Puteri UMNO Klang

Directions

Puteri UMNO Klang Puteri umno bahagian klang ada salah satu sayap yg penting dalam kebangkitan umno bahagian klang

16/09/2026

Why so serious ? Ok j*p tumpang lalu kicau mania 😂
Nor Zakiah ketua masuk 😝



Selamat Hari Malaysia 2026Semoga semangat patriotisme terus mekar didalam diri kita semua 🫶 Marilah meraikan dengan satu...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026
Semoga semangat patriotisme terus mekar didalam diri kita semua 🫶 Marilah meraikan dengan satu hati & jiwa yang penuh cinta 🤝

Malaysia milik kita bersama-sama 💕




SELAMAT DATANG & SELAMAT BERSIDANG PARA PERWAKILAN UMNO KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026 💕Pohon selasih di tepi telaga,Tum...
09/09/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERSIDANG PARA PERWAKILAN UMNO KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2026 💕

Pohon selasih di tepi telaga,
Tumbuh subur di tengah laman,
Kecil tapak tangan nyiru ditadah,
Kami menyambut penuh kesyukuran.

Semoga persidangan kali ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.




19/08/2026

Assalamualaikum,

Selamat Hari Ulang Tahun KPUM kesayangan kami, Nurul Amal Mohd Fauzi 😍

Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu. Terima Kasih untuk segala nya 💕


PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR KE–16 Assalamualaikum,Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, Wassalatu Wassalamu 'ala Asyrafil Anbiya'...
25/06/2026

PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR KE–16

Assalamualaikum,

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, Wassalatu Wassalamu 'ala Asyrafil Anbiya'i Wal Mursalin, wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in.

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad.

Kami memberi sepenuh sokongan kepada Calon Tunggal Puteri 💕NADHIRAH AFIQAH BINTI ABDULL RAHIM
Calon N11 — Dun Serom

" Indah jambangan bersulam ranting,
Lebat bunganya hiasan bakul,
Andai ringan sudi memberi sokongan,
Moga usaha berjalan mulus. "




15/04/2026

Assalamualaikum & Hi Semua,

Calling all Pink Lovers 🩷
Jom join Puteri UMNO Club !! Bukan sekadar join, tapi jadi sebahagian daripada team yang grow sama-sama

Experience sendiri vibe dia, baru faham kenapa best
Jom scan QR & be part of us! 💕



13/04/2026

Tumpang lalu j*p 😝 Asik serious je kan 😂



07/03/2026Pergerakan puteri UMNO bahagian Klang hadir ke Program Air Balang percuma edisi 4.0 yang di anjurkan oleh Pemu...
16/03/2026

07/03/2026

Pergerakan puteri UMNO bahagian Klang hadir ke Program Air Balang percuma edisi 4.0 yang di anjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Klang

Lokasi berada di Bazar Raya Jalan Taiping, Klang



07 MAC 2026“ PROJEK KUIH RAYA 2026 “Ini lah acara yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh pergerakan puteri UMNO bahagia...
09/03/2026

07 MAC 2026

“ PROJEK KUIH RAYA 2026 “

Ini lah acara yang dinanti-nantikan setiap tahun oleh pergerakan puteri UMNO bahagian Klang kerana kemanisan bersama-sama menyiapkan kuih raya sangatlah dirindui hanya setahun sekali dapat merasakan suasana begini.

Program ini dianjurkan oleh DKB Klang iaitu Datuk Hj. Zainuri Bin Dato’ Haji Zainal bersama ketua puteri bahagian Klang, Puan Nor Zakiah Binti Azmi.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih juga untuk semua yang terlibat dan ahli-ahli AJK dalam menjayakan program ini.

🩷

🌙✨ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ✨🌙Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut bulan yang penuh keberk...
19/02/2026

🌙✨ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK ✨🌙

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar keimanan, ketenangan jiwa dan keberkatan rezeki buat kita semua.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadah, bersedekah, menjaga tutur kata serta mengeratkan silaturrahim. Semoga setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.
Semoga Ramadhan ini lebih baik daripada sebelumnya 🤲🏻✨

Ikhlas daripada,
NOR ZAKIAH BINTI AZMI
EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
KETUA PUTERI UMNO BAHAGIAN KLANG SERTA JAWATANKUASA

Address

Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri UMNO Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share