Kolej Komuniti Kok Lanas

Call Directions Website

Kolej Komuniti Kok Lanas Facebook Rasmi Kolej Komuniti Kok Lanas

Kolej Komuniti Kok Lanas telah beroperasi pada 01 Jun 2005 di kampus sementara iaitu di Politeknik Kota Bharu dan kini Kolej Komuniti Kok Lanas telah pun bertapak di kampus tetap yang terletak di Jalan Pangkal Kalong, Kok Lanas pada 01 April 2009. Kolej ini menawarkan pengajian peringkat sijil dalam bidang Multimedia Kreatif Pengiklanan, Terapi Kecantikan dan Spa, Dandanan Rambut serta kursus pendek dengan pelbagai jenis kursus menarik.

Kolej Komuniti Kok Lanas ditubuhkan untuk memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi golongan setempat pula, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan. Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau membuka perniagaan sendiri.

Pihak Kolej Komuniti Kok Lanas tidak bertanggungjawab terhadap sebarang artikel/foto/ulasan yang dimuatkan di facebook ini.Sebarang komen/ulasan hendaklah beretika dan anda hendaklah bertanggungjawab terhadap setiap komen/ulasan yang anda paparkan disini

11.11.2026 ACTIVE@WORK PROGRAMMEPada hari ini satu program kecergasan dan aktiviti luar telah diadakan bertempat di Perm...
11/11/2026

11.11.2026 ACTIVE@WORK PROGRAMME

Pada hari ini satu program kecergasan dan aktiviti luar telah diadakan bertempat di Permai Beach Resort, Melawi, Bachok.

Program ini telah disertai oleh semua kakitangan Kolej Komuniti Kok Lanas yang bertujuan untuk membina kecergasan dalam diri di samping sibuk dengan tugasan pejabat masing-masing.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti aktiviti regangan badan, permainan boling kelapa, sepakan penalti bersarung dan bola tampar pantai.

Aktiviti tersebut diadakan secara pertandingan dengan sebanyak 4 pasukan bersaing untuk mendapat markah tertinggi.

Setiap pasukan telah memberikan yang terbaik dan pemenang pertandingan diberikan hadiah berbentuk hamper.

Setelah penat dan mengalir peluh keseluruh badan, program diceriakan lagi dengan aktiviti bbq kambing, lock cing, ayam dan sosej.

SELASA 10.11.2026 ANUGERAH AKADEMIA KOLEJ KOMUNITI KELANTAN 2026Sedang berlangsung majlis Anugerah Akademia bertujuan me...
10/11/2026

SELASA 10.11.2026 ANUGERAH AKADEMIA KOLEJ KOMUNITI KELANTAN 2026

Sedang berlangsung majlis Anugerah Akademia bertujuan memberi penghargaan kepada para pensyarah atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2026.

Dengan adanya anugerah ini maka akan dapt memberi lebih semangat dan motivasi kepada para pensyarah untuk meneruskan kecemerlangan pada masa hadapan.

Majlis telah berlangsung di Hotel Grand Renai Kota Bharu Kelantan dan telah dihadiri oleh semua pensyarah dan kakitangan Kolej Komuniti Negeri Kelantan.

Majlis telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ybhg. Dato' Azhar Bin Mohamad Yusof, Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Ybrs. Ts Abdul Razak Bin Sabtu, Timbalan Ketua Pengarah Governan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi.

PENTAS SANG JUARA BAKAL BERMULA!Detik yang dinanti semakin hampir! Sebuah pentas penuh gemilang bakal menyaksikan pengik...
08/11/2026

PENTAS SANG JUARA BAKAL BERMULA!

Detik yang dinanti semakin hampir! Sebuah pentas penuh gemilang bakal menyaksikan pengiktirafan kepada insan-insan hebat yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama Kolej Komuniti Malaysia dalam arena sukan.

Daripada semangat juang para atlet, dedikasi jurulatih, komitmen pengurus pasukan hinggalah kepada penggerak sukan di sebalik tabir — inilah masanya untuk meraikan kecemerlangan mereka!

9 NOVEMBER 2026 (ISNIN)
2.00 PETANG
GRAND RIVERVIEW HOTEL, KOTA BHARU, KELANTAN

MAJLIS APRESIASI SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA EDISI 2025 (ASKK25)

NANTIKAN DETIK GEMILANGNYA!





