PUSAT Khidmat DUN KADOK

Call Directions

PUSAT Khidmat DUN KADOK Community Service

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menunaikan solat Asar secara berjemaah, diikuti solat jenazah Allahyarhamah S...
26/10/2026

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menunaikan solat Asar secara berjemaah, diikuti solat jenazah Allahyarhamah Siti Adilah Binti Hasan di Masjid Ar-Rashidin mukim Patek .

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikannya serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga . Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.


Alhamdulillah, YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor hari ini telah menyampaikan sumbangan Skim Cakna Suri dan Skim Manfaat A...
25/10/2026

Alhamdulillah, YB Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor hari ini telah menyampaikan sumbangan Skim Cakna Suri dan Skim Manfaat Armalah kepada penerima yang layak.

Program ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga serta memberi sokongan kepada para suri rumah dan armalah di DUN Kadok.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan menjadi asbab kebaikan kepada semua. 🌸

MAJLIS PENYERAHAN JERSI & PENGENALAN PEMAIN PASUKAN BOLASEPAK DUN KADOK 2026 .Alhamdulillah, majlis telah berlangsung de...
22/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN JERSI & PENGENALAN PEMAIN PASUKAN BOLASEPAK DUN KADOK 2026 .

Alhamdulillah, majlis telah berlangsung dengan jayanya dan dimulakan dengan solat hajat bagi memohon keberkatan, keselamatan serta kejayaan buat pasukan Bolasepak DUN Kadok dalam menghadapi Kejohanan Piala Menteri Besar Kelantan 2026.

Majlis diteruskan dengan penyerahan jersi dan pengenalan pemain pasukan yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, bertempat di Dewan Datuk Kadok.

Semoga majlis ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh pemain dan barisan pengurusan untuk terus berjuang dengan penuh disiplin, kesungguhan dan semangat berpasukan demi mengharumkan nama DUN Kadok.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Zulhilmi Cosmetic HQ selaku penaja utama serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.



Selepas menunaikan Solat Zohor tadi, YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, bersama Penghulu Mukim Berangan meluangk...
21/10/2026

Selepas menunaikan Solat Zohor tadi, YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, bersama Penghulu Mukim Berangan meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Pok Loh Roti .

Dalam kunjungan tersebut, YB Dato’ turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda prihatin serta membantu meringankan beban keluarga yang sedang berduka.

Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.

Takziah buat seluruh keluarga. Al-Fatihah.


YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menyampaikan sumbangan Skim Khairat Kifaalah kepada anak Allahyarhamah Mek Ha...
21/10/2026

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menyampaikan sumbangan Skim Khairat Kifaalah kepada anak Allahyarhamah Mek Hasmah Binti Awang Kechik dari Mukim Buloh Poh.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan. Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, bersama penghulu mukim dan Skuad Kita Cakno DUN Kadok telah turun padang menz...
15/10/2026

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, bersama penghulu mukim dan Skuad Kita Cakno DUN Kadok telah turun padang menziarahi pesakit di sekitar Mukim Padang Lepai dan Mukim Paya Lada.

Dalam kesempatan ini, YB Dato’ turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban, serta semua pesakit dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.


YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menunaikan solat Asar secara berjemaah, diikuti solat jenazah Allahyarhamah N...
14/10/2026

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menunaikan solat Asar secara berjemaah, diikuti solat jenazah Allahyarhamah Norma Binti Yahaya di Masjid Baiturrahman mukim Paya Lada .

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikannya serta menempatkan roh dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga . Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.


YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menunaikan solat Zohor secara berjemaah, diikuti solat jenazah Allahyarham Az...
14/10/2026

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, menunaikan solat Zohor secara berjemaah, diikuti solat jenazah Allahyarham Azwadi Bin Abdullah di Masjid Mukim Kadok.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikannya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.


YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Cikgu Zahari Bin Awang di Masjid M...
14/10/2026

YB Dato’ Sr Hj Azami Mohd Nor, ADUN Kadok, hadir menunaikan solat jenazah Allahyarham Cikgu Zahari Bin Awang di Masjid Mukim Kadok pada jam 10.00 pagi tadi.

Solat jenazah telah diimamkan oleh anak lelaki Allahyarham sendiri.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


Address

Pejabat Pusat Khidmat DUN Kadok
Ketereh
16450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601135646386

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT Khidmat DUN KADOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby government services