IKBN Kinarut Sabah

Call Directions Website Contact the organization

IKBN Kinarut Sabah IKBN Kinarut Professional Terunggul

TVET Pilihan Utama Kerjaya. ILKBS. Profesional Terunggul. Graduan ILKBS:Menepati Keperluan Industri

๐Ÿš€ JOM MASUK ILKBSJOM MASUK IKBN KINARUT โ€“ AMBILAN JANUARI 2027! ๐Ÿš€โœจ MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI! โœจDah bersedia untuk ...
25/09/2026

๐Ÿš€ JOM MASUK ILKBS
JOM MASUK IKBN KINARUT โ€“ AMBILAN JANUARI 2027! ๐Ÿš€

โœจ MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI! โœจ

Dah bersedia untuk melangkah ke dunia TVET dan membina masa depan dengan kemahiran yang diperlukan industri? ๐Ÿ”ฅ

IKBN Kinarut membuka peluang kepada anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar ILKBS dan membina laluan kerjaya melalui pendidikan serta latihan kemahiran yang berkualiti.

๐Ÿ† Belajar kemahiran.
๐Ÿ› ๏ธ Bina kompetensi.
๐Ÿ’ผ Persiapkan diri untuk industri.
๐Ÿš€ Cipta masa depan bersama IKBN Kinarut!

๐Ÿ“… PERMOHONAN AMBILAN JANUARI 2027
๐Ÿ—“๏ธ Dibuka: 1 Oktober โ€“ 16 November 2026

๐Ÿ”ฅ JANGAN TUNGGU SAMPAI LAST MINUTE!

Lengkapkan profil pemohon, pastikan semua maklumat adalah tepat dan pilih program TVET yang bersesuaian dengan minat, bakat dan cita-cita anda.

๐ŸŒ MOHON SEKARANG:
https://mohon.tvet.gov.my/

๐Ÿ’™ Jom sertai keluarga IKBN Kinarut!
๐Ÿ’ช Jom kuasai kemahiran!
๐Ÿš€ Jom bina masa depan bersama kami!

IKBN Kinarut โ€” tempat anda belajar, berkembang dan bersedia melangkah ke dunia industri!

๐Ÿ”ฅ ANDA ADA MINAT. KAMI ADA KEMAHIRAN. MASA DEPAN MENANTI! ๐Ÿ”ฅ

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







DARI TVET KE DUNIA REALITI: ALUMNI KONGSI PENGALAMAN INDUSTRIKINARUT, 24 September 2026 โ€“ Program Markerspace Alumni Sha...
24/09/2026

DARI TVET KE DUNIA REALITI: ALUMNI KONGSI PENGALAMAN INDUSTRI

KINARUT, 24 September 2026 โ€“ Program Markerspace Alumni Sharing Knowledge & Human Resource Empowerment menjadi platform strategik dalam menghubungkan pengalaman alumni dengan generasi pelajar TVET, khususnya dalam mempersiapkan mereka menghadapi realiti dunia pekerjaan dan keperluan industri semasa.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Ahmad Rithaudin bin Ibrahim, serta barisan alumni IKBN Kinarut yang kini meneruskan kerjaya dalam pelbagai sektor industri.

Antara alumni yang hadir ialah Ts. Mohd Irsaad bin Roostham, Ketua Perkhidmatan Kejuruteraan FEMS, Sedafiat Sdn. Bhd., Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah; Aleeya Munirah Asmat, Sabah Electricity Operation; Nickholin Nelvin bin Nahfirin, Center Manager/PPB; Mohammad Syazanie Aiman bin Bacho, Maintenance and Engineering, Suria Sabah; serta Malik bin Tanginang, Pengurus MTElectric Sabah.

Kehadiran alumni yang telah menempatkan diri dalam dunia industri memberikan nilai tambah kepada program menerusi perkongsian pengalaman sebenar berkaitan perjalanan kerjaya, cabaran alam pekerjaan, budaya kerja, pembangunan kompetensi serta kemahiran yang diperlukan untuk kekal relevan dalam industri.

Perkongsian tersebut turut membuka perspektif kepada para pelajar bahawa kejayaan dalam bidang TVET bukan hanya bergantung kepada penguasaan kemahiran teknikal, malah turut memerlukan disiplin, integriti, komunikasi berkesan, sikap profesional dan kesediaan untuk terus belajar serta menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan keperluan industri.

Program ini juga memperlihatkan kepentingan jaringan alumni sebagai penghubung antara institusi, pelajar dan industri, di samping memperkukuh ekosistem TVET yang berorientasikan pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan.

Lebih daripada sekadar sesi perkongsian, program ini menjadi ruang untuk alumni kembali menyumbang kepada institusi dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan perspektif dunia pekerjaan kepada generasi pelapis.

Daripada TVET ke dunia realiti, alumni membuktikan bahawa kemahiran yang dibina di institusi mampu diterjemahkan kepada kerjaya, kepakaran dan sumbangan bermakna kepada industri serta masyarakat.

