Majlis Bandaraya Diraja Klang

Call Directions Website Contact the organization

Majlis Bandaraya Diraja Klang "Bandaraya Diraja Klang Sejahtera dan Berdaya Maju"
Laman ini merupakan laman rasmi Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbir Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini, Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

JOM KREATIF BERSAMA KOMUNITI KLANG ~ ANYAMAN LESTARI  HASIL BAKUL DARIPADA SURAT KHABARJom sertai aktiviti kreatif dan m...
05/09/2026

JOM KREATIF BERSAMA KOMUNITI KLANG ~ ANYAMAN LESTARI HASIL BAKUL DARIPADA SURAT KHABAR

Jom sertai aktiviti kreatif dan mesra alam!

Pelajari teknik menghasilkan bakul cantik daripada surat khabar terpakai sambil mengasah kreativiti dan menjana idea baharu berempat di perkarangan Pejabat Ahli Majlis MBDK N42A

๐Ÿค ANJURAN:
Pusat Wanita Berdaya Meru dengan kerjasama JKP N42A

๐ŸŒฑ Daripada bahan terbuang kepada hasil yang bernilai.

๐Ÿ’š Wanita Berdaya, Wanita Berdikari

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—ข๐—•๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒProgram Karnival Kerjaya Jobcare Selangor Daerah Klang Tahun 20...
05/09/2026

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—ข๐—•๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Program Karnival Kerjaya Jobcare Selangor Daerah Klang Tahun 2026 menjadi platform mempertemukan pencari kerja dengan pelbagai peluang pekerjaan serta membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya dan pembangunan kemahiran.

Turut hadir mengadakan lawatan ke program ini ialah EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan, YB Tuan Papparaidu A/L Veraman.

Hadir sama Ahli-Ahli Majlis MBDK serta Puan Norfiza Mahfiz, Pengarah Komunikasi Korporat MBDK.

Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja di daerah Klang dan Selangor.

๐๐€๐‘๐€ ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‹๐€๐๐†SUKMA Selangor 2026Berik*t beberapa lokasi  pertandingan Para SUKMA Selangor 2026 di baw...
04/09/2026

๐๐€๐‘๐€ ๐’๐”๐Š๐Œ๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐‹๐€๐๐†

SUKMA Selangor 2026

Berik*t beberapa lokasi pertandingan Para SUKMA Selangor 2026 di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) :

โ™Ÿ๏ธ Para Catur
๐Ÿ“ Wyndham Acmar Hotel, Ballroom 2 & 3

๐ŸŽณ Para Lawn Bowls
๐Ÿ“ Kompleks Boling Padang Bayuemas

๐Ÿ“ Para Ping Pong
๐Ÿ“ Dewan MBDK Bukit Raja

Sama-sama kita nantikan dan semarakkan temasya ini dengan memberikan sokongan kepada para atlet yang beraksi di bumi Klang.

Ayuh warga Klang, kita raikan semangat kesukanan dan kecemerlangan atlet Para SUKMA! โค๏ธ๐Ÿ’›

SUKMA Selangor 2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก (๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ)Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasa MB...
04/09/2026

๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก (๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ)

Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasa MBDK telah melaksanakan operasi pematuhan dan pemantauan syarat pelesenan di sekitar Bandar Bukit Tinggi.

2 restoran diperiksa di mana 1 premis mempunyai lesen perniagaan dan iklan manakala bakinya tidak mempunyai lesen perniagaan dan iklan bagi 2026.

8 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan bangunan, pelesenan establisymen makanan dan iklan.

MBDK akan terus mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan setiap premis perniagaan mematuhi peraturan serta syarat pelesenan yang ditetapkan.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐€๐‘๐„ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ @ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Š๐‹๐€๐๐†๐•๐จ๐ฅ๐ฎ๐ง๐ญ๐ž๐ž๐ซ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ ๐€๐ฆ๐›๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐๐จ๐ซ (๐๐จ๐ง-๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ) ๐Œ๐๐ƒ๐Š ้ฉฌๆฅ่ฅฟไบšๆ˜Ÿๆดฒๆ—ฅๆŠฅ Malaysia Sin Chew DailyMeneru...
04/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐€๐‘๐„ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ @ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Š๐‹๐€๐๐†
๐•๐จ๐ฅ๐ฎ๐ง๐ญ๐ž๐ž๐ซ ๐“๐จ๐ฎ๐ซ๐ข๐ฌ๐ฆ ๐€๐ฆ๐›๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐๐จ๐ซ (๐๐จ๐ง-๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ฅ๐ข๐ฆ) ๐Œ๐๐ƒ๐Š

้ฉฌๆฅ่ฅฟไบšๆ˜Ÿๆดฒๆ—ฅๆŠฅ Malaysia Sin Chew Daily

Menerusi Program Railway Food 3.0, Ahli Majlis MBDK, En. Lee Seek Wun bersama Sin Chew Daily terus memperkenalkan keunikan Klang melalui konsep โ€œNaik LRT Cari Makanโ€.

Episod ketiga membawa pengunjung ke Stesen LRT3 Jalan Meru, yang hanya sekitar 3 hingga 10 minit berjalan kaki untuk menikmati pelbagai sajian tempatan termasuk nasi ayam bebola Hainan, hidangan makanan laut istimewa serta bak k*t teh yang mempunyai sejarah lebih 45 tahun.

Inisiatif ini turut melibatkan Volunteer Tourism Ambassador (Non-Muslim) MBDK, sebagai usaha mempromosikan kepelbagaian makanan, warisan dan keunikan komuniti Klang.

Lebih daripada sekadar menikmati juadah, inisiatif ini menjadi platform memperkukuh sektor pelancongan, menarik lebih ramai pengunjung serta merancakkan ekonomi setempat.

LRT3, Satu Stesen Satu Rasa โ€” Kenali Semula Klang! ๐Ÿš†โœจ

03/09/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐Š๐„ ๐Š๐‹๐€๐๐† ๐Ÿ™‹โ€โ™€๏ธ

HAVOC Food Festival di Sime Darby Property Bandar Bukit Raja! ๐Ÿšจ

Festival HAVOC Terbesar bakal menggegarkan dan kali ini dari Bandar Bukit Raja, Klang ๐Ÿ‘‘

Mari saksikan persembahan artis tempatan antaranya Ammar Haikal, Amarra Azad, Umaira, Wafiy Aan, Mark Adam dan Syura Badron.

Nikmati pelbagai pilihan makanan berserta dengan aktiviti menarik yang disediakan untuk anda semua. ๐ŸŽค๐Ÿ”

Tidak lupa juga kami menyediakan Pertunjukan Cahaya Dron yang menakjubkan! โœจ

๐Ÿ“… 10โ€“13 September 2026 (Khamisโ€“Ahad)

๐Ÿ•š 11.00 pagiโ€“12.00 tengah malam

๐Ÿ“ Taman Bandar Klang (Town Park)

Kongsikan dengan kawan kawan dan jumpa anda di sana!

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐‚๐€๐๐•๐€ (๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)  menjemput warga...
03/09/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐‚๐€๐๐•๐€ (๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐˜๐€๐€๐ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐‹๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjemput warga Klang berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai Kursus Asas Canva di bawah Program Pemberdayaan Komuniti Daerah Klang 2026.

Kursus ini dirangka bagi memberikan pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam menghasilkan bahan visual yang kreatif dan menarik menggunakan aplikasi Canva.

๐Ÿ“… 13 September 2026 (Ahad)

โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang

๐Ÿ“ Pusat Latihan Kompetensi Kakitangan (PLICT), Jalan Tengku Kelana

๐Ÿ’ฐ Yuran: RM30 seorang

๐Ÿฝ๏ธ Makanan dan minuman disediakan

Syarat Penyertaan:

โœ… Terbuka kepada penduduk Klang
โœ… Berumur 18 tahun ke atas
โœ… Terhad kepada 25 peserta sahaja
โœ… Peserta yang mempunyai komputer riba (laptop) sendiri digalakkan untuk membawanya
โœ… Tidak mempunyai laptop? Jangan risau! Komputer/PC disediakan di tempat kursus.

๐Ÿ“ฒ Tempat adalah terhad! Daftar sekarang melalui kod QR yang disediakan dalam poster.

Daftar segera dan jadilah sebahagian daripada komuniti digital yang lebih berdaya saing!

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—•๐——๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑMajlis Bandaraya Diraja Klan...
03/09/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—•๐——๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) telah mengadakan Mesyuarat Pra Penutup Pengauditan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025 bersama Jabatan Audit Negara Negeri Selangor.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan hasil pengauditan, penemuan serta perkara-perkara berkaitan penyata kewangan MBDK, di samping memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara telus, teratur dan berintegriti selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

MBDK komited untuk terus memperkukuh tadbir urus dan pengurusan kewangan yang cekap, berakauntabiliti serta berintegriti demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada warga Klang sentiasa berada pada tahap terbaik.

Address

Bangunan Sultan Alam Shah, Jalan Perbandaran
Klang
41675

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333755555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Diraja Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Diraja Klang:

Shortcuts

Share