Penyelaras DUN Sg Kandis

Directions Website

Penyelaras DUN Sg Kandis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penyelaras DUN Sg Kandis, Social service, No. 56, Jalan Tun Drive Ismail, Taman Sri Andalas, Klang.

๐๐€๐”๐‚๐€๐‘ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐…๐€๐’๐€ 3 ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Ahli Skim Mesra boleh menuntut baucar fasa 3 untuk kelahiran bulan JULAI / OGOS / SEPTEMBER...
22/09/2026

๐๐€๐”๐‚๐€๐‘ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐…๐€๐’๐€ 3 ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Ahli Skim Mesra boleh menuntut baucar fasa 3 untuk kelahiran bulan JULAI / OGOS / SEPTEMBER .

Pastikan tuntutan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan terlepas peluang.
โœ… Semak kelayakan di https://smue.yawas.my/semakan/
โœ… Semak fasa kelahiran anda
โœ… Pastikan berdaftar sebagai pemilih DUN
๐ŸŒ Semakan di spr.gov.my
๐Ÿ“ฒ Info lanjut: mesra.yawas.com.my
Tertakluk kepada terma & syarat


Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS



22/09/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor telah membuka tawaran biasiswa kepada Orang Asli Negeri Selangor bagi tajaan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.

Untuk makluman, permohonan ini telah dibuka bermula 22 September 2026 sehingga 12 Oktober 2026. Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://danapendidikan.selangor.gov.my/ di bawah program Biasiswa Khas Sagong Tasi (IPT) Negeri Selangor Tahun 2026 (Orang Asli).

Berita baik untuk warga emas dan OKU di Selangor. Kalau ada mak ayah, ahli keluarga atau kenalan yang memenuhi syarat, b...
21/09/2026

Berita baik untuk warga emas dan OKU di Selangor.

Kalau ada mak ayah, ahli keluarga atau kenalan yang memenuhi syarat, boleh maklumkan kepada mereka bahawa permohonan baharu Skim Mesra Selangor Tahun 2026 kini dibuka.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membuka permohonan Skim Mesra bermula 17 September 2026 (Khamis) pada jam 8:00 pagi.

Di mana, syarat kelayakan boleh dirujuk pada poster.
Yang diluluskan akan mula menerima manfaat baucar Jom Shopping pada tahun 2027.

๐Ÿ“ฒ Permohonan dibuat secara dalam talian melalui kod QR pada poster.

Kalau ada yang layak, jangan lupa kongsikan maklumat ini. Mana tahu, perkongsian kecil kita boleh bantu seseorang mendapatkan manfaat yang disediakan.

๐Ÿ“ž 011-5650 1160 (WhatsApp Chatbox)๏ฟฝ๐Ÿ“ง [email protected]

NOSTALGIA ZAMAN SILAM SEMARAKKAN HARI MALAYSIA & HARI KEBANGSAAN Penduduk Taman Bukit Jati, Kampung Jawa menyambut Hari ...
19/09/2026

NOSTALGIA ZAMAN SILAM SEMARAKKAN HARI MALAYSIA & HARI KEBANGSAAN

Penduduk Taman Bukit Jati, Kampung Jawa menyambut Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan dengan penuh meriah menerusi tema nostalgia zaman silam.

Suasana cukup menarik apabila warga komuniti mengimbau kembali kenangan dan kehidupan masyarakat pada zaman dahulu, sambil mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Tahniah dan syabas kepada Persatuan Penduduk Taman Bukit Jati di bawah pimpinan Tuan Haji Aminuddin yang sentiasa aktif menggerakkan pelbagai aktiviti bersama komuniti.

Semoga semangat perpaduan, kejiranan dan kecintaan kepada negara terus subur dalam kalangan masyarakat DUN Sungai Kandis.

Selamat Hari Malaysia!

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ ILMU DARIPADA GURU WAJAR DIHORMATIโ€œGuru yang mengajar kita ilmu wajar dihormati, walaupun hanya mengajar kita cara m...
18/09/2026

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ ILMU DARIPADA GURU WAJAR DIHORMATI

โ€œGuru yang mengajar kita ilmu wajar dihormati, walaupun hanya mengajar kita cara menggoreng ayam.โ€

Pagi ini, PWB Sungai Kandis di bawah pimpinan Puan Azie Azra sekali lagi menganjurkan Kelas Bimbingan Masak-Masak bersama kaum ibu. Kali ini, program berlangsung di Kampung Jalan Kebun.

Program sebegini bukan sahaja berkongsi ilmu dan kemahiran memasak, malah menjadi ruang untuk kaum ibu berkumpul, bertukar pengalaman dan mengeratkan silaturahim.

Terima kasih PWB Sungai Kandis dan semua peserta yang terus aktif menjayakan program kemasyarakatan seperti ini. Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada keluarga dan komuniti.