TVET bukan sekadar kemahiran.
TVET ialah laluan membina masa depan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KBS PANTAU TIGA PROJEK PEMBANGUNAN DI IKBN KINARUTKINARUT, 21 September 2026 โ€“ Bahagian Pembangunan...
22/09/2026

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KBS PANTAU TIGA PROJEK PEMBANGUNAN DI IKBN KINARUT

KINARUT, 21 September 2026 โ€“ Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan lawatan tapak ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut bagi memantau kemajuan pelaksanaan tiga projek pembangunan di institut berkenaan.

Lawatan tersebut diketuai oleh En. Shankaran A/L Ramasomdram, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU), Bahagian Pembangunan KBS dan En. Mohd Aminuddin bin Md Arof, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Pembangunan KBS.

Turut hadir Pn. Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut, bersama pegawai-pegawai IKBN Kinarut serta wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), antaranya Ir. Muhammed Ibni bin Abdul Sabul, Jurutera Daerah JKR Papar, wakil Cawangan Cerun JKR Sabah dan Cawangan Senggaraan Bangunan JKR Sabah.

Tiga projek pembangunan yang dipantau melibatkan:

1. Pembaikan Mendapan Tanah dan Cerun;

2. Menaik Taraf Kemudahan IKBN Kinarut; dan

3. Perolehan Peralatan dan Naik Taraf Fasiliti bagi Kursus Baharu Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa dan Tiga Fasa menggunakan pensijilan dual SKM dan KNX.

Lawatan tersebut turut disertai wakil syarikat yang dilantik, iaitu Razka Enterprise, Bunsadan Enterprise dan Haza Holdings Sdn. Bhd.

Sesi lawatan dan perbincangan memberi tumpuan kepada status kemajuan fizikal projek, pelaksanaan kerja serta prestasi pembayaran bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut skop, peruntukan dan ketetapan yang telah ditetapkan.

Dalam sesi perbincangan tersebut, Bahagian Pembangunan KBS turut menekankan kepentingan memastikan prestasi pembayaran projek dilaksanakan selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan. Selain itu, cadangan permohonan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) baharu turut diketengahkan bagi menangani beberapa lokasi tanah mendap lain di kawasan IKBN Kinarut yang tidak termasuk dalam skop projek semasa.

Pemantauan secara berterusan ini mencerminkan komitmen KBS dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan di institusi TVET dilaksanakan secara terancang, berkesan dan berimpak, sekali gus memperkukuh kemudahan latihan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pembangunan bakat dan kemahiran belia.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul





๐Ÿ“ข PENAFIAN BERKAITAN SEBARANG TAWARAN PEROLEHAN Pihak IKBN Kinarut ingin memaklumkan bahawa pihak Institut tidak pernah ...
22/09/2026

๐Ÿ“ข PENAFIAN BERKAITAN SEBARANG TAWARAN PEROLEHAN

Pihak IKBN Kinarut ingin memaklumkan bahawa pihak Institut tidak pernah menawarkan, melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu atau pihak yang tidak berkaitan untuk membuat tawaran perolehan secara langsung kepada syarikat bagi pihak IKBN Kinarut.

Sebarang urusan berkaitan perolehan hendaklah dilaksanakan melalui saluran, tatacara dan prosedur perolehan Kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, pihak syarikat dan orang awam adalah dinasihatkan supaya tidak melayan, membuat bayaran atau memberikan sebarang maklumat/dokumen sekiranya menerima tawaran perolehan yang meragukan atau tidak melalui saluran rasmi.

Sebarang pertanyaan atau pengesahan berkaitan urusan perolehan IKBN Kinarut boleh dibuat melalui saluran rasmi pihak Institut.

Pihak IKBN Kinarut tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau implikasi yang timbul daripada urusan yang dibuat dengan pihak yang tidak diberi kuasa.
Sekian, terima kasih.




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 16 SEPTEMBER | SELAMAT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September 1963 menjadi detik bersejarah apabila Persekutuan Tanah Melayu, S...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 16 SEPTEMBER | SELAMAT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 1963 menjadi detik bersejarah apabila Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Malaysia. Peristiwa ini menjadi lambang perpaduan, kerjasama dan semangat membina sebuah negara yang berdaulat.

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kepelbagaian rakyatnya yang hidup bersama dalam harmoni.

Ayuh, semarakkan semangat patriotisme dan hargai sejarah pembentukan Malaysia demi masa depan yang lebih gemilang.

Selamat Hari Malaysia 2026!

Ikhlas daripada kami, warga IKBN Kinarut.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS SESI 2/2026 TELAH DIBU...
10/09/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS SESI 2/2026 TELAH DIBUKA!

KURSUS MODULAR ASAS PERCETAKAN CENDERAHATI DI IKBN KINARUT, SABAH.

