Polis Klang Selatan

Call Directions Website

Polis Klang Selatan IBU PEJABAT POLIS DAERAH KLANG SELATAN
JALAN GEDUNG RAJA ABDULLAH
41560, KLANG, SELANGOR

 ANATOMI PEMANDUAN BERHEMAH VS PEMANDUAN BERBAHAYAPemanduan berhemah mencerminkan sikap bertanggungjawab di jalan raya. ...
08/10/2026



ANATOMI PEMANDUAN BERHEMAH VS PEMANDUAN BERBAHAYA

Pemanduan berhemah mencerminkan sikap bertanggungjawab di jalan raya. Patuhi peraturan, kekalkan jarak selamat dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling demi keselamatan bersama.

Jangan jadikan jalan raya sebagai medan untuk menguji keberanian. Pemanduan berbahaya bukan sahaja mengancam nyawa sendiri, malah boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Pandu cermat, nyawa selamat.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#08102026

Berikut merupakan statistik harian kemalangan seluruh negara dan jumlah kematian yang terlibat pada 7 Oktober 2026 (Rabu...
08/10/2026

Berikut merupakan statistik harian kemalangan seluruh negara dan jumlah kematian yang terlibat pada 7 Oktober 2026 (Rabu).

Sebanyak 1,840 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian yang mencatat penurunan kes kemalangan sebanyak 93 kes dan penurunan sebanyak sembilan kematian berbanding hari sebelumnya.

- -

The following data outlines the daily frequency of road accidents across the nation, along with the corresponding fatalities recorded on October 7, 2026 (Wednesday).

A total of 1,840 road accident were reported involving 13 deaths which marks an decrease of 93 road accident cases and decrease of nine deaths compared to the previous day.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”

PERSEDIAAN MENGHADAPI AIR PASANG BESAR Berikut merupakan jadual air pasang besar dan ramalan cuaca di Stesen Pelabuhan K...
08/10/2026

PERSEDIAAN MENGHADAPI AIR PASANG BESAR

Berikut merupakan jadual air pasang besar dan ramalan cuaca di Stesen Pelabuhan Klang bagi daerah Klang bermula 9 hingga 14 Oktober 2026.

Berdasarkan ramalan bacaan paras air laut tertinggi dijangkakan bacaan paras laut sehingga 5.4 meter❗️

Orang ramai diminta untuk bersedia dan sentiasa peka dengan keadaan alam sekeliling.

8 Oktober 2026
Pusat Operasi Bencana Daerah Klang

POLIS KLANG SELATAN PERKUKUH KESELAMATAN PELAJAR MELALUI LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAHKLANG, 8 OKTOBER 2026 – Pega...
08/10/2026

POLIS KLANG SELATAN PERKUKUH KESELAMATAN PELAJAR MELALUI LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH

KLANG, 8 OKTOBER 2026 – Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Daerah Klang Selatan telah melaksanakan lawatan ke Beaconhouse Sri Lethia International School, Klang bagi memantau aspek keselamatan serta mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak polis dan pihak sekolah.

Lawatan yang berlangsung pada jam 1100 hingga 1200 hrs bertempat di Hall Beaconhouse Sri Lethia International School, Klang tersebut telah dihadiri oleh Madam Lim Mee Wee, Guru Besar, Asp Mohammad Noor Hafiz bin Ramli, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), serta guru-guru dan para pelajar.

Dalam lawatan berkenaan, pihak polis turut menyampaikan syarahan dan perkongsian berkaitan permasalahan buli dalam kalangan pelajar, di samping memberi penekanan terhadap kepentingan menjaga keselamatan diri, menghormati antara satu sama lain serta melaporkan sebarang kejadian buli kepada pihak yang bertanggungjawab.

Lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak polis dan sekolah untuk bertukar-tukar maklumat, membincangkan isu keselamatan serta mendapatkan maklum balas berkaitan keadaan dan pengurusan keselamatan sekolah.

