04/05/2026
KARNIVAL SAMBUTAN 60 TAHUN MARA
Karnival ini diadakan bagi meraikan enam (6) dekad peranan MARA dalam memperkasa pembangunan pendidikan, keusahawanan dan sosioekonomi Bumiputera. Pelbagai pengisian menarik akan disediakan sepanjang tempoh karnival termasuk pameran, jualan usahawan, aktiviti interaktif, perkongsian ilmu serta pelbagai program menarik untuk semua lapisan masyarakat.
Tarikh: 1 hingga 5 Mei 2026
Masa: 10.00 pagi β 10.00 malam
Tempat: World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
06/04/2026
Permohonan Pelatih GIATMARA Sesi Julai 2026 Kini Dibuka!
Ambil langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cerah dengan membina kemahiran melalui latihan TVET yang menekankan pembelajaran praktikal serta selari dengan keperluan industri masa kini.
GIATMARA menawarkan platform latihan yang tersusun dan berfokus untuk membantu anda meningkatkan kebolehpasaran, menguasai kemahiran teknikal serta membuka lebih banyak peluang kerjaya.
Melalui pendekatan hands-on, pelatih akan didedahkan kepada situasi sebenar industri bagi membina keyakinan dan keupayaan untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.
Jangan lepaskan peluang ini. Mohon sekarang dan mulakan perjalanan anda bersama GIATMARA ke arah masa depan yang lebih berkemahiran dan berdaya saing.
06/04/2026
ππ¨π¦ π¬ππ«πππ’ ππππππππ!
Pengambilan pelatih sesi Julai 2026 telah dibuka di GIATMARA Kepong bagi kursus Terapi Kecantikan & Solekan.
Boleh layari laman web https://mohon.tvet.gov.my untuk pendaftaran secara atas talian.
Boleh juga ke GIATMARA berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat dari wargakerja kami atau terus bersama media sosial mygiatmara untuk maklumat terkini dari semasa ke semasa!
Jangan tunggu lagi! Tempat adalah terhad!
05/02/2026
4 & 5 February 2026 | Tamat lah sudah Peperiksaan Amali dan Teori bagi kursus Fashion & Dressmaking dan Terapi Kecantikan & Solekan di GIATMARA Kepong.
Pihak kami di GIATMARA Kepong mendoakan Semoga anda semua berjaya di luar sana. Jangan lupakan kami di GIATMARA Kepong. Kami sentiasa mengingati semua Para pelatih GIATMARA kepong.
27/01/2026
"Program Sukan FIT365 Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung dengan jayanya di GIATMARA Kepong pada 26 Januari 2026 bermula jam 8.30 pagi telah berjaya menyatukan para peserta melalui semangat kesukanan yang tinggi dalam acara sepak takraw, badminton, dan juga bola tampar santai."
12/01/2026
12 Januari 2026 | Modul Keselamatan
Dihadiri oleh Pegawai Bomba Cawangan Balai Bomba Jinjang. Pihak Bomba mengajar pelatih cara untuk memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran di mana mana sahaja. Terima Kasih kepada pihak Bomba kerana sudi memberi taklimat yang cukup padat dan membuat Demonstrasi cara memadamkan kebakaran
09/01/2026
Aktiviti Minggu suai kenal Pelatih Baru Sesi 1/2026 GIATMARA Kepong