Daripada komuniti, untuk komuniti. โค๏ธ

โ€” Ustaz Zawawi Mughni
Penyelaras DUN Sungai Kandis

JUALAN EHSAN RAHMAH 2026Siri Jelajah Jualan Ehsan Rahmah di DUN Sungai Kandis kembali lagi !!!๐Ÿ“† Tarikh : 19 September 20...
17/09/2026

JUALAN EHSAN RAHMAH 2026

Siri Jelajah Jualan Ehsan Rahmah di DUN Sungai Kandis kembali lagi !!!

๐Ÿ“† Tarikh : 19 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa : 9.00pg - 12.00tgh
๐Ÿ“ Tempat : Surau Ar Raudhah Botanik (https://maps.app.goo.gl/ZX91EPxe3MhGic1Z8)

Penduduk sekitar dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi mendapatkan harga murah bagi barangan yang terpilih. Slot adalah terhad dan hanya untuk pengunjung yang terawal sahaja.

Ustaz Zawawi Mughni
Penyelaras DUN Sungai Kandis




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sambutan Hari Malaysia & Hari Kebangsaan Taman Sri Andalas  Meriah! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan Tama...
17/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Sambutan Hari Malaysia & Hari Kebangsaan Taman Sri Andalas Meriah! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan Taman Sri Andalas yang dikenali sebagai Citra Malaysia berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kebersamaan.

Program ini digerakkan oleh Tuan Haji Tukimin bersama lima orang Pengerusi KRT Seri Andalas yang berganding bahu menjayakan sambutan untuk masyarakat setempat.

Lebih 500 peserta terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak hadir memeriahkan program ini.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat. Semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara terus subur dalam kalangan masyarakat Taman Sri Andalas. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐Ÿ“ PERTANDINGAN PING PONG VETERAN MERIAHKAN SURAU ISLAMIYYAH TAMAN BUKIT JATIMeriah suasana di Anjung Surau Islamiyyah Ta...
16/09/2026

๐Ÿ“ PERTANDINGAN PING PONG VETERAN MERIAHKAN SURAU ISLAMIYYAH TAMAN BUKIT JATI

Meriah suasana di Anjung Surau Islamiyyah Taman Bukit Jati, Kg Jawa apabila surau menganjurkan Pertandingan Ping Pong Veteran yang menghimpunkan warga veteran serta anak kariah dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Saya bagi pihak Pejabat Penyelaras DUN Sungai Kandis turut menyumbangkan sebuah meja ping pong untuk kegunaan anak-anak kariah di sini.

Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya sebagai aktiviti riadah, mengeratkan silaturahim serta menceriakan lagi kehidupan komuniti setempat.

Tahniah kepada pihak Surau Islamiyyah Taman Bukit Jati atas penganjuran program yang cukup menarik ini. ๐Ÿ“๐Ÿค

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—  ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) m...
15/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—  ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) membuka permohonan baharu Skim Mesra bagi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

๐Ÿ”ด ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ
โœ… Warganegara Malaysia.
โœ… Berumur 60 tahun dan ke atas.
โœ… Pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.

๐Ÿ”ต ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—” (๐—ข๐—ž๐—จ)
โœ… Warganegara Malaysia.
โœ… Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
โœ… Tiada had umur.
โœ… Pemohon berumur 19 tahun dan ke atas: Mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.
โœ… Pemohon berumur 18 tahun dan ke bawah: Ibu bapa atau penjaga mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.

๐Ÿ“Œ ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก
Permohonan dibuka pada ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐˜€) ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—น ๐Ÿด.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ sehingga kuota 50,000 pendaftaran dipenuhi atau 31 Disember 2026 (Khamis), yang mana terdahulu.
๐ŸŽ Pemohon yang diluluskan akan mula menerima manfaat baucar Jom Shopping pada tahun 2027.

๐Ÿ“ฒ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก
Permohonan adalah secara dalam talian sahaja. Sila imbas kod QR pada poster dan pastikan semua maklumat serta dokumen yang diperlukan dikemukakan dengan lengkap.

๐Ÿ“ž Pertanyaan: 011-5650 1160 (WhatsApp)
๐Ÿ“ง E-mel: [email protected]
Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada perpaduan, keharmonian da...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Bersempena tema โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, marilah kita terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati dan bersama-sama membina masa depan yang lebih sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh masyarakat DUN Sungai Kandis atas sokongan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang sentiasa diberikan. Semoga hubungan erat ini terus menjadi kekuatan dalam membina komuniti yang harmoni, prihatin dan sejahtera.

Marilah kita terus bergerak bersama, menjaga keharmonian dan memperkukuh semangat kekeluargaan demi Sungai Kandis dan Malaysia yang lebih gemilang.

Bersama, Bersatu, Maju.

Selamat Hari Malaysia!

Ustaz Zawawi Mughni
Penyelaras DUN Sungai Kandis

Address

No. 56, Jalan Tun Drive Ismail, Taman Sri Andalas
Klang
41200

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:30
Tuesday 10:00 - 16:30
Wednesday 10:00 - 16:30
Thursday 10:00 - 16:30
Friday 10:00 - 00:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyelaras DUN Sg Kandis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category