LAMAN RASMI Klinik Kesihatan Kepala Batas Spu

Call Directions Website Contact the organization

LAMAN RASMI Klinik Kesihatan Kepala Batas Spu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LAMAN RASMI Klinik Kesihatan Kepala Batas Spu, Public & Government Service, Kepala Batas.

Klinik beroperasi mengikut kerja pejabat iaitu 8am-5pm
Waktu pendaftaran:-
Isnin - Khamis (8AM - 1PM) SESI PAGI
(2PM - 5PM) SESI PTG
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU TEMU JANJI BOLEH WHATSAPP +60173982703

03/10/2026
🕋 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 🤍📅 𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔⏰ 𝟖.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠📍 Klinik Kesihatan Kepala Ba...
03/10/2026

🕋 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍, 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 🤍

📅 𝟑 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ 𝟖.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 Klinik Kesihatan Kepala Batas

Seramai 𝟏𝟏𝟖 bakal haji telah menjalani Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji bagi Musim Haji 1448H/2027M, dengan penglibatan anggota kesihatan daripada klinik-klinik kesihatan di seluruh daerah Seberang Perai Utara.

Bermula daripada pendaftaran dan pemeriksaan tanda vital, pengambilan darah, ECG, pemeriksaan klinikal, vaksinasi, X-ray, makmal dan farmasi, sehinggalah kepada penilaian fisioterapi, setiap stesen bergerak dengan satu tujuan yang sama: memastikan bakal haji dapat membuat persediaan kesihatan sebaik mungkin sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sebanyak 86 dos vaksin meningokokal dan 59 dos vaksin influenza turut diberikan kepada bakal haji yang berkenaan sebagai sebahagian daripada persediaan kesihatan sebelum ke Tanah Suci.

Penggunaan CCMS dan MyVAS turut membantu melancarkan dokumentasi serta aliran pemeriksaan sepanjang program.

Walaupun program dijadualkan tamat pada jam 1.00 petang, beberapa anggota terus bertugas sehingga hampir 4.00 petang bagi memberi ruang kepada bakal haji menyelesaikan penilaian dan perkara-perkara yang memerlukan perhatian lanjut.

𝟏𝟏𝟖 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐡𝐚𝐣𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚. 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐬𝐢𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮.

Terima kasih kepada seluruh pasukan daripada klinik-klinik kesihatan di daerah Seberang Perai Utara yang menjayakan pemeriksaan hari ini.

𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘩𝘢𝘫𝘪 𝘥𝘪𝘬𝘶𝘳𝘯𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯, 𝘬𝘦𝘬𝘶𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘫𝘶 𝘛𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘚𝘶𝘤𝘪. 𝘋𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘶𝘴𝘢𝘩𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘤𝘶𝘳𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘸𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢. 🤍

Gambar diambil disaat kesibukan sudah reda.. setelah bertungkus lumus memastikan kelancaran program. Alhamdulillah.







02/10/2026

Pertubuhan PAWE Kepala Batas Azianey Yusof KarenWinnie Oung KC Rohayati Arshad

🚌 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒, 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 🤝𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢,𝘚𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘒𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘉...
02/10/2026

🚌 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐀𝐒, 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 🤝

𝘋𝘢𝘳𝘪 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢,
𝘚𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘪 𝘒𝘦𝘱𝘢𝘭𝘢 𝘉𝘢𝘵𝘢𝘴;
𝘐𝘭𝘮𝘶 𝘥𝘪𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢,
𝘚𝘪𝘭𝘢𝘵𝘶𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘵𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘪𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘣𝘢𝘵𝘢𝘴.

📅 𝟐 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ 𝟖.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟏𝟏.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
📍 PAWE Kepala Batas & Klinik Kesihatan Kepala Batas

Bersempena Sambutan Hari Warga Emas Sedunia 2026, kami berbesar hati menerima kunjungan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Persatuan Gerontologi Melaka, yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Rusdi bin Abd Rahman, Presiden Persatuan Gerontologi Melaka.

Lawatan dimulakan di PAWE Kepala Batas dengan aktiviti senaman Waitankung bersama warga PAWE, sebelum rombongan dibawa ke Villa Sihat, Klinik Kesihatan Kepala Batas, lokasi perkhidmatan Seamless Geriatric Clinic (SGC). Para tetamu turut melihat tanaman hidroponik dan kolam ikan yang menjadi sebahagian daripada persekitaran mesra warga emas di klinik.

