Pemuda PAS DUN Kemasik

Directions

Pemuda PAS DUN Kemasik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pemuda PAS DUN Kemasik, Political organisation, Kertih.

23/10/2026

[TERKINI] DUN Sarawak bubar bermula Isnin

Perlawanan mana agaknya paling sengit nanti?! ⚽🔥DACS Kemasik Liga Elit DUN Kemasik 2026Piala Ir Saiful Azmi Suhaili Sabt...
23/10/2026

Perlawanan mana agaknya paling sengit nanti?! ⚽🔥

DACS Kemasik
Liga Elit DUN Kemasik 2026
Piala Ir Saiful Azmi Suhaili
Sabtu, 24 Oktober 2026
Kerteh Sports City




JADUAL PERLAWANAN LIGA ELIT DUN KEMASIK 2026

🏆Piala YB Ir. Hj. Saiful Azmi Suhaili

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 Pagi
📍 Stadium Mini Kerteh (Kerteh Sport City)

Ayuh warga Kemasik! Pakat turun beramai-ramai menyaksikan aksi sengit pasukan-pasukan yang bakal berentap merebut gelaran juara Liga Elit DUN Kemasik 2026!

Semoga kejohanan ini dapat menyemarakkan semangat kesukanan, mengeratkan ukhuwah dan mencungkil bakat bola sepak tempatan.

⚽ Pakat turun, bagi sokongan kepada pasukan pilihan masing-masing!



Pasukan mana agak-agaknya yang akan tapau Kump**an A & B ni? 🔥⚽DACS Kemasik LIGA ELIT DUN KEMASIK 2026Piala YB Ir. Hj. S...
22/10/2026

Pasukan mana agak-agaknya yang akan tapau Kump**an A & B ni? 🔥⚽

DACS Kemasik
LIGA ELIT DUN KEMASIK 2026
Piala YB Ir. Hj. Saiful Azmi Suhaili
Sabtu, 24 Okt 2026
Kerteh Sports City



"Hobi kite ikut musim 😃"Alhamdulillah. Jelajah AJK Harian PPDK diteruskan p**a di UDM ke-7, bertemu sahabat-sahabat dari...
21/10/2026

"Hobi kite ikut musim 😃"

Alhamdulillah. Jelajah AJK Harian PPDK diteruskan p**a di UDM ke-7, bertemu sahabat-sahabat daripada Kampung Semayor dan Kampung Air Jernih.

Selain agenda biasa berkenaan susunan organisasi, perkenalan sahabat baru, dan pengurusan PASTI, antara yang menarik kali ni untuk masing-masing berkongsi minat dan hobi yang jadi pencetus kepada macam-macam idea program akan datang. Daripada masuk rok, ride muto, sampailah ke ngail. Fuhh.

Geografi kawasan kampung ini yang berada di sebelah dalam DUN Kemasik, dan kini ada lintasan rel ECRL, menjadikannya tempat yang unik berbanding bahagian lain.

Kelebihan suasana kampung terjaga, persekitaran tenang, jalan teratur, dan topografi tanah dimanfaat sebaiknya, apabila kini Semayor mula dikenali sebagai salah satu destinasi Monsoon Run terutama buat penggemar larian dari seluruh pelusuk Malaysia. Syabas buat sahabat Pemuda di sini bersama-sama JPKK Kampung Semayor JPKK KG Melayu Air Jernih dan NGO Kelab Belia Sejahtera Kampung Semayor yang telah berjaya usahakan anjurkan 2 edisi sebelum ini. 💪

Tahniah diucapkan kepada sahabat kita Sdr Hakim yang dikurniakan cahaya mata baru, juga kepada Sdr Masrul yang baru mendirikan rumah tangga. Semoga kalian diberikan kebahagian dunia & akhirat dalam berkeluarga. Amiin. 🤲

Terima kasih juga kepada wakil JPKK Air Jernih, abg Man kite, dan Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Sdr Khairuddin Ahmad atas kehadiran bersama Pemuda Caw Semayor pada siri jelajah kali ni.

