Hospital Tengku Ampuan Rahimah

Call Directions Website

Hospital Tengku Ampuan Rahimah An Official page for Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Akaun ini merupakan laman facebook rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Sekiranya anda menjumpai sebarang laman facebook Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang lain itu adalah bukan laman facebook rasmi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Muhammad Yusof Sibert atas pelantikan sebagai Pengarah Hospita...
04/10/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Muhammad Yusof Sibert atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja HTAR

Seluruh Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengucapkan tahniah kepada YBrs. Dr. ...
04/10/2026

Seluruh Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mengucapkan tahniah kepada YBrs. Dr. Shahabuddin bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Perubatan I, HTAR atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Hospital Ampang mulai 5 Oktober 2026.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan atas segala jasa, dedikasi dan sumbangan berharga yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di HTAR.

Kami mendoakan agar YBrs. Dr. Shahabuddin bin Ibrahim sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.


πŸŽ€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐈𝐍𝐊 πŽπ‚π“πŽππ„π‘: π’π€π‘πˆππ†π€π πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€ & 𝐇𝐏𝐕 πŸŽ€β€‹"Early Detection Saves Lives""Pengesanan awal mampu menyelamatk...
03/10/2026

πŸŽ€ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐏𝐈𝐍𝐊 πŽπ‚π“πŽππ„π‘: π’π€π‘πˆππ†π€π πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€ & 𝐇𝐏𝐕 πŸŽ€

​"Early Detection Saves Lives"
"Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa"

β€‹πŸ“… Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Dewan Ilmiah, HTAR Klang

​Jom sertai kami dalam program kesedaran dan pemeriksaan kesihatan sempena bulan Pink October.

​Aktiviti & Perkhidmatan Disediakan:
🌸 Kesedaran Kesihatan Payudara
🌸 Saringan & Pendidikan HPV (Human Papillomavirus)
🌸 Pemeriksaan Kesihatan & Konsultasi
🌸 Sokongan Komuniti

β€‹πŸ’— Luangkan sedikit masa untuk kesihatan diri dan insan tersayang.

Jom hadir, ambil tahu dan lakukan saringan. Kerana pengesanan awal boleh membuat perbezaan.

Semua dijemput hadir!

πŸ₯ππ„ππ†πŠπ„π‹ π’π„πŒπ€πŠπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 πˆππƒπ”πŠ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„ππ†πŠπ” π€πŒππ”π€π π‘π€π‡πˆπŒπ€π‡ (𝐇𝐓𝐀𝐑), πŠπ‹π€ππ†πŸ₯πŸ“… Tarikh: 29 – 30 September 2026 (...
03/10/2026

πŸ₯ππ„ππ†πŠπ„π‹ π’π„πŒπ€πŠπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 πˆππƒπ”πŠ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„ππ†πŠπ” π€πŒππ”π€π π‘π€π‡πˆπŒπ€π‡ (𝐇𝐓𝐀𝐑), πŠπ‹π€ππ†πŸ₯

πŸ“… Tarikh: 29 – 30 September 2026 (Selasa & Rabu)
⏰ Masa: 8:00 pagi – 4:30 petang
🏒 Tempat: Kompleks Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Shah Alam

Unit Pembangunan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) telah menganjurkan Bengkel Semakan Pelan Induk Pembangunan HTAR bagi merancang dan menentukan hala tuju pembangunan fizikal serta perkhidmatan kesihatan hospital untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang (2030–2045).

Bengkel ini bertujuan memantapkan pemahaman mengenai peranan setiap jabatan/unit, memperincikan perancangan fasiliti mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat sentiasa berada pada tahap terbaik.

Bengkel ini melibatkan:
Pengurusan Tertinggi HTAR, Ketua-Ketua Jabatan/Unit, Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Moderator, Fasilitator & Urus Setia

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sumbangan idea bagi memacu kecemerlangan pembangunan HTAR demi kesejahteraan komuniti✨


02/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π‚π„π‘πƒπ€π’π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (π€πˆ) 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πˆπ“ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„ππ†πŠπ” π€πŒππ”π€π π‘π€π‡πˆπŒπ€π‡, πŠπ‹π€ππ†

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang melalui Unit Teknologi Maklumat telah menganjurkan Kursus Kecerdasan Buatan (AI) dan Kemahiran IT yang berlangsung dari 28 hingga 30 September 2026.