Kunjungan diteruskan dengan taklimat mengenai PAWE Kepala Batas dan sarapan pagi, sambil berkongsi pengalaman serta pendekatan dalam memperkukuh kesejahteraan warga emas di komuniti.

Turut hadir menyantuni tetamu dari Melaka ialah Dr Misfawati dan pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan yang diberikan.

Hari Warga Emas mengingatkan kita bahawa penuaan bukan sekadar tentang menambah usia. Ia tentang memastikan setiap warga emas terus mempunyai ruang untuk bergerak, berfikir, berkawan, belajar dan menyumbang.

Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang perkongsian dan kolaborasi demi penjagaan warga emas yang lebih menyeluruh, dekat dengan komuniti dan penuh makna.










🔥🚒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍📅 𝟐𝟗 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔⏰ 𝟐.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠📍 Klinik Kesihatan K...
29/09/2026

🔥🚒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍

📅 𝟐𝟗 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
⏰ 𝟐.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 Klinik Kesihatan Kepala Batas

Petang ini, Klinik Kesihatan Kepala Batas telah menjalankan Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan melibatkan kakitangan serta pesakit yang berada di premis.

Latihan ini diketuai oleh Dr Sheikh Dawood, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kepala Batas, dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kepala Batas.

Dalam situasi kecemasan, kita tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir panjang. Sebab itu latihan seperti ini penting supaya setiap orang tahu ke mana perlu bergerak, apa yang perlu dilakukan dan bagaimana pengungsian dapat dilakukan dengan lebih teratur dan selamat.

Terima kasih kepada pihak bomba atas panduan dan kerjasama sepanjang latihan, serta kepada semua pesakit dan warga KKKB yang memberikan kerjasama dengan baik.

Kita mungkin berharap kecemasan tidak berlaku, tetapi kita tetap perlu bersedia sekiranya ia berlaku.






27/09/2026
26/09/2026

SATU RUMAH TIGA ORANG POSITIF INFLUENZA. SEMUA PERLU BELI ANTIVIRAL?

Ini antara keluhan yang kami terima.

Bila seorang kena influenza, kemudian berjangkit kepada pasangan dan anak. Sekali satu rumah positif.

Bila setiap orang diberikan antiviral, jumlah kos rawatan boleh menjadi beratus-ratus ringgit.

Persoalannya, adakah semua yang positif influenza memang perlu antiviral?

Tidak semestinya.

Ujian positif influenza sahaja bukan automatik bermaksud seseorang mesti mengambil antiviral.

Jika anda sihat, tidak hamil, tiada penyakit kronik atau faktor risiko tertentu, dan hanya mengalami influenza ringan tanpa komplikasi, antiviral tidak semestinya diperlukan.

Untuk pesakit seperti ini, doktor boleh mempertimbangkan antiviral jika rawatan dapat dimulakan awal, terutama dalam 48 jam pertama. Manfaat utamanya ialah membantu memendekkan tempoh simptom.

Tetapi ceritanya berbeza jika anda berisiko tinggi mendapat komplikasi, sakit teruk, keadaan semakin merosot atau memerlukan rawatan di hospital. Dalam keadaan ini, antiviral lebih penting dan rawatan perlu dimulakan secepat mungkin.

Malah bagi pesakit berisiko tinggi atau sakit teruk, rawatan masih boleh memberi manfaat walaupun sudah melebihi 48 jam.

Jadi kalau tiga orang dalam satu rumah positif influenza, keperluan antiviral untuk setiap seorang mungkin tidak sama.

Seorang mungkin muda dan sihat dengan simptom ringan.

Seorang lagi mungkin hamil, mempunyai asma, diabetes, imuniti lemah atau faktor risiko lain.

Jangan ukur keperluan antiviral berdasarkan keputusan swab sahaja.

Rawat pesakit, bukan sekadar keputusan ujian.

Jika kos menjadi kebimbangan, bincangkan dengan doktor sama ada antiviral benar-benar diperlukan untuk setiap ahli keluarga berdasarkan tahap penyakit, tempoh simptom dan faktor risiko masing-masing.

26/09/2026

PAGI-PAGI DAH DATANG KLINIK.

Cari parking.
Ambil nombor.
Tunggu.
Kadang-kadang kena ambil cuti kerja.

Bukan nak jumpa doktor pun.

Cuma nak ambil bekalan ubat yang sama untuk darah tinggi, diabetes atau kolesterol.