Kerjasama berterusan antara pihak polis dan institusi pendidikan amat penting dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan bebas daripada ancaman jenayah serta gejala sosial.

Lawatan berjalan dengan lancar dan pihak sekolah merakamkan penghargaan serta terima kasih atas kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah Daerah Klang Selatan dalam usaha bersama memastikan keselamatan dan kebajikan para pelajar sentiasa diberi keutamaan.

POLIS DAN SEKOLAH BERSAMA MEMBANTERAS BULI, DEMI KESELAMATAN DAN MASA DEPAN PELAJAR




Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, serta seluruh warga kerja Polis Kontinjen Selangor merakam...
08/10/2026

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, serta seluruh warga kerja Polis Kontinjen Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor, atas pengurniaan Pingat Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Tahun 2026 pada 8 Oktober 2026 (Khamis), bersamaan 26 Rabiulakhir 1448 Hijrah.

KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN SANTUNI PESARA, HARGAI JASA DAN BAKTIKLANG, 6 Oktober 2026 – Jasa dan pengorbanan warga...
07/10/2026

KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN SANTUNI PESARA, HARGAI JASA DAN BAKTI

KLANG, 6 Oktober 2026 – Jasa dan pengorbanan warga pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus dihargai apabila IPD Klang Selatan meneruskan usaha menyantuni pesara polis menerusi lawatan kebajikan ke kediaman mereka.

Lawatan yang diketuai Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey, bersama pegawai dan anggota IPD Klang Selatan serta wakil BAKA, turut memberi ruang untuk bertanya khabar dan meninjau keadaan semasa pesara serta keluarga.

Sehari sebelumnya, pada 5 Oktober 2026, rombongan telah menziarahi SAC (B) Dato’ Kamarulzaman bin Mat Jan, 70, di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang.

Walaupun kini berada dalam keadaan kurang sihat dan memerlukan penjagaan keluarga, kunjungan tersebut menjadi tanda ingatan serta penghargaan terhadap khidmat bakti beliau sepanjang berada dalam pasukan.

Pada 6 Oktober 2026 p**a, rombongan meneruskan lawatan dengan menyantuni Supt. (B) Haji Rosly bin Abdul Rahman dan Sarjan (B) Yusof bin Yahaya di kediaman masing-masing.

Kunjungan sebegini bukan sekadar bertanya khabar, malah menjadi ruang untuk terus mengeratkan hubungan antara warga PDRM yang masih berkhidmat dengan mereka yang pernah mencurahkan tenaga dan bakti kepada pasukan.

Bagi IPD Klang Selatan, pesara PDRM tetap merupakan sebahagian daripada keluarga besar pasukan. Jasa yang pernah dicurahkan mungkin telah berlalu, namun pengorbanan dan sumbangan mereka terus dikenang.

Berikut merupakan statistik harian kemalangan seluruh negara dan jumlah kematian yang terlibat pada 6 Oktober 2026 (Sela...
07/10/2026

Berikut merupakan statistik harian kemalangan seluruh negara dan jumlah kematian yang terlibat pada 6 Oktober 2026 (Selasa).

Sebanyak 1,933 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 22 kematian yang mencatat penurunan kes kemalangan sebanyak 18 kes dan peningkatan sebanyak 12 kematian berbanding hari sebelumnya.

- -

The following data outlines the daily frequency of road accidents across the nation, along with the corresponding fatalities recorded on October 6, 2026 (Tuesday).

A total of 1,933 road accident were reported involving 22 deaths which marks an decrease of 18 road accident cases and increase of 12 deaths compared to the previous day.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”

𝗔𝗪𝗔𝗦 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗔𝗜: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗗𝗔𝗬𝗔!Perkembangan teknologi 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗔𝗜) kini membolehkan wajah, suara dan...
07/10/2026

𝗔𝗪𝗔𝗦 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗔𝗜: 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗘𝗗𝗔𝗬𝗔!

