Bersatu Bahagian Kluang P152

Directions Website

Bersatu Bahagian Kluang P152 Laman Media Sosial Rasmi bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kluang.Segala maklumat serta info terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

UCAPAN TAKZIAH DARIPADA KELUARGA BESAR BERSATU BAHAGIAN KLUANGإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ(Innalillahi w...
28/09/2026

UCAPAN TAKZIAH DARIPADA KELUARGA BESAR BERSATU BAHAGIAN KLUANG

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Innalillahi wa inna ilaihi raji'un)

Seluruh kepimpinan, ahli, dan keluarga besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kluang ingin merakamkan ucapan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta yang amat disayangi, Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Binti Mohamad Ali.
Pemergian Allahyarhamah bukan sahaja satu kehilangan yang amat besar bagi Tun sekeluarga, malah merupakan kehilangan sebutir permata negara yang banyak menabur bakti kepada rakyat Malaysia.
Kami mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, merahmati rohnya, dan menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh, serta dikurniakan ganjaran syurga-Nya.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan.

سُورَةُ الْفَاتِحَة
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾


20/09/2026

19 September 2026 | 10 Tahun Perjalanan BERSATU

Sepuluh tahun kita membina perjuangan BERSATU.
Sedekad menjunjung prinsip dan membawa cita-cita perjuangan.

Kita mungkin muda dari segi usia dan pernah kecil pada satu ketika, tetapi jangan pernah meremehkan atau mengecilkan cita-cita perjuangan BERSATU.

Masa BERSATU akan tiba, Insya-Allah.

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah berlangsung di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya dan disempurnakan oleh Presiden BERSATU, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama barisan kepimpinan utama parti serta pimpinan BERSATU dari pelbagai peringkat.

10 tahun bukan sekadar angka, tetapi sebuah perjalanan yang penuh dengan pengalaman, cabaran dan pengorbanan.

Selamat Ulang Tahun Ke-10
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

2016 — 2026 | 10 Tahun Perjalanan

BERSATU | BERAMANAH | BERMARUAH



BERSATU bermula sebagai parti pembangkang.Perjuangan menentang kleptokrasi yang terkait dengan skandal kewangan terbesar...
18/07/2026

BERSATU bermula sebagai parti pembangkang.

Perjuangan menentang kleptokrasi yang terkait dengan skandal kewangan terbesar dunia iaitu 1MDB membawa kepada penubuhan BERSATU.
Ini asas kewujudan BERSATU.
Asas ini jangan dilupakan.

Kedudukan BERSATU hari ini adalah sebagai parti pembangkang seperti di peringkat awal penubuhannya.
Malah, keadaannya lebih mencabar kerana BERSATU adalah satu-satunya parti pembangkang tunggal dalam Parlimen Malaysia.

Kenapa saya kata tunggal?
Kerana Pakatan Harapan adalah kerajaan di Persekutuan dan di beberapa negeri.
Barisan Nasional juga adalah kerajaan di Persekutuan dan di beberapa negeri.
Malah, apabila Perikatan Nasional mengadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional, Perikatan Nasional juga secara tidak langsung telah menjadi parti yang menyokong parti kerajaan.
Mampukah BERSATU bertahan dalam menghadapi cabaran dan tentangan daripada parti-parti kerajaan dan pro-kerajaan?

Bagi saya isunya bukan mampu bertahan, tetapi mesti bertahan.
Kerana kini ada satu kelompangan yang besar dalam politik Malaysia.
Tiada lagi parti yang benar-benar berwibawa untuk melakukan semak dan imbang terhadap dasar-dasar kerajaan.
Tiada lagi parti yang benar-benar berwibawa untuk membawa suara rakyat dalam keadaan kehidupan rakyat semakin tertekan.

Barisan Nasional boleh bercakap berdegar-degar inilah masanya untuk membenamkan Pakatan Harapan serta disambut dengan senyum simpul oleh Perikatan Nasional-PAS, tetapi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak boleh lari walau seinci pun daripada tanggungjawab kolektif (collective responsibility) melaksanakan dasar-dasar yang membebankan rakyat seperti kenaikan harga diesel dan petrol, kegagalan menangani isu kos sara hidup rakyat dengan berkesan, kegagalan melaksanakan reformasi institusi dan banyak lagi dasar-dasar yang membebankan rakyat dan perniagaan.
Khususnya kepada UMNO dan Barisan Nasional, jangan tutup segala kelemahan ini dengan menghempap segala kesalahan ke atas bahu orang lain sambil mengaut nikmat sebagai kerajaan dan akhirnya berselindung di bawah selimut Penyatuan Ummah dan Penyatuan Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu.
Percayalah, ini hanyalah sandiwara untuk mengaburi mata orang Melayu dan rakyat demi mendapatkan kuasa.
BERSATU bebas daripada semua sandiwara ini.