Penganjuran kursus ini merupakan sokongan padu jabatan terhadap strategi pemantapan bakat digital di bawah kerangka Malaysia Digital 2030 (MD2030) serta komitmen penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang melalui Rancangan Pembangunan Perkhidmatan Awam (RPSA) 2026-2030.

Program latihan berfasa selama tiga hari ini telah berjaya menghimpunkan seramai 65 orang peserta secara keseluruhan yang terdiri daripada pelbagai gred dan jabatan.

Semoga pendedahan dan kemahiran baharu yang diperolehi ini dapat melonjakkan lagi kecekapan serta produktiviti warga HTAR dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan arus era digitalisasi.

πŸ‘΄πŸ‘΅ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‘΅πŸ‘΄"Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni"   Pengurusan Tertinggi dan seluruh warg...
01/10/2026

πŸ‘΄πŸ‘΅ π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‘΅πŸ‘΄

"Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni"

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ingin mengucapkan Selamat Hari Warga Emas 2026 kepada semua warga emas di Malaysia, khususnya para pesakit, pengunjung, dan ahli keluarga.

Golongan warga emas merupakan tiang seri masyarakat yang kaya dengan pengalaman, ilmu, serta kasih sayang. Sumbangan, pengorbanan, dan jasa anda dalam membimbing generasi muda amat bernilai dan sentiasa dihargai.

Marilah kita bersama-sama memberikan penghormatan, kasih sayang, serta perhatian yang sewajarnya demi memastikan kesejahteraan, kesihatan, dan kebahagiaan warga emas kita sentiasa terpelihara.

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”: πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐍𝐀𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐁𝐔𝐀𝐓 π‘π€πŠπ˜π€π“ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Hospital Tengku Ampu...
01/10/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”: πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐍𝐀𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐁𝐔𝐀𝐓 π‘π€πŠπ˜π€π“ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menjunjung kasih atas kepemimpinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang senantiasa prihatin terhadap kesejahteraan, kesihatan dan keharmonian rakyat.

Kami di HTAR komited untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik demi menyokong aspirasi Selangor Sejahtera di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT senantiasa memberkati pemerintahan Tuanku.

π™ˆπ™šπ™’π™—π™šπ™‘π™ž π™—π™šπ™§π™–π™¨ π™™π™ž π™‹π™šπ™ π™–π™£ π™†π™‘π™–π™£π™œ,
π™Žπ™–π™£π™©π™ͺ𝙣 π™—π™šπ™§π™©π™šπ™™π™ͺ𝙝 π™™π™ž 𝙗𝙖𝙬𝙖𝙝 π™₯𝙀𝙝𝙀𝙣,
𝙅π™ͺπ™—π™‘π™ž π™‹π™šπ™§π™–π™  π™™π™žπ™§π™–π™žπ™ π™–π™£ π™™π™šπ™£π™œπ™–π™£ π™˜π™šπ™’π™šπ™§π™‘π™–π™£π™œ,
π˜Ώπ™–π™ͺ𝙑𝙖𝙩 𝙏π™ͺ𝙖𝙣𝙠π™ͺ π™ π™–π™’π™ž π™₯𝙀𝙝𝙀𝙣.

πŸŽ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŽ€Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menyo...
30/09/2026

πŸŽ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŽ€

Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menyokong penuh usaha meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dalam kalangan masyarakat.

Kanser payudara merupakan antara penyakit utama yang memberi kesan kepada wanita. Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa.

Justeru, marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala serta menyebarkan kesedaran kepada orang sekeliling.

πŸ’— "Bersatu Demi Wanita: Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa"

πŸ“’ ππŽπ“πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π π’πˆπ’π“π„πŒ ππ€π‘πŠπˆπ‘ π€π–π€πŒ ππ„π‘ππ€π˜π€π‘Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memaklumkan pelaksanaan Sistem Parki...
30/09/2026

πŸ“’ ππŽπ“πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π π’πˆπ’π“π„πŒ ππ€π‘πŠπˆπ‘ π€π–π€πŒ ππ„π‘ππ€π˜π€π‘

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memaklumkan pelaksanaan Sistem Parkir Awam Berbayar.

