MARDI Seberang Perai

Call Directions Website Contact the organization

MARDI Seberang Perai - Pembangunan dan penyelidikan varieti padi di Malaysia.
- Pusat khidmat runding berkaitan inovasi padi
- Pusat pengeluaran biji benih asas padi

Government Organization

09 September 2026 SESI PEMANTAPAN PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2026 PERINGKAT ZON UTARATelah berlangsung Sesi Pemantapan Pe...
10/09/2026

09 September 2026

SESI PEMANTAPAN PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2026 PERINGKAT ZON UTARA

Telah berlangsung Sesi Pemantapan Pengurusan Kewangan Tahun 2026 Peringkat Zon Utara yang melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada warga kerja MARDI Zon Utara.

Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, kecekapan dan pemantapan dalam aspek pengurusan kewangan, selaras dengan tatakelola serta prosedur kewangan yang ditetapkan.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Khairul Rizan bin Mat Ludin, Pengarah Pusat Pengurusan Kewangan.

Semoga sesi ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta memperkukuh amalan pengurusan kewangan yang cekap, telus dan berintegriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab organisasi.




04/09/2026
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya tahan.

Berteraskan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, MARDI komited untuk terus memperkasa penyelidikan, pembangunan dan inovasi agroteknologi demi menyokong keterjaminan makanan serta kesejahteraan rakyat.

Ayuh bersama menghayati erti kemerdekaan dengan semangat patriotisme, perpaduan dan tekad untuk terus menyumbang kepada kemajuan negara.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026MSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Semoga sambutan Maulidur Rasu...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini menjadi ruang untuk kita menghayati sirah, meneladani akhlak mulia dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga MARDI Seberang Perai.

“MADAN Dihayati, Ummah Diberkati"

20 Ogos 2026 (Khamis)Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Teknologi Pemprosesan Sos Nanas Bercili. Bengkel ini membe...
21/08/2026

20 Ogos 2026 (Khamis)
Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Teknologi Pemprosesan Sos Nanas Bercili. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknologi dan kaedah pemprosesan sos nanas bercili, bermula daripada penyediaan bahan mentah, proses penghasilan, kawalan kualiti sehinggalah kepada pembungkusan produk.

Program ini turut menjadi platform untuk berkongsi ilmu, meningkatkan kemahiran serta membuka peluang kepada usahawan dalam menghasilkan produk berasaskan nanas yang berkualiti, selamat dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan. 💪✨

Taklimat teknikal dan amali sepanjang bengkel telah disampaikan oleh Encik Mohd Nazri Bin Mohd Zapar, Pegawai Penyelidik Mardi Johor Bahru. Terima kasih atas segala ilmu dan perkongsian yang sangat bermakna.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan lagi penghasilan produk makanan tempatan serta membantu usahawan melangkah lebih jauh dalam bidang pemprosesan makanan.

Pakat-pakat mai !!!
18/08/2026

Pakat-pakat mai !!!

17 Ogos 2026Ziarah Kasih ke Hospital Seberang JayaSatu kunjungan telah diadakan ke Hospital Seberang Jaya bagi menziarah...
18/08/2026

17 Ogos 2026

Ziarah Kasih ke Hospital Seberang Jaya

Satu kunjungan telah diadakan ke Hospital Seberang Jaya bagi menziarahi En. Mohd Rizal bin Abu Seman, yang sedang menerima rawatan selepas mengalami kemalangan pada awal Ogos yang lalu.

Kunjungan ini turut disertai oleh Pengarah MARDI Pulau Pinang, Dr. Nurulnahar bin Esa, Pengurus Ladang, Pengerusi KEKAM Cawangan Pulau Pinang serta Pegawai Penyelia.

Semoga En. Mohd Rizal diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik. Seluruh warga MARDI mendoakan agar beliau kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. 🤲🏻🌷

10/08/2026

SELAMAT HARI LAHIR YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Ketua Pengarah MARDI dan seluruh warga MARDI merakamkan ucapan Selamat Hari Lahir kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga YAB Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam terus memimpin negara ke arah Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan makmur.

Ikhlas daripada Ketua Pengarah MARDI dan seluruh warga MARDI

6 OGOS 2026 (Khamis)Telah berlangsung dengan jayanya Latihan Sangkut Pemprosesan Biskut Coklat Cip melalui kerjasama ant...
07/08/2026

6 OGOS 2026 (Khamis)
Telah berlangsung dengan jayanya Latihan Sangkut Pemprosesan Biskut Coklat Cip melalui kerjasama antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Tes Bed MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pelaksanaan program ini telah disertai oleh 15 orang peserta daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang mengikuti latihan secara teori dan praktikal bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi pembuatan biskut.

Taklimat teknikal sepanjang kursus telah disampaikan oleh Puan Aslinah Lee dan dibantu oleh Puan Norhayati, Puan Nur Iffah serta Encik Asbullah.

Diharapkan latihan ini dapat memberi manfaat kepada peserta untuk mempelbagaikan produk jualan dan menjana pendapatan harian.

5 OGOS 2026 (Rabu)Telah berlangsung dengan jayanya Latihan Sangkut Pemprosesan Kek Muffin kerjasama antara Institut Peny...
07/08/2026

5 OGOS 2026 (Rabu)
Telah berlangsung dengan jayanya Latihan Sangkut Pemprosesan Kek Muffin kerjasama antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Tes Bed MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang.

Pelaksanaan program ini telah disertai oleh 15 orang peserta daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang mengikuti latihan secara teori dan praktikal bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi pemprosesan kek muffin.

Taklimat teknikal sepanjang kursus telah disampaikan oleh Puan Aslinah Lee dan dibantu oleh Puan Norhayati, Puan Nur Iffah serta Encik Asbullah.

Diharapkan latihan ini dapat memberi manfaat kepada peserta untuk mempelbagaikan produk jualan dan menjana pendapatan harian.

Address

Jalan Paya Keladi/Pinang Tunggal
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045759920

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Seberang Perai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARDI Seberang Perai:

Shortcuts

Share