Pusat Khidmat Dato Sri Reezal Merican Naina Merican

Call Directions Contact the organization

Pusat Khidmat Dato Sri Reezal Merican Naina Merican Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Khidmat Dato Sri Reezal Merican Naina Merican, Kepala Batas.

Semangat gotong-royong nadi kekuatan masyarakat di DUN Bertam.Pagi ini, Team   bersama Komuniti Permatang Manggis nengan...
18/07/2026

Semangat gotong-royong nadi kekuatan masyarakat di DUN Bertam.

Pagi ini, Team bersama Komuniti Permatang Manggis nenganjurkan Program Gotong-Royong Rumah Mak Lang Saidah Harun di Permatang Manggis.

Alhamdulillah, Mak Lang Saidah telah menerima kelulusan pembinaan sebuah rumah baharu daripada Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Utara. Rumah usang yang didiami sebelum ini akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kediaman yang lebih selesa dan selamat.

Program gotong-royong ini diadakan bagi membantu memindahkan barangan Mak Lang Saidah ke rumah sewa sementara yang berdekatan serta membersihkan kawasan sekitar sebagai persiapan sebelum kerja-kerja pembinaan rumah baharu dimulakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan usaha murni ini JPKKP Permatang Manggis; Surau Nurul Iman Permatang Manggis , Kelas Bina Insan Permatang Manggis, Pejabat Daerah dan Tanah SPU serta Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Terima kasih kepada semua sukarelawan dan penduduk yang menghulurkan tenaga serta masa. Semangat kebersamaan seperti inilah yang mencerminkan nilai prihatin dan saling membantu dalam masyarakat kita.

Semoga urusan pembinaan rumah baharu Mak Lang Saidah dipermudahkan dan beliau sekeluarga dikurniakan keselesaan serta kehidupan yang lebih baik.

16/07/2026
16/06/2026

๐‰๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ง๐ -๐‰๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐š๐ฅ๐ข๐ง๐ฒ๐š: ๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Œ๐ฎโ€™๐š๐ฅ๐ข๐ฆ ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐ฅ๐š ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ซ๐ซ๐š๐ฆ..

Alhamdulillah, buat julung-julung kalinya akan berlangsung Himpunan Muโ€™alim Kepala Batas Sempena Sambutan Awal Muharram di Dewan Utama, Maahad Madinatul Ilmi Wattarbiyyah, T**i Mukim.

Program yang penuh bermakna ini bakal menghimpunkan para muโ€™alim dan asatizah sekitar Kepala Batas sebagai wadah memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan syiar Islam serta menghayati kedatangan tahun baharu Hijrah.

Antara tokoh yang akan bersama dalam himpunan ini ialah Datoโ€™ Ustaz Rosli bin Othman, Ustaz Hashim Wasoh selaku Pengerusi Maahad Madinatul Ilmi Wattarbiyyah, Ustaz Hasbollah Haji Wahab dan Ustaz Fazzul Naem Haji Sobhi.

Sehubungan itu, saya menjemput seluruh masyarakat, khususnya penduduk sekitar Kepala Batas dan Pulau Pinang, untuk hadir memeriahkan program yang penuh keberkatan ini.

Ayuh, mari kita bersama-sama menyambut kedatangan Awal Muharram dengan memperkukuhkan ukhuwah, menimba ilmu dan menghayati semangat hijrah demi membina ummah yang lebih cemerlang.

Jumpa anda di Dewan Utama, Maahad Madinatul Ilmi Wattarbiyyah, T**i Mukim.

09/04/2026

๐ŸŽฅโœจ Hangpa ready ke nak viral raya tahun ni?!

Jom sertai Creative Content Challenge 2026 sempena Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datoโ€™ Seri Reezal Merican!

๐Ÿ“ฑ Rakam momen paling kreatif korang
๐Ÿ”ฅ Upload di TikTok + guna hashtag rasmi
๐Ÿ’ฅ Kejar views, like & komen tertinggi

๐ŸŽ iPhone menanti pemenang!!!

Jangan tunggu lagi โ€” ini peluang korang untuk glow up jadi content creator viral! ๐Ÿš€

๐†๐€๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐๐„๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐‹๐€ ๐๐€๐“๐€๐’: ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‹๐Ž๐‘๐ˆ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐“๐Ž๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐†๐„๐‘๐€๐Š๐Š๐€๐, ๐๐„๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ๐’๐“๐€๐๐ˆ๐‹๐Š๐€๐..Pagi ini, Team   yang diwa...
04/03/2026

๐†๐€๐๐†๐†๐”๐€๐ ๐๐„๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐‹๐€ ๐๐€๐“๐€๐’: ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‹๐Ž๐‘๐ˆ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐“๐Ž๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐†๐„๐‘๐€๐Š๐Š๐€๐, ๐๐„๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ๐’๐“๐€๐๐ˆ๐‹๐Š๐€๐..

Pagi ini, Team yang diwakili Encik Nazli Aziz turun padang meninjau pemasangan generator sementara oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang elektrik berhampiran SK Kepala Batas susulan gangguan bekalan elektrik yang berlaku serta aduan orang ramai sejak awal pagi tadi.

Gangguan tersebut dimaklumkan berpunca daripada kerosakan beberapa kabel utama yang menjejaskan beberapa kawasan sekitar dan memberi kesan kepada penduduk setempat.

Kerja-kerja pembaikan kabel sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap seawal malam ini. Sepanjang tempoh berkenaan, lori-lori generator akan terus berada di lokasi terlibat sehingga bekalan elektrik pulih sepenuhnya bagi memastikan gangguan dapat diminimumkan.

Sebagai langkah segera dan proaktif, di kawasan Kepala Batas, TNB telah menggerakkan 20 buah lori generator dan menempatkannya di beberapa lokasi termasuk Taman Seri Serdang, rumah Kedai Taman Seri Serdang, Taman Haji Abdullah Fahim serta di hadapan SMK dan SK Kepala Batas bagi menstabilkan bekalan sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Terima kasih atas tindakan pantas dan komitmen tinggi pihak TNB dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Semoga segala urusan dipermudahkan dan bekalan kembali normal sepenuhnya dalam masa terdekat.

Pusat Khidmat ADUN Bertam akan terus memantau rapat situasi ini sehingga bekalan elektrik kembali pulih sepenuhnya. InshaAllah.



Address

Kepala Batas

Telephone

+6045770819

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Dato Sri Reezal Merican Naina Merican posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Dato Sri Reezal Merican Naina Merican:

Shortcuts

Share