27/09/2026
26 SEPTEMBER 2026 | PROGRAM FESTIVAL TANGLUNG DUN SENTOSA 2026
Balai Polis Klang telah menyertai Program Festival Tanglung DUN Sentosa 2026 yang berlangsung pada jam 1945 hrs hingga selesai bertempat di Padang MBDK Klang Jaya dan Dewan Soka Gakkai.
Kehadiran PDRM adalah bagi memperkukuh hubungan bersama masyarakat serta memastikan aspek keselamatan sepanjang program berlangsung. Program dihadiri S/Insp. Mohamad Syazwan bin Radzee (Timbalan Ketua Polis Balai Klang) bersama anggota Sektor 6 Balai Polis Klang.
Hadir sama YB Dr. Gunaraj George (ADUN Sentosa), Dato' Rahim bin Buang (Persatuan Penduduk), Mr Johnny Ng Teck Sim (Presiden Soka Gakkai Malaysia) dan Ms June Teh (NSK Trade City).
Program yang disertai kira-kira 750 orang ini berlangsung dalam suasana meriah, harmoni dan terkawal. Sambutan ini menjadi platform untuk masyarakat berbilang kaum berkumpul, berinteraksi serta memupuk semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.
Kehadiran PDRM dalam program kemasyarakatan seperti ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mendekati komuniti serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.