Khamis 05.11.2026 BENGKEL ASAS & MAHIR PICKLEBALL KK KOK LANAS 2026Unit sukan Kolej Komuniti Kok Lanas  telah menganjurk...
05/11/2026

Khamis 05.11.2026 BENGKEL ASAS & MAHIR PICKLEBALL KK KOK LANAS 2026

Unit sukan Kolej Komuniti Kok Lanas telah menganjurkan bengkel asas & mahir pickleball bertempat di 91 Pickleball Clubhouse Aeon Mall Kota Bharu Kelantan.

Bengkel ini telah disertai dengan jayanya oleh seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Kolej Komuniti Kok Lanas dan telah dikendalikan oleh jurulatih daripada 91 Pickleball Clubhouse.

25/10/2026

Majlis Tautan Kasih Sanjungan Budi

Selamat menjalankan tugas dan teruskan kecemerlangan..
20/10/2026

Selamat menjalankan tugas dan teruskan kecemerlangan..

09/10/2026

🔥💈 **ESOK KITA GEGARKAN MYDIN TUNJUNG!** 💈🔥

Gunting dah tajam, skill dah ready! ✂️🔥
Siapa bakal menguasai pentas dan membawa p**ang gelaran JUARA? 🏆

⚡ **BARBER BATTLE 2026 – BATTLE OF MASTERY!**

📍 MYDIN TUNJUNG
📅 10 OKTOBER 2026 | SABTU

🔥 Jangan jadi penonton di media sosial je! Jom turun ramai-ramai, kita saksikan aksi barber paling padu! 💈🤘

**ESOK KITA BATTLE! SIAPA BERANI, DIA BUKTIKAN!** 🏆🔥

07/10/2026

🔥💈 3 HARI LAGI! BARBER BATTLE 2026 – BATTLE OF MASTERY! 💈🔥
Countdown dah bermula! ⏳

Tinggal 3 HARI sahaja sebelum para barber turun berentap menunjukkan skill, kreativiti dan mastery masing-masing! ✂️🔥
🏆 Siapa bakal jadi Master of the Battle?

💥 Siapa paling sharp?

💥 Siapa paling kreatif?

💥 Siapa bakal bawa p**ang wang tunai + hadiah menarik?
📢 Penyertaan masih dibuka sehingga 8 Oktober 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari sahaja!
Jangan tunggu last minute!

Tag kawan barber korang — ajak turun bertanding! 🔥💈

✨ GLOWSTEP – SHOWCASE SMP 3 Sesi 1 2026/2027✨Assalamualaikum & Salam Malaysia MADANI! 🇲🇾Setiap karya yang hebat lahir da...
06/10/2026

✨ GLOWSTEP – SHOWCASE SMP 3 Sesi 1 2026/2027✨

Assalamualaikum & Salam Malaysia MADANI! 🇲🇾

Setiap karya yang hebat lahir daripada idea yang kreatif, kemahiran yang mantap dan keberanian untuk tampil berbeza. 🔥

Bagi menilai bakat dan hasil kreativiti peserta GLOWSTEP – Showcase SMP, kami tampilkan dua orang panel penilai yang berpengalaman dalam bidang seni reka, grafik dan media digital.

👩🏻‍🎨 ROZIANI BT MAT NASHIR
Pensyarah
Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
UiTM Cawangan Kelantan

👨🏻‍🎨 MOHD ROZMAN BIN MOHD NASIR
Pensyarah
Jabatan Seni Reka Perindustrian
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka
UiTM Cawangan Kedah

🎨 Empat anugerah bakal dipertaruhkan!

🏆 Anugerah Portfolio Terbaik
🏆 Anugerah Projek Kreatif Terbaik
🏆 Anugerah Pembentangan / Booth Terbaik
🏆 Anugerah Reka Bentuk Grafik Terbaik

Siapakah yang bakal mencuri perhatian panel? 👀
Siapakah yang mampu membuktikan kreativiti, kemahiran dan idea paling menyerlah? 🔥🏆✨

Saksikan persaingan kreativiti dan bakat pelajar dalam:

🌟 GLOWSTEP – SHOWCASE SMP 3🌟

📅 10 OKTOBER 2026 (SABTU)
⏰ 8:00 PAGI – 5:00 PETANG
📍 MYDIN MALL TUNJONG, KOTA BHARU

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri hasil karya dan kreativiti pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan semester akhir! 💜




04/10/2026

Address

Jalan Pangkal Kalong, Kok Lanas
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60139947685

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kok Lanas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby government services