Semoga ukhuwah Pemuda DUN dan Cawangan akan terus kuat dan berterusan. insyaAllah.




Belajar sungguh-sungguh semua!Alhamdulillah. Semoga sedikit sebanyak ringankan beban keluarga adik-adik kita untuk sambu...
21/10/2026

Belajar sungguh-sungguh semua!

Alhamdulillah. Semoga sedikit sebanyak ringankan beban keluarga adik-adik kita untuk sambung belajar. 🤲


KENYATAAN MEDIA PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL1. PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perik...
21/10/2026

KENYATAAN MEDIA

PEMBATALAN PENDAFTARAN PERIKATAN NASIONAL

1. PAS mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) melalui suatu notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertarikh 20 Oktober 2026.

2. ⁠PAS kesal dengan tindakan ini yang dilihat mendahului keputusan mahkamah, menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan, sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan.

3. ⁠Dalam hal ini, PAS mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur dan mengikut perlembagaan parti, manakala keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah.

4. ⁠Segala langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi PRN Melaka dan tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan.

5. ⁠PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara, serta menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan lunas demokrasi.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Jamadilawal 1448 / 21 Oktober 2026

🌟 JOM SERTAI PERMASIK! 🌟Panggilan buat semua anak muda & mahasiswa Kemasik! 📢 Adakah anda sedang mencari platform untuk ...
21/10/2026

🌟 JOM SERTAI PERMASIK! 🌟

Panggilan buat semua anak muda & mahasiswa Kemasik! 📢 Adakah anda sedang mencari platform untuk mengasah bakat, menambah pengalaman, dan menyumbang kembali kepada masyarakat kampung halaman?

PERMASIK bersedia menjadi wadah untuk anda memperkasa diri dan membina kepimpinan masa depan! 💪✨

❓ SIAPA YANG LAYAK SERTAI?
Berusia 18 tahun ke atas
Telah melanjutkan pengajian di mana-mana IPTA, IPTS & Institut Kemahiran
Berasal / Menetap di DUN Kemasik

💡 APA YANG ANDA AKAN DAPAT?
🎯 Kebaikan Individu:
🧠 Timba pengalaman & ilmu baharu
🛠️ Tingkatkan kemahiran diri (soft/hard skills)
🤝 Tambah kenalan & rakan-rakan di kampung halaman

🤝 Kebaikan Komunal:
🌐 Bina rangkaian strategik bersama profesional & industri
🏛️ Cipta hubungan langsung dengan pimpinan tempatan
🌱 Menyumbang terus kepada pembangunan mahasiswa, komuniti & negeri

🎯 MISI & VISI KAMI
Kami komited untuk memperkasa potensi mahasiswa melalui program akademik, kepimpinan, khidmat masyarakat, dan inovasi demi kesejahteraan negeri! 🏛️✨

"Bersama membina generasi pelopor, penggerak masa hadapan negeri."

📲 BAGAMANA NAK SERTAI?
Imbas QR Code pada gambar poster di atas untuk mendaftar!
Atau ikuti talian rasmi kami untuk maklumat lanjut:
📸 Instagram: (https://www.instagram.com/p/DevToT0k_Kt/?dlrf=aGozbXpvN3g1cXpv)
✉️ Emel: [email protected]

Tunggu apa lagi? Jom sertai kami hari ini dan jadi sebahagian daripada keluarga PERMASIK! 🔥🚀

21/10/2026

Sabtu ini! Pakat mari belaka 24 Oktober 2026 di Kerteh Sports City !

Pasukan mana pilihan anda?!

Pendaftaran untuk pelajar 4 & 6 tahun masih dibuka @ PASTI Al-Husna Qaryah Semayor
20/10/2026

Pendaftaran untuk pelajar 4 & 6 tahun masih dibuka @ PASTI Al-Husna Qaryah Semayor

Jom Jom pakat mendaftar‼️

Untuk pelajar 5 tahun sudah penuh dan ditutup❌
Untuk Pelajar 4 dan 6 tahun masih ada kekosongan😊

Address

Kertih

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS DUN Kemasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share