pulau Pinang. Dikawal selia oleh Unit Media RELA (UMR) Negeri Pulau Pinang

TABAYYUN BENTENG AMANAH, DALAM MENGHADAPI JENAYAH KEWANGANTabayyun mengajar kita agar sentiasa menyemak dan memastikan k...
18/09/2026

TABAYYUN BENTENG AMANAH, DALAM MENGHADAPI JENAYAH KEWANGAN

Tabayyun mengajar kita agar sentiasa menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau mengambil tindakan.

Dalam menghadapi jenayah kewangan, sikap berhati-hati, amanah dan tidak mudah terpedaya amat penting bagi melindungi diri, keluarga serta masyarakat daripada kerugian dan penipuan.

Semak sebelum percaya, fikir sebelum bertindak.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





17/09/2026
TAHNIAH & SYABAS KEPADA SKUAD RELA PULAU PINANG RANGKUL DUA KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN EXPLORE RACE SEMPENA FESTIVAL JO...
17/09/2026

TAHNIAH & SYABAS KEPADA SKUAD RELA PULAU PINANG RANGKUL DUA KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN EXPLORE RACE SEMPENA FESTIVAL JOM MALAYSIA KPDN 2026

Batu Kawan, 17 September 2026 – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Pulau Pinang telah menyertai Pertandingan Explore Race bagi kategori Penjawat Awam yang berlangsung di Pentas Utama, Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

RELA Pulau Pinang telah menghantar 3 pasukan bagi menyertai program tersebut. Pencapaian amat membanggakan apabila 2 pasukan berjaya mencatat kejayaan daripada 17 kumpulan kategori Penjawat Awam. Antara kemenangan yang dirangkul ialah:

🥈 Naib Juara – Wang Tunai RM2,000
🏅Tempat Ke-5 – Wang Tunai RM200

Penyertaan ini menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara agensi, menguji ketahanan fizikal dan mental serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan anggota RELA.

Program ini turut menyerlahkan kecergasan, ketangkasan, disiplin dan kesiapsiagaan warga RELA, di samping memperkukuh jalinan silaturahim serta sinergi bersama KPDN Pulau Pinang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh ahli pasukan yang bertanding atas komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam mengharumkan nama RELA Pulau Pinang.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





17/09/2026

𝙈𝙆𝙆𝙊𝙍 𝙋𝙀𝙍𝙆𝘼𝙎𝘼 𝙏𝘼𝙏𝘼𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙋𝙀𝙉𝙐𝙂𝘼𝙎𝘼𝙉, 𝙋𝙀𝙍𝙆𝙐𝙆𝙐𝙃 𝙋𝙍𝙊𝙁𝙀𝙎𝙄𝙊𝙉𝘼𝙇𝙄𝙎𝙈𝙀 𝙒𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙍𝙀𝙇𝘼

Manual Kawalan Keselamatan dan Operasi RELA (MKKOR) telah dilancarkan oleh YB Menteri Dalam Negeri semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diurusetiakan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pada 14 September 2026.

MKKOR menyediakan panduan dan tatacara kerja yang jelas serta seragam bagi membantu pegawai dan anggota RELA melaksanakan setiap penugasan dengan betul, teratur, sistematik dan selamat.

Manual ini merangkumi dua kluster utama, iaitu Kluster Kawalan Keselamatan yang meliputi Penugasan Kawalan Keselamatan Tetap (KKT) dan Penugasan Kawalan Keselamatan Harian (KKH), serta Kluster Operasi yang merangkumi penugasan bersepadu, bencana, darurat dan khidmat masyarakat.

Penyediaan MKKOR menjadi salah satu usaha RELA dalam memastikan setiap warga RELA memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, sekali gus memperkukuh keseragaman pelaksanaan tugas serta mengutamakan keselamatan dalam setiap penugasan.







SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026Kepala Batas, 16 September 2026 – Pengarah RELA Negeri Pulau Pi...
16/09/2026

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026

Kepala Batas, 16 September 2026 – Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, PPjKR Arshab bin Jan, hadir ke Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 yang berlangsung pada pagi tadi di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Majlis yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia ini turut menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan masyarakat.

Kehadiran RELA Negeri Pulau Pinang mencerminkan komitmen berterusan warga RELA dalam menyokong program kenegaraan serta bersama-sama menyemarakkan semangat Malaysia MADANI.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September menjadi simbol pembentukan Malaysia yang berteraskan semangat perpad...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

16 September menjadi simbol pembentukan Malaysia yang berteraskan semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian antara seluruh rakyat.

Marilah kita terus menghargai kepelbagaian, memelihara keharmonian serta memperkukuh semangat kebersamaan demi membina sebuah Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia daripada Pengarah dan seluruh Warga RELA Negeri Pulau Pinang.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





SUDAH LAMA DINANTI, HARI INI HADIR BERSAMA HARAPAN.Perkembangan berkaitan kenaikan elaun anggota RELA disambut dengan pe...
15/09/2026

SUDAH LAMA DINANTI, HARI INI HADIR BERSAMA HARAPAN.

Perkembangan berkaitan kenaikan elaun anggota RELA disambut dengan penuh syukur dan harapan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri dan Kementerian Dalam Negeri atas perhatian terhadap kebajikan anggota RELA.

Semoga perhatian yang diberikan membawa manfaat kepada seluruh warga RELA.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





BILA KHIDMAT DIBERI, HARAPAN TURUT DINANTI.RM8 sejam menjadi sebahagian daripada perjalanan khidmat anggota RELA. Di seb...
15/09/2026

BILA KHIDMAT DIBERI, HARAPAN TURUT DINANTI.

RM8 sejam menjadi sebahagian daripada perjalanan khidmat anggota RELA. Di sebalik angka itu, tersimpan masa, tenaga dan pengorbanan demi membantu masyarakat.

Kami terus berkhidmat dengan penuh komitmen.
Kami terus berharap agar kebajikan anggota RELA terus diberi perhatian.

Semoga ada sinar dan khabar baik buat seluruh warga RELA.

_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





“RM8 SEJAM — APA KATA ANGGOTA RELA?”Isu kadar elaun anggota RELA terus mendapat perhatian dan kini turut mendapat liputa...
15/09/2026

“RM8 SEJAM — APA KATA ANGGOTA RELA?”

Isu kadar elaun anggota RELA terus mendapat perhatian dan kini turut mendapat liputan media.

Di sebalik setiap tugasan, ada masa, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan demi masyarakat.

Semoga perhatian yang diberikan membawa manfaat kepada seluruh warga RELA.
_________________
FACEBOOK RASMI :
https://www.facebook.com/relapenang
TIKTOK RASMI :
https://www.tiktok.com/.penang





Address

Aras 2, Anjung A, Wisma Persekutuan
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Pulau Pinang - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share