Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang

Call Directions Contact the organization

Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang Facebook Rasmi
Institut Pertanian Bumbong Lima (IPBL),
Pulau Pinang.

VISI - Menjadi peneraju pembangunan modal insan bagi mentransformasikan sektor pertanian

MISI - Melahirkan modal insan berkompetensi melalui program pengajian yang dinamik dan mampan

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗜𝗣𝗕𝗟 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 melabuhkan tirai dengan...
08/09/2026

𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗜𝗣𝗕𝗟 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 melabuhkan tirai dengan mencatat kehadiran lebih lima juta pengunjung dan jualan keseluruhan melebihi RM73 juta, mengatasi sasaran penganjurannya.
Meriah sangat... Daripada 5 juta pengunjung tersebut terselit 41 orang pelajar-pelajar Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang yang turut berpeluang turun padang ke MAHA 2026.
Bukan sekadar jalan-jalan, tapi inilah peluang untuk melihat sendiri perkembangan terkini dalam sektor pertanian, teknologi, inovasi dan TVET Pertanian. Pelbagai pengalaman, ilmu dan inspirasi baharu dapat dikutip sepanjang berada di MAHA.
Inilah pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah. IPBL melahirkan generasi pertanian yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.




𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗜𝗣𝗕𝗟, 𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗛𝗜𝗧𝗔𝗛Pengarah dan seluruh warga Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang mengucapka...
08/09/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗜𝗣𝗕𝗟, 𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗛𝗜𝗧𝗔𝗛
Pengarah dan seluruh warga Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang mengucapkan selamat datang kepada Puan Mash*tah Binti Osman yang kini menyertai keluarga IPBL sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N2, berkuat kuasa mulai 1 September 2026. Beliau menggantikan Puan Zuridah yang bertukar ke jabatan lain.
Selamat datang ke tempat baharu, suasana baharu dan keluarga kerja yang baharu. Semoga Puan dapat menyesuaikan diri dengan baik, terus mencurahkan khidmat dan pengalaman yang ada, serta bersama-sama kita mencipta suasana kerja yang lebih ceria dan produktif di IPBL.
Selamat bertugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar IPBL

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), semua warga kerja Institut Pertanian Bumbong Lima, Pula...
01/09/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀
Pada 27 Ogos 2026 (Khamis), semua warga kerja Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang telah menyertai Kursus Kawalan Perosak Tanaman Mangga bagi menambah ilmu dan kemahiran dalam mengenal pasti serta mengawal serangan perosak tanaman.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Negeri Kedah, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Yuzaidi.
Banyak ilmu dan perkongsian berguna yang diperoleh sepanjang kursus. Bukan sekadar teori, tapi ilmu yang boleh terus dipraktikkan di kebun.
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas perkongsian ilmu dan komitmen yang diberikan.

Tambah ilmu, tambah kemahiran, tanaman pun lebih terjamin.

𝙎𝙀𝙈𝙀𝙎𝙏𝙀𝙍 𝙄𝙄𝙄 𝙎𝙀𝙎𝙄 2025-2027Pelajar Sijil Institut Pertanian (SIP) Sesi 2025–2027 kini telah melangkah ke Semester III.  ...
20/08/2026

𝙎𝙀𝙈𝙀𝙎𝙏𝙀𝙍 𝙄𝙄𝙄 𝙎𝙀𝙎𝙄 2025-2027
Pelajar Sijil Institut Pertanian (SIP) Sesi 2025–2027 kini telah melangkah ke Semester III. Semester III dan IV merupakan fasa penting apabila mereka akan mendalami ilmu dalam pengkhususan masing-masing sebelum meneruskan perjalanan ke Semester V, iaitu Latihan Industri.
Bagi sesi kali ini, seramai 27 orang pelajar telah memilih dan ditempatkan dalam dua pengkhususan:
Pengkhususan Pengurusan Estet
Seramai 16 orang pelajar
Pengkhususan Teknologi Pengeluaran Makanan
Seramai 11 orang pelajar

Inilah masanya untuk belajar bersungguh-sungguh, gali sebanyak mungkin ilmu, kuasai kemahiran dan manfaatkan setiap peluang yang ada dalam pengkhususan masing-masing. Apa yang dipelajari hari ini mungkin menjadi modal paling berharga untuk menentukan laluan kerjaya pada masa hadapan.
Gali ilmu sedalamnya, bina kemahiran sebaiknya, kerana masa depan yang gemilang tidak datang bergolek, ia dibina dengan usaha, disiplin dan kesungguhan.
Buat semua pelajar SIP Sesi 2025–2027, selamat menempuh Semester III dan IV. Belajar betul-betul, jangan malu bertanya, jangan takut mencuba dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Bina diri, bina kemahiran, bina masa depan.
Semoga pengkhususan yang dipilih menjadi batu loncatan untuk kalian melakar kejayaan yang lebih besar selepas tamat pengajian nanti.




𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐈𝐏𝐁𝐋“Wajah Baharu, Semangat Baharu, Keluarga Baharu” Sekalung ucapan Selamat Datang dan...
20/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐈𝐏𝐁𝐋
“Wajah Baharu, Semangat Baharu, Keluarga Baharu”
Sekalung ucapan Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas buat pegawai yang baharu bertukar dan yang baharu melapor diri di Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang
Kehadiran tuan/ puan bukan sekadar menambah bilangan warga IPBL, tetapi membawa bersama pengalaman, kepakaran, idea, tenaga dan perspektif baharu yang pastinya mampu menyemarakkan lagi suasana kerja serta kecemerlangan institut.
Di IPBL, kita bukan sekadar bekerja bersama…
kita bergerak sebagai satu pasukan, berkongsi ilmu, saling menyokong dan membina kejayaan bersama.
Semoga langkah pertama di IPBL menjadi permulaan kepada lembaran baharu yang penuh kenangan manis, pengalaman bermakna dan pencapaian yang membanggakan.
Dari tempat baharu, lahir semangat baharu.
Dari pasukan baharu, tercipta kejayaan baharu.
dan dari IPBL, kita bina masa depan pertanian yang lebih gemilang.
Selamat datang ke “rumah” baharu tuan/ puan.
Selamat bertugas, selamat menyesuaikan diri dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar IPBL.
IPBL - Satu Keluarga, Satu Semangat, Satu Aspirasi.😘




𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉 𝘼𝙇𝙐𝙈𝙉𝙄 𝙄𝙋𝘽𝙇Baru-baru ini, Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang menerima kunjungan istimewa daripada Alu...
13/08/2026

𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉 𝘼𝙇𝙐𝙈𝙉𝙄 𝙄𝙋𝘽𝙇
Baru-baru ini, Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang menerima kunjungan istimewa daripada Alumni IPBL tahun 1977–1979 yang hadir menjejak kembali tempat mereka pernah menuntut ilmu dan membina kenangan suatu ketika dahulu.
Berpuluh tahun berlalu, namun langkah kembali ke bumi IPBL seakan-akan membawa mereka mengimbau semula zaman pembelajaran, persahabatan, pengalaman dan pelbagai cerita manis ketika bergelar pelajar.
Yang lebih bermakna, para alumni turut berkongsi pengalaman, ilmu serta nasihat kepada pelajar-pelajar IPBL sediada. Pesanan daripada mereka yang pernah melalui sendiri kehidupan sebagai pelajar pertanian pastinya menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada generasi baharu.
Dulu menuntut ilmu di sini, hari ini kembali sebagai alumni yang penuh pengalaman. Semoga hubungan antara alumni dan IPBL terus erat serta menjadi jambatan yang menghubungkan generasi dahulu, kini dan akan datang.

Terima kasih kerana kembali mengunjungi rumah ilmu yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda.

IPBL - tempat ilmu bermula, kenangan kekal selamanya.




𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐈𝐏𝐁𝐋12 𝙊𝙜𝙤𝙨 2026 - Alhamdulillah, Institut Pertanian Bumbong L...
12/08/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀, 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐈𝐏𝐁𝐋
12 𝙊𝙜𝙤𝙨 2026 - Alhamdulillah, Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang hari ini menerima kunjungan 37 orang pelajar MPV Tanaman Makanan Tingkatan 4 bersama 3 orang guru pengiring daripada SMK Tunku Putera, Baling, Kedah.
Lawatan sambil belajar yang berlangsung pada hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai suasana pembelajaran dan bidang kerjaya berkaitan pertanian, khususnya program yang ditawarkan di IPBL.
Kunjungan seperti ini amat bermakna kerana para pelajar dapat melihat sendiri suasana pembelajaran di institut, mengenali bidang-bidang pertanian yang ditawarkan serta mendapatkan gambaran awal tentang peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET Pertanian.
Terima kasih kepada pihak SMK Tunku Putera kerana sudi berkunjung ke IPBL.
Semoga lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mengenali bidang pertanian dengan lebih dekat dan mungkin menjadi sebahagian daripada keluarga IPBL pada masa akan datang.
Jom kenal TVET Pertanian 🥰
Jom masuk IPBL 🤩




𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙉𝙐𝙂𝙀𝙍𝘼𝙃 𝘾𝙀𝙈𝙀𝙍𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙎𝙀𝙈𝙀𝙎𝙏𝙀𝙍 𝙄𝙄 𝙎𝙀𝙎𝙄 2025-2027Tahniah dan syabas buat Asief, Syawan & Syarif pelajar SIP Sesi 2025...
12/08/2026

𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘼𝙉𝙐𝙂𝙀𝙍𝘼𝙃 𝘾𝙀𝙈𝙀𝙍𝙇𝘼𝙉𝙂 𝙎𝙀𝙈𝙀𝙎𝙏𝙀𝙍 𝙄𝙄 𝙎𝙀𝙎𝙄 2025-2027
Tahniah dan syabas buat Asief, Syawan & Syarif pelajar SIP Sesi 2025–2027 yang telah membolot semua anugerah bagi Semester II yang lalu. Majlis telah diadakan semasa perhimpunan rasmi pada 10/08/2026 (Isnin).
Memang terbaik..
Usaha, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil. Tiga orang, tapi anugerah sapu habis.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
Sekali lagi, tahniah Asief, Syawan & Syarif. Teruskan momentum. Jangan bagi chance.. Kawan-kawan lain, pulun lagi sem ni...
SIP 2025–2027 — TERBAIK.




𝗦𝗞𝗠 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛Alhamdulillah, bermula 3 Ogos 2026, pelajar SKM Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 sesi 2026–2028 dah mu...
12/08/2026

𝗦𝗞𝗠 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛
Alhamdulillah, bermula 3 Ogos 2026, pelajar SKM Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 sesi 2026–2028 dah mula masuk kuliah. Kelas mereka sampai 18 September 2026 dan akan bercuti pertengahan semester selama seminggu, 21–25 September 2026.
Untuk sesi kali ni, barisan pensyarah yang akan bersama-sama membimbing pelajar ialah Encik Mohd Ridzuan, Encik Muhamad Farith, Puan Julida, Encik Mohd Faizul, Puan Nura Adila dan Ustaz Abdul Aziz.
Bukan sekadar belajar dalam kelas… amali, turun ke kebun dan macam-macam pengalaman yang akan dilalui sepanjang pengajian.
Belajar elok-elok, buat yang terbaik dan jangan takut untuk mencuba. Yang penting, kita enjoy proses belajar dan sama-sama capai kejayaan.

GO.. GO.. GO.. SKM.
Kita mula hari ini, kita tuai hasilnya nanti.




𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙏𝘼𝙉𝙂, 𝙋𝙀𝙇𝘼𝙏𝙄𝙃 𝙎𝙆𝙈 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙍𝙐 𝙄𝙋𝘽𝙇Alhamdulillah, sudah hampir 3 minggu 14 orang pelatih baharu SKM Operasi Pengelua...
12/08/2026

𝙎𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙏𝘼𝙉𝙂, 𝙋𝙀𝙇𝘼𝙏𝙄𝙃 𝙎𝙆𝙈 𝘽𝘼𝙃𝘼𝙍𝙐 𝙄𝙋𝘽𝙇
Alhamdulillah, sudah hampir 3 minggu 14 orang pelatih baharu SKM Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 Sesi Julai 2026 menjejakkan kaki ke Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang (IPBL).
Daripada wajah-wajah yang masih malu dan kekok pada awalnya, kini keserasian, kemesraan dan semangat berpasukan sudah mula terserlah. Aktiviti bersama, sesi pembelajaran, kerja berkumpulan dan pengalaman baharu sedikit demi sedikit membentuk mereka menjadi satu kumpulan yang semakin rapat.
Yang paling best, masing-masing sudah mula berani berkomunikasi, bekerjasama, bergurau mesra dan saling membantu. Inilah antara perkara yang kita mahu bina di IPBL bukan sekadar kemahiran dalam bidang pertanian, tetapi juga keyakinan diri, disiplin, teamwork dan sahsiah.
14 orang. 10 orang pelatih Melayu dan 4 orang India. Pelbagai latar belakang. Satu keluarga IPBL. Pengarah IPBL, Puan Hajjah Rosni mengucapkan " Selamat Datang dan selamat menjadi warga IPBL kepada semua pelatih baharu"....
Perjalanan masih panjang dan banyak lagi ilmu, pengalaman serta cabaran yang bakal ditempuhi. Teruskan kekalkan momentum, jaga disiplin, saling support dan manfaatkan setiap peluang yang ada sepanjang berada di IPBL.
Good job guys,
Baru hampir 3 minggu, tapi aura satu team tu dah mula nampak.
Selamat melangkah ke alam TVET Pertanian, bina kemahiran, cipta peluang dan jadilah agropreneur masa hadapan.




Address

Institut Pertanian Bumbong Lima
Kepala Batas
13209

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045751901

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang:

Shortcuts

Share