πŸ”Ή Zon Parkir Kakitangan HTAR:
Penggunaan pelekat khas kenderaan adalah diwajibkan.

πŸ”Ή Zon Parkir Awam:
Bayaran parkir adalah secara tanpa tunai (cashless).

🚫 Larangan meletakkan kenderaan di kawasan berisiko seperti:
β€’ Bahu jalan
β€’ Laluan kecemasan

πŸ“… Tarikh Berkuatkuasa: 𝟏 πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”

Marilah kita bersama-sama mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan dan kelancaran semua pihak.

Kerjasama anda amat dihargai.

πŸ§‘πŸ’Š πŒπˆππ†π†π” πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π’π€πŠπˆπ“ π’π„πƒπ”ππˆπ€ & π‡π€π‘πˆ π…π€π‘πŒπ€π’πˆ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ 𝐓𝐄𝐍...
29/09/2026

πŸ§‘πŸ’Š πŒπˆππ†π†π” πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π’π€πŠπˆπ“ π’π„πƒπ”ππˆπ€ & π‡π€π‘πˆ π…π€π‘πŒπ€π’πˆ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„ππ†πŠπ” π€πŒππ”π€π π‘π€π‡πˆπŒπ€π‡ (𝐇𝐓𝐀𝐑)

πŸ“… 21 – 25 September 2026

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) telah berjaya melaksanakan Minggu Kesedaran Sempena Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia & Hari Farmasi Sedunia 2026 yang berlangsung dari 21 hingga 25 September 2026.
Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti menarik, interaktif dan berinformasi telah dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penglibatan warga hospital, pesakit dan pengunjung.

Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah:
πŸ”Ή Majlis Pelancaran Minggu Kesedaran
πŸ”· Siri CME Kluster secara Online
πŸ”Ή Kuiz berkaitan keselamatan pesakit dan farmasi
πŸ”Ή Lawatan ke Booth Pendidikan bersama pengunjung dan warga HTAR
πŸ”Ή Treasure Hunt 3.0
πŸ”Ή Pertandingan Melukis
πŸ”Ή Majlis Penutupan dan Pelancaran Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia & Hari Farmasi Sedunia 2026
πŸ”· Penyampaian Sijil & Penghargaan kepada Penyelaras yang memberikan usaha berterusan dalam menjaga Keselamatan Pesakit di bawah naungan Malaysian Patient Safety Goals (MPSG 2.0):
🧑 Unit Kawalan Infeksi & Antibiotic (UKIA)
🧑 Jawatankuasa Safe Surgery Saves Lives (SSSL)
🧑 Pasukan Medication Safety
🧑 Pasukan Transfusion Safety
🧑 Jawatankuasa Fall Prevention & Intervention (FIT)
🧑 Unit Pengurusan Kualiti

Program ini menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan pesakit, di samping mengetengahkan peranan serta sumbangan warga farmasi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan.

Keselamatan pesakit merupakan tanggungjawab kita bersama. Melalui perkongsian ilmu, penglibatan aktif dan kerjasama semua pihak, kita dapat terus membudayakan amalan penjagaan yang selamat demi kesejahteraan pesakit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga HTAR, tetamu kehormat, pesakit, pengunjung serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Minggu Kesedaran ini.

🧑 "𝑺𝒂𝒇𝒆 π‘ͺ𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒐𝒓 π‘΅π’π’π’„π’π’Žπ’Žπ’–π’π’Šπ’„π’‚π’ƒπ’π’† π‘«π’Šπ’”π’†π’‚π’”π’†π’”"
πŸ“£β€œπ‘Ίπ’‚π’‡π’† π‘ͺ𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒐𝒓 π‘³π’Šπ’‡π’†β€

πŸ’Š β€œπ‘¬π’Žπ’‘π’π’˜π’†π’“π’Šπ’π’ˆ π‘·π’‰π’‚π’“π’Žπ’‚π’„π’Šπ’”π’•π’” 𝒇𝒐𝒓 π‘―π’†π’‚π’π’•π’‰π’Šπ’†π’“ 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔”

Address

Jalan LANGAT
Klang
41200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tengku Ampuan Rahimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share