04/09/2026
PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI BALAI POLIS KETEREH - PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN ANJURAN MASJID AS-SAADAH KAMPUNG KADOK DALAM KETEREH
04 September 2026
Mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara PDRM, agensi kerajaan dan komuniti setempat melalui pendekatan kepolisan komuniti.
Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap PDRM serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam membantu mewujudkan persekitaran yang selamat dan harmoni.
Memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan aspek keselamatan, pencegahan jenayah serta tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan komuniti.
Mengeratkan hubungan antara penduduk setempat melalui aktiviti kemasyarakatan, pertandingan dan program kekeluargaan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Menyemarakkan semangat patriotisme, cintakan negara dan perpaduan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Memupuk semangat kerjasama, toleransi, prihatin dan keharmonian dalam kalangan komuniti melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dianjurkan.
Mewujudkan jaringan kerjasama yang berterusan antara komuniti dengan agensi kerajaan dalam menangani isu-isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan masyarakat setempat.
Memperkasakan peranan Komuniti Madani sebagai rakan strategik kerajaan dalam usaha membentuk masyarakat yang perihatin, bertanggungjawab dan saling membantu.
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!