BERSATU bertekad untuk istiqamah dengan matlamat dan dasar perjuangannya untuk membela rakyat dan memajukan negara.
BERSATU walaupun berhadapan dengan cabaran dan tentangan yang bukan sedikit, jiwanya mesti besar.

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

BERSATU UNTUK MALAYSIA!

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
18 Julai 2026

10/07/2026

Jom balik mengundi.

Bersatu Demi Johor.

Undi Perikatan Nasional.




24/06/2026

Majlis Pengumuman
Calon - Calon BERSATU Pilihanraya Negeri Johor - 16

Tarikh : 25 JUN 2026 (KHAMIS).
Masa : 8 Malam.
Tempat : Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Bahagian PAGOH.

https://maps.app.goo.gl/eCUS3Cx5tt4wBru19

Semua dijemput hadir.


22/06/2026

21 JUN 2026

Pelancaran Jentera Pilihan Raya BERSATU Negeri Johor PRN 2026

Jangan Lekeh Kami, Jangan Bodohkan Kami, Jangan Pijak Kami - Ingatan Muhyiddin!

Kita Tuan Rumah, Sana Sini Kita Buat Elok, Nak Kita (BERSATU) Berambus? Podahhhhhhhh

Muhyiddin Persoal Onn Hafiz, Masalah Air Di Johor Tak Selesai Selesai

"Jangan perlekeh kami, jangan perbodoh kami, jangan hina kami, jangan main main dengan kami." -Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Kita cari yang baru (gabungan baharu), Bersatu tidak akan mati, sebagai sebuah parti kita akan abadi, jadi parti yang lebih besar." -Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar." (Surah Al-Ahzab, ayat 70)
Islam juga mengajar supaya dilakukan dengan hikmah, adab, dan kelembutan, bukan untuk mengaibkan atau menyakiti orang lain tanpa keperluan.

"Berkatalah benar walaupun pahit."

BERSATU | BERAMANAH | BERMARUAH

Bersatu Negeri Johor
Muhyiddin Yassin
Tun Faisal Ismail Aziz





Hebahan & Jemputan PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR BERSATU-PERIKATAN NASIONAL. Seluruh KEPIMPINAN NEGERI, B...
20/06/2026

Hebahan & Jemputan

PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR BERSATU-PERIKATAN NASIONAL.

Seluruh KEPIMPINAN NEGERI, BAHAGIAN, CAWANGAN, AHLI-AHLI, PARA AKTIVIS & PENYOKONG PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU) diminta hadir bersama-sama ke Pelancaran Jentera Pilihan Raya BERSATU Negeri Johor yang akan diadakan pada hari ESOK sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Jun 2026
Waktu : 8 Malam
Tempat : SLF BALLROOM, Pusat Perniagaan Bakri, Muar.

https://maps.app.goo.gl/bNs5LW5v2gzEAjxy5

Pakaian : Baju Korporat Biru PN / Baju Berwarna Biru

BERSATU | BERAMANAH | BERMARUAH





MAKLUMAN RASMI DARIPADA PENERANGAN BERSATU NEGERI JOHOR.

TERIMA KASIH.

Meh kita..
18/06/2026

Meh kita..

BERSATU DEMI JOHOR

Ayuh bangkit bersama, satukan kekuatan dan gerakkan jentera menuju PRN Negeri Johor 2026!

Dengan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur, kita melangkah demi rakyat dan masa depan Johor yang lebih gemilang.

21 Jun 2026 | 8.00 Malam
SLF Ballroom, Bakri, Muar
https://share.google/0XrqleabNw0m1OYYm

Salam Aidil Adha untuk semua.."Labbaykallahumma labbayk, labbayka laa syariika laka labbayk, innal hamda wan ni'mata lak...
26/05/2026

Salam Aidil Adha untuk semua..

"Labbaykallahumma labbayk, labbayka laa syariika laka labbayk, innal hamda wan ni'mata laka wal mulk, laa syariika lak..."

"Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Aku datang memenuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat, dan pemerintahan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu."

Haji Mohd Talib MS
Ketua Bersatu Bahagian Kluang P152

SALAM TAKZIAHبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَالرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم مَالِكِ ي...
23/05/2026

SALAM TAKZIAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين

Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Kluang merakamkan ucapan salam takziah kepada Saudara Mohd Rashdan Mohd Nor, Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Kluang atas pemergian bonda tercinta, Allahyarhamah Hajah Basiyah Binti Othman yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.39 petang 23 Mei 2026.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan serta kekuatan menghadapi ujian ini.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya, muliakan tempat tinggalnya, luaskan kuburnya.”

Al-Fatihah.
Ikhlas daripada:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kluang

Address

Jalan Delima 40, Taman Delima
Kluang
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Bahagian Kluang P152 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share