APM Negeri Selangor

Directions Website Contact the organization

APM Negeri Selangor ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
(1)

30/09/2026
  24 Sept 2026 | PDPA Klang - Telah berlangsung sesi temuduga kenaikan pangkat bagi Pegawai Pasukan dan PTB APM Negeri S...
24/09/2026



24 Sept 2026 | PDPA Klang - Telah berlangsung sesi temuduga kenaikan pangkat bagi Pegawai Pasukan dan PTB APM Negeri Selangor bertempat di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Klang.

Seramai 31 orang calon Pegawai Pasukan dan 10 orang calon PTB terlibat dalam sesi temuduga yang dikendalikan oleh Pegawai-pegawai APM Negeri Selangor.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon terlibat.

β€˜π—”π—£π—  π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯: π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”β€™

β€˜SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAM”
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm












  21 Sept 2026 | Isnin - Telah berlangsung dua sesi Mesyuarat Pengurusan dan Perbincangan Kor PISPA & Kor SISPA APM Nege...
21/09/2026



21 Sept 2026 | Isnin - Telah berlangsung dua sesi Mesyuarat Pengurusan dan Perbincangan Kor PISPA & Kor SISPA APM Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YS Kol. (PA) Fazlisyah Bin Muslim, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Klang.

Mesyuarat diadakan bagi mendengar pembentangan aktiviti serta pencapaian setiap Kor PISPA & SISPA Negeri Selangor sepanjang tahun 2026.

Turut dibincangkan berkaitan peranan yang mampu dimainkan oleh setiap komponen pasukan sokongan untuk memberi nilai tambah kepada elemen berkaitan kajian serta akademik dalam aktiviti APM secara keseluruhannya.

Sama-sama kita saksikan satu anjakan paradigma yang lebih versatil mendepani tahun 2027. BANGKIT PERKASA!!!

β€˜π—”π—£π—  π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯: π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”β€™

β€˜SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAM”
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm












  SESI ZIARAH PRIHATIN PENGARAH APM NEGERI SELANGOR 16 Sept 2026 | Banting, Selangor - YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim,...
16/09/2026



SESI ZIARAH PRIHATIN PENGARAH APM NEGERI SELANGOR

16 Sept 2026 | Banting, Selangor - YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim, Pengarah APM Negeri Selangor bersama beberapa wakil Pegawai-pegawai Bersekutu APM Negeri Selangor meluangkan masa menziarahi Tuan Kamarul Zaman Bin Long di kediaman beliau di Kg Sg Lang Baru, Banting.

Beliau merupakan mantan Pegawai Bersekutu APM Negeri Selangor yang berkhidmat di UniKL MIAT, Sepang. Beliau telah menerima pencen ILAT setelah disahkan menghidap penyakit kanser tahap 4 & jantung. Ziarah prihatin oleh YS Pengarah serta rakan-rakan PB APM atas semangat solidariti serta sebagai pemangkin moral kepada beliau dan seluruh keluarga. Turut berlangsung penyerahan sumbangan bagi meringan dan membantu keperluan beliau.

Semoga Tuan Kamarul Zaman & keluarga tabah serta redha dalam mengharungi dugaan ini. Diharap agar ziarah prihatin ini memberi sedikit keceriaan, meningkatkan semangat serta membantu meringankan beban beliau dan keluarga.

Didoakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan beliau dan keluarga. Amin Ya Rabbal Alamin...

β€˜π—”π—£π—  π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯: π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”β€™

β€˜SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAM”
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm












 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Nege...
15/09/2026



SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor dan seluruh warga kerja
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

16 September 2026 satu tarikh yang menyatukan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat, harmoni dan penuh kepelbagaian.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Ayuh kita terus bersama-sama menjaga keamanan, memperkukuh perpaduan dan membina Malaysia yang lebih sejahtera untuk generasi akan datang.

β€˜π—”π—£π—  π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯: π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”β€™

β€˜SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAM”
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm












  LATIHAN PEMANTAPAN PETUGAS SEKRETARIAT PENGURUSAN BENCANA NEGERI SELANGOR 15 Sept 2026 | Kompleks PUSPADA PDPA Klang -...
15/09/2026



LATIHAN PEMANTAPAN PETUGAS SEKRETARIAT PENGURUSAN BENCANA NEGERI SELANGOR

15 Sept 2026 | Kompleks PUSPADA PDPA Klang - Telah berlangsung Latihan Pemantapan Petugas Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Selangor di Pejabat APM Daerah Klang.

Seramai 40 orang pegawai & anggota terlibat dalam latihan yang dijalankan. YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Selangor turut hadir memantau perjalanan latihan serta memberi panduan kepada semua peserta terlibat dalam latihan yang dijalankan.

Diharap agar pelaksanaan latihan yang dijalankan akan memberi manfaat serta meningkatkan kompetensi peserta terlibat dalam penyampaian perkhidmatan APM kepada semua pihak.

β€˜π—”π—£π—  π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯: π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”β€™

β€˜SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAM”
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm












  YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim bersama Pegawai-pegawai APM Negeri Selangor menghadiri Program Bicara Perdana Dato' M...
15/09/2026



YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim bersama Pegawai-pegawai APM Negeri Selangor menghadiri Program Bicara Perdana Dato' Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia 2026 di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

β€˜π—”π—£π—  π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯: π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”β€™

β€˜SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAM”
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm












  TRIVIA SEMPENA HARI MALAYSIA Ramai yang mungkin tertanya-tanya, mengapa Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogo...
15/09/2026



TRIVIA SEMPENA HARI MALAYSIA

Ramai yang mungkin tertanya-tanya, mengapa Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September? πŸ€”
Sebenarnya, kedua-dua tarikh ini mempunyai sejarah dan makna yang berbeza.
πŸ‡²πŸ‡Ύ 31 Ogos
Menandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada tahun 1957.
πŸ‡²πŸ‡Ύ 16 September
Menandakan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, apabila Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk sebuah persekutuan baharu. πŸ‡²πŸ‡Ύ
Mengetahui sejarah bukan sekadar mengingati tarikh, tetapi memahami bagaimana negara kita terbentuk dan berkembang hingga ke hari ini.
πŸ“š Kenali sejarah. Hargai perjuangan. Hayati erti Malaysia.

β€˜π—”π—£π—  π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯: π—•π—”π—‘π—šπ—žπ—œπ—§ π—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—”β€™

β€˜SEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAM”
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm












14/09/2026

Address

ARAS 3, WISMA PERSEKUTUAN KLANG, PERSIARAN BUKIT RAJA 1/KU1
Klang
41150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Negeri Selangor:

Shortcuts

Share