5 Asas Muda
𝗣𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘁𝗶𝗸
Masyarakat Malaysia sudah lama terpinggir daripada struktur kuasa dan proses pembuatan keputusan dalam negara dan pembangunan dasar. Proses monopoli dan hierarki kuasa perlu diratakan, supaya suara dan idea yang baru dapat menentukan hala tuju dan masa depan Malaysia, dan MUDA adalah wadah utama dalam memimpin perjuangan ini.
𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶
Pembentukan sistem pengagihan semula kekayaan yang saksama untuk setiap lapisan dan sektor masyarakat di Malaysia. Pelaksanaan jaringan keselamatan sosial yang rentas etnik, agama, geografi dan lokasi, termasuk hak dan bantuan kebajikan untuk golongan miskin dan terpinggir dalam masyarakat.
𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗕𝗮𝗿𝘂
Politik baru mementingkan nilai dan praktik demokratik, membangunkan demokrasi akar umbi bagi memberdayakan komuniti dan ahli dalam parti. Bertumpu kepada isu-isu yang terdekat, dan menghasilkan penyelesaian dan rencana gerak kerja yang lebih relevan dan berguna kepada keadaan dan daerah setempat.
𝗠𝗮𝗿𝘁𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮
Kemajuan dan ketamadunan, bersama teras dan kompas moral sebuah masyarakat bergantung kepada cara ahli-ahlinya menjaga dan memberi perhatian terhadap nilai kemanusiaan untuk seluruh warganya termasuk komuniti-komuniti yang paling terpinggir dan memerlukan, dan secara sosial dan sejarahnya didiskriminasi.
𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔! Politik nilai yang rentas etnik, agama, geografi dan lingkungan umur adalah masa depan negara Malaysia. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang, keturunan, kepercayaan, budaya dan fahaman. Kepelbagaian ini adalah keadaan yang seharusnya diraikan dan dipertahankan, dan bukan dianggap sebagai beban dan sumber serta percikan untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia.