09/10/2026
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ช๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ (๐๐ฃ๐ฃ๐ก๐ฆ)
๐๐ฆ๐จ ๐๐๐๐๐: ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ก๐๐ ๐ ๐จ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan YB Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan, Pesuruhjaya PAS Sabah, berhubung ancaman penyalahgunaan dan pengedaran dadah yang semakin membimbangkan di Sabah. DPPNS melihat isu ini bukan sekadar masalah jenayah, tetapi ancaman serius terhadap keselamatan masyarakat, institusi keluarga dan masa depan generasi muda.
2. Kebimbangan ini wajar diberi perhatian serius berdasarkan statistik semasa. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, Polis Sabah merekodkan rampasan dadah bernilai RM263.82 juta dengan kira-kira 3.7 tan dadah dirampas. Dalam tempoh Januari hingga Mei 2026 p**a, JSJN Sabah berjaya menumpaskan sembilan sindiket pengedaran dadah dengan rampasan sebanyak 4,246 kilogram. Pada tahun 2025, AADK turut merekodkan seramai 8,665 individu terlibat dengan penyalahgunaan dadah di Sabah.
3. DPPNS menegaskan bahawa anak muda Sabah bukan pasaran kepada sindiket dadah. Mereka ialah aset dan pewaris masa depan negeri. Justeru, usaha membanteras dadah mesti melangkaui tindakan terhadap pengguna dan pengedar kecil, sebaliknya menumpukan kepada keseluruhan rangkaian sindiket termasuk pembekal, pemodal, pengurus kewangan, orang tengah dan dalang utama.
4. โ DPPNS turut menyokong penegasan bahawa penguatkuasaan mesti dilaksanakan secara tegas, adil dan tanpa dwistandard. Tidak boleh wujud perlindungan kepada mana-mana pihak hanya kerana kedudukan, kekayaan atau pengaruh. Sekiranya terdapat bukti rasuah, salah guna kuasa atau campur tangan dalam kegiatan dadah, perkara tersebut hendaklah disiasat dan diambil tindakan mengikut undang-undang.
5. Pada masa yang sama, Sabah perlu memperkukuh kawalan di laluan laut, udara dan pintu masuk negeri, selain meningkatkan perkongsian risikan dan operasi bersepadu antara agensi bagi memutuskan rangkaian penyeludupan serta pengedaran dadah.
6. DPPNS berpandangan bahawa pencegahan mesti bergerak seiring dengan penguatkuasaan. Kerajaan perlu memperluaskan program pendidikan, kemahiran, pekerjaan, keusahawanan, sukan dan aktiviti kemasyarakatan bagi memberi anak muda pilihan kehidupan yang lebih baik serta mengurangkan risiko mereka terjebak dengan dadah.
7. Dalam masa yang sama, golongan yang telah terjebak perlu diberikan rawatan, pemulihan dan peluang kedua untuk kembali kepada keluarga dan masyarakat. Pendekatan membanteras dadah tidak boleh hanya berakhir dengan tangkapan, tetapi mesti memastikan pemulihan dan pencegahan berterusan.
8. DPPNS menyeru Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan dan semua agensi berkaitan supaya menjadikan isu dadah sebagai agenda keselamatan dan pembangunan manusia yang serius, dengan pendekatan yang menyeluruh melibatkan penguatkuasaan, pencegahan, pemulihan dan pembangunan anak muda.
9. DPPNS menegaskan pendirian yang jelas:
Tiada kompromi terhadap dadah.
Tiada dwistandard dalam penguatkuasaan.
Tiada perlindungan kepada sindiket.
Tiada toleransi terhadap rasuah dan salah guna kuasa.
Tiada siapa kebal daripada undang-undang.
Anak muda Sabah lebih sejahtera apabila bebas daripada dadah!
Jumaidin Lakalla
Timbalan Ketua Pemuda
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (DPPNS)
9 Oktober 2026