KAEDAH PELAKSANAAN:
๐Ÿ“ŒSesi pembelajaran 3 hari seminggu
๐Ÿ“ŒWaktu kelas : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari
๐Ÿ“ŒBahan Latihan disediakan
๐Ÿ“ŒTempoh pembelajaran 6 bulan

SYARAT PERMOHONAN:
๐Ÿ“ŒWarganegara Malaysia berumur 17-30 tahun
๐Ÿ“ŒBelia autisme daripada kategori mild atau _high functioning_/ masalah pembelajaran
๐Ÿ“ŒBoleh membaca, mengira, menulis (3M)
๐Ÿ“ŒBoleh mengurus diri dan berdikari
๐Ÿ“ŒMemiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM

TEMPAT TERHAD, MOHON SEKARANG
๐Ÿ‘‰ https://tinyurl.com/autize-rekacetak-2-2026

Jika berminat, imbas kod QR/ klik pautan disediakan untuk permohonan. Calon-calon akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk panggilan temuduga.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia pengambilan En. Mohd Riedzlan di talian
๐Ÿ“ฑ0168102409.

โณTarikh tutup permohonan : 21 September 2026

๐Ÿ“ข PERMOHONAN UP_TVET AMBILAN JANUARI 2027 AKAN BERMULA!Sesi permohonan akan dibuka tidak lama lagi!๐Ÿ“… 1 Oktober โ€“ 16 Nove...
09/09/2026

๐Ÿ“ข PERMOHONAN UP_TVET AMBILAN JANUARI 2027 AKAN BERMULA!

Sesi permohonan akan dibuka tidak lama lagi!

๐Ÿ“… 1 Oktober โ€“ 16 November 2026

Ingin membina kemahiran, tambah pengalaman dan persiapkan diri untuk kerjaya masa depan?
Inilah masanya untuk pilih laluan TVET yang sesuai dengan minat dan impian anda!

โœจ Pelbagai pilihan program TVET
๐Ÿ’ป Permohonan secara Online
๐Ÿš€ Merancang masa hadapan, Anda Yang Tentukan!

๐Ÿ‘‰ Set kalendar, dan nantikan pembukaan permohonan UP_TVET Perdana Ambilan Januari 2027 OKTOBER ini.

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
๐Ÿ’กTVET - Pilihan Utama Kerjaya!

4 HARI LAGI! โœจ๐ŸŽ“Menuju Istiadat Konvokesyen ILKBS Ke-21 Tahun 2026!๐Ÿ“… 12 โ€“ 13 September 2026๐Ÿ“ PICC, Putrajaya๐ŸŒŸ Graduan ILK...
08/09/2026

4 HARI LAGI! โœจ๐ŸŽ“

Menuju Istiadat Konvokesyen ILKBS Ke-21 Tahun 2026!

๐Ÿ“… 12 โ€“ 13 September 2026
๐Ÿ“ PICC, Putrajaya

๐ŸŒŸ Graduan ILKBS: Menepati Keperluan Industri

Ayuh kita raikan kejayaan para graduan ILKBS! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ’ผ TVET Pilihan Utama Kerjaya
๐Ÿ† ILKBS Profesional Terunggul


KonvokesyenILKBS21 ILKBS

PROGRAM CITRA IBADAH: CINTAI SOLAT & AL-QURAN IKBN KINARUT TAHUN 2026KINARUT โ€“ 4 SEPTEMBER 2026 (Jumaat) โ€“ Institut Kema...
07/09/2026

PROGRAM CITRA IBADAH: CINTAI SOLAT & AL-QURAN IKBN KINARUT TAHUN 2026

KINARUT โ€“ 4 SEPTEMBER 2026 (Jumaat) โ€“ Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah berjaya melaksanakan Program Citra Ibadah: Cintai Solat & Al-Quran Tahun 2026 selama dua hari, bermula 3 hingga 4 September 2026, bertempat di Surau Nur Hidayah, IKBN Kinarut.

Program yang melibatkan 98 orang pelajar Semester 1 ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap kepentingan solat serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Pengisian turut menekankan pembentukan sahsiah, disiplin, akhlak dan jati diri dalam kalangan pelajar.

Pengisian ilmu telah disampaikan oleh Ustaz Sabran bin Sabirullah, Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, dan Ustazah Jumaiah binti Harun. Para peserta mengikuti sesi perkongsian kerohanian, penghayatan ibadah dan aktiviti refleksi yang memberi penekanan kepada peranan solat dalam membentuk disiplin serta hubungan dengan Allah SWT, di samping penghayatan Al-Quran dalam kehidupan.

Kemuncak program ialah Majlis Perasmian Penutupan yang telah disempurnakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut. Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa pembangunan pelajar IKBN bukan sahaja tertumpu kepada kemahiran teknikal dan vokasional, malah perlu seiring dengan pembentukan sahsiah, akhlak, disiplin dan nilai kerohanian.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menyemai kecintaan terhadap solat dan Al-Quran serta melahirkan belia TVET yang berkemahiran, berdaya saing, berdisiplin, berintegriti dan mempunyai keperibadian yang mulia.

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul






Address

Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Jalan Limau Limauan
Kinarut
89609

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Kinarut Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKBN Kinarut Sabah:

Shortcuts

Share