MARDI Klang, Selangor

Call Directions Website

MARDI Klang, Selangor Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. Bhd.

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971. MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan. Majlis Sains MARDI p**a memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum. MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:

Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
- Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
- Perladangan campuran

Berkhidmat sebagai pusat pengump**an dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar

Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak

Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

Memberi geran untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian

Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani

Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil

Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan

Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani
Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-

Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. telah ditubuhkan dalam tahun 1992. Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersilan

Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006)

Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan

Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005

Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa. Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002

Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika

Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU

Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast

MARDITech Corporation Sdn. juga turut mengembangkan aktivitinya di peringkat antarabangsa

SALAM TAKZIAHPengurusan Tertinggi dan seluruh warga Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) meraka...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Jasa, khidmat bakti dan sumbangan Allahyarhamah kepada masyarakat serta negara akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga MARDI

Majlis Penutupan MAHA 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.MAHA 2026...
06/09/2026

Majlis Penutupan MAHA 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

MAHA 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah bersama-sama memeriahkan MAHA 2026.

🔥🍍 TINGGAL 2 HARI SAHAJA LAGI! 🍍🔥MAHA 2026 dah nak melabuhkan tirai! 😭Kalau belum singgah Laman Agro Madani, ini masa te...
05/09/2026

🔥🍍 TINGGAL 2 HARI SAHAJA LAGI! 🍍🔥

MAHA 2026 dah nak melabuhkan tirai! 😭
Kalau belum singgah Laman Agro Madani, ini masa terakhir! 👀

Lepas penat pusing MAHA, jom refresh & sejukkan tekak dengan pilihan buah-buahan segar kami! 😋👇

🥭 Buah Potong Mangga — RM5/cup
🍈 Buah Potong Ciku — RM5/cup
🍍 Jus Air Nanas — RM5/cup
🥭❄️ Ais Blended Mangga — RM6/cup
🍈❄️ Ais Blended Ciku — RM6/cup

✨ Segar
✨ Sejuk
✨ Manis semula jadi
✨ Memang ngam untuk cuaca panas! ☀️😎

📍 Laman Agro Madani, MAHA 2026
⏳ Tinggal 2 hari sahaja!

Jangan tunggu esok… datang hari ni, pilih yang korang s**a & layan kesegaran! 🤤🔥

MAHA nak habis dah… tapi kenangan rasa sedap tu biar kekal! ❤️

LAWATAN YAB DATO’ SERI MENTERI BESAR SELANGOR KE RERUAI MARDIYAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor b...
04/09/2026

LAWATAN YAB DATO’ SERI MENTERI BESAR SELANGOR KE RERUAI MARDI

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor berkesempatan mengunjungi reruai MARDI di Pavilion Negeri Selangor sempena MAHA 2026.

Lawatan ini mencerminkan sokongan terhadap usaha MARDI dalam memperkasa inovasi, teknologi serta pembangunan sektor agromakanan negara.

04/09/2026
04/09/2026

Jom serbu Laman Agro Madani di MAHA 2026 singgah dan rasai kesegaran buah ciku dari MARDI Kundang

CIKU MANIS, SEJUK & CONFIRM NAK LAGI! 😋Jalan-jalan MAHA, jangan lupa singgah rasa CIKU!Buah ciku yang manis dan lembut, ...
04/09/2026

CIKU MANIS, SEJUK & CONFIRM NAK LAGI! 😋

Jalan-jalan MAHA, jangan lupa singgah rasa CIKU!
Buah ciku yang manis dan lembut, siap dipotong untuk terus dinikmati. 🤎

BUAH CIKU POTONG — RM5/CUP
🥤 ICE BLENDED CIKU — RM6/CUP

Haus? 🥵
Penat pusing MAHA? 😮‍💨
Nak rasa sesuatu yang lain daripada biasa? 👀

Singgah MARDI Kundang!
Cuba sendiri keenakan ciku dalam versi buah potong atau ice blended. Memang ngam untuk cuaca panas! ☀️❄️

📍 MAHA 2026 – Laman Agro Madani
🌱 MARDI Kundang

Datang MAHA bukan sekadar tengok…
Jom RASA keistimewaan ciku!

RM5 dah boleh layan ciku. RM6 terus sejukkan tekak! 🔥



Selamat Bersara, Dato’ Dr. Haji Mohamad ZabawiSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Ha...
01/09/2026

Selamat Bersara, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI, atas 38 tahun penuh dedikasi, khidmat bakti dan sumbangan bermakna kepada MARDI serta pembangunan sektor agromakanan negara.

Segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang dicurahkan akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat seluruh warga MARDI.

Semoga Dato’ terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.

Selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa dan bakti.








sumber : FB MARDI

31/08/2026

Address

MARDI Klang
Klang
42450

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 17:00

Telephone

+60351661919

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Klang, Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share