Bagi pesakit yang stabil, perkara seperti ini sebenarnya boleh dikurangkan.

Salah satu caranya ialah Ubat Melalui Pos (UMP).

Melalui perkhidmatan ini, pesakit yang memenuhi syarat boleh menerima bekalan ubat susulan terus ke lokasi yang didaftarkan tanpa perlu datang ke fasiliti setiap kali hanya untuk mengambil ubat.

Contohnya, seorang pesakit darah tinggi sudah berjumpa doktor dan diberikan preskripsi untuk beberapa bulan.

Bekalan pertama diambil seperti biasa.

Untuk bekalan seterusnya, jika ubat dan keadaan pesakit sesuai, boleh berbincang dengan pegawai farmasi untuk menggunakan UMP.

Bukan semua ubat sesuai dihantar dan kelayakan tetap bergantung kepada penilaian pihak farmasi.

Apa yang menarik, sebelum ini pesakit perlu membayar kos penghantaran.

Mulai 1 Oktober 2026, kos penghantaran Ubat Melalui Pos akan ditanggung sepenuhnya melalui dana RM5 juta MCMC.

Maksudnya, bagi pesakit yang layak:

Kurang perjalanan ke klinik.
Kurang masa menunggu.
Jimat minyak dan parking.
Kurang perlu ambil cuti kerja.
Dan lebih mudah memastikan bekalan ubat tidak terputus.

Ini sebenarnya gambaran bagaimana sistem kesihatan boleh berubah.

Bukan sekadar tambah kaunter atau tambah kerusi menunggu.

Kurangkan proses yang tidak perlu.
Gunakan teknologi.
Dekatkan perkhidmatan kepada pesakit.

Dan kalau pesakit tak perlu datang ke klinik semata-mata untuk ambil ubat…

lagi baik.

Sebab matlamat sistem kesihatan bukan untuk memenuhi klinik dengan pesakit.

Matlamatnya ialah memastikan pesakit mendapat rawatan dengan cara yang paling mudah, selamat dan efisien.

❤️💪 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎📅 𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔📍 Dewan Orang Ramai Pajak SongRamai antara kita berasa s...
26/09/2026

❤️💪 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎

📅 𝟐𝟔 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 Dewan Orang Ramai Pajak Song

Ramai antara kita berasa sihat, tetapi tekanan darah, paras gula dan risiko penyakit tidak berjangkit boleh berubah tanpa disedari.

Hari ini, pasukan Klinik Kesihatan Kepala Batas turun ke Dewan Orang Ramai Pajak Song untuk meneruskan Saringan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bersama komuniti setempat.

Saringan mungkin singkat, tetapi ia memberi kita peluang untuk mengenali risiko lebih awal dan bertindak sebelum masalah menjadi lebih besar.

Terima kasih kepada komuniti Pajak Song atas sambutan yang diberikan, dan kepada seluruh pasukan KKKB yang terus membawa usaha pencegahan lebih dekat kepada masyarakat.

Lebih awal kita tahu, lebih awal kita boleh bertindak.






🏠 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐈 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊📅 17 September 2026📍 Sri Serdang📅 25 September 2026📍 Bandar PutraDua lawatan, dua ruma...
26/09/2026

🏠 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐃𝐈 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊

📅 17 September 2026
📍 Sri Serdang

📅 25 September 2026
📍 Bandar Putra

Dua lawatan, dua rumah, dua keperluan yang berbeza.

Sepanjang dua sesi ini, pasukan Klinik Kesihatan Kepala Batas melaksanakan lawatan domisiliari multidisiplin, melibatkan Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Fisioterapi, Terapi Carakerja dan Pergigian mengikut keperluan pesakit.

Penjagaan di rumah memberi ruang untuk kita memahami lebih daripada keadaan klinikal semata-mata. Cara pesakit bergerak, makan, menjaga diri, menyesuaikan rutin dan sokongan keluarga semuanya menjadi sebahagian daripada gambaran kesihatan mereka.

Apabila keperluan pesakit dilihat bersama, penjagaan juga menjadi lebih menyeluruh. 🤍

Terima kasih kepada seluruh pasukan yang terus membawa penjagaan lebih dekat kepada pesakit.






Address

Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045741768

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LAMAN RASMI Klinik Kesihatan Kepala Batas Spu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to LAMAN RASMI Klinik Kesihatan Kepala Batas Spu:

Shortcuts

Share