Perkembangan teknologi 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗔𝗜) kini membolehkan wajah, suara dan video seseorang dihasilkan atau dimanip**asi sehingga kelihatan seolah-olah benar.

Teknologi 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗙𝗔𝗞𝗘 boleh disalahgunakan oleh penjenayah untuk menyamar sebagai ahli keluarga, individu dikenali, pegawai kerajaan, pihak bank atau individu tertentu bagi memperdaya mangsa.

Antara taktik yang perlu diberi perhatian ialah 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹𝗮𝗻 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗿𝘂𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮, penyamaran identiti serta penggunaan video atau testimoni palsu bagi mempromosikan skim pelaburan.

🔎 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞:
• Sahkan identiti individu melalui saluran rasmi.
• Jangan mudah percaya kepada video, suara atau mesej yang mencurigakan.
• Jangan sesekali berkongsi 𝗢𝗧𝗣, 𝗧𝗔𝗖, kata laluan atau maklumat perbankan.
• Berhati-hati sekiranya anda didesak untuk membuat bayaran atau tindakan segera.

⚠️ 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 — wajah dan suara yang kelihatan atau kedengaran meyakinkan juga boleh dipalsukan.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗡𝗦𝗥𝗖 𝟵𝟵𝟳 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 dan buat laporan kepada pihak berkuasa.

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔. 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞.

PERANAN PPS PDRM PRIHATINPegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dilaksanakan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan ...
07/10/2026

PERANAN PPS PDRM PRIHATIN

Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dilaksanakan oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai penghubung antara PDRM, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.

Melalui bimbingan, nasihat dan kehadiran secara berkala, PPS membantu membentuk persekitaran sekolah yang selamat, harmoni serta bebas daripada gejala negatif. PDRM prihatin, keselamatan murid diutamakan.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#06102026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN BERKENAAN KES PECAH RUMAHPOLIS KLANG SELATAN MENGESAHKAN SATU KEJADIAN ...
06/10/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN BERKENAAN KES PECAH RUMAH

POLIS KLANG SELATAN MENGESAHKAN SATU KEJADIAN PECAH RUMAH YANG BERLAKU PADA 05/10/2026 JAM LEBIH KURANG 12.30 TENGAH HARI BERTEMPAT DI SEBUAH RUMAH DI TAMAN TELUK GEDONG INDAH, KLANG.

DALAM KEJADIAN INI, SUSPEK DIPERCAYAI DUA (2) LELAKI DEWASA TELAH MEMECAH MASUK RUMAH DENGAN MENGUMPIL MANGGA DAN PINTU DEPAN RUMAH SERTA MENGAMBIL BARANGAN MILIK PENGADU. JUMLAH KERUGIAN YANG DIALAMI DIANGGARKAN RM1,500.

BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH, IPD KLANG SELATAN TELAH MEMBUKA SATU (1) KERTAS SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 457 KANUN KESEKSAAN ATAS KESALAHAN PENCEROBOHAN RUMAH UNTUK MENCURI YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA YANG BOLEH SAMPAI EMPAT BELAS (14) TAHUN.

PIHAK POLIS MEMOHON KERJASAMA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN KES INI UNTUK TAMPIL MEMBANTU SIASATAN. MAKLUMAT BOLEH DISALURKAN DENGAN MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT KES, SJN MOHAMAD HELMI BIN HJ MAT YUSOF DI TALIAN 019-4238387, BILIK GERAKAN IPD KLANG SELATAN DI TALIAN 03-33762222, ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERDEKATAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.
t.t.
(LIM JIT HUEY) ACP
KETUA POLIS DAERAH KLANG SELATAN

-TAMAT-
(DIKELUARKAN PADA 06 OKTOBER 2026)

Address

IPD Klang Selatan Jalan Gedung Raja Abdullah
Klang
41000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Klang Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share