Pejabat Daerah Kluang

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Daerah Kluang πŠπ‹π”π€ππ† πŒπ€πŠπŒπ”π‘ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 2030 Pejabat Daerah Kluang (PDK) terletak di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Pejabat Kerajaan 1, 86000 Kluang, Johor.

Kawasan pentadbirannya meliputi 8 buah mukim. Pejabat Daerah Kluang adalah merupakan agensi kerajaan utama di daerah Kluang yang bertindak sebagai perancang dan penyelaras pembangunan daerah. Dari segi sosial, organisasi ini juga memainkan peranan sebagai agen kepada perubahan, penyambungan kepada lidah kerajaan dan pendokong kepada sistem pentadbiran berdasarkan budaya kerja yang cemerlang dan positif. Kluang merupakan nama sebuah pekan dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 110km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 250,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 140,000 penduduk. Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu β€˜keluang’, yang bermaksud sejenis musang terbang ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu, tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya. Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta’zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalanraya dan keretapi. Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama yang lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama. Pejabat Daerah Kluang merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam pembangunan Kluang dan sekaligus pusat bagi perubahan, cabaran dan pengaruh dalam bentuk sosial dan budaya. Di samping itu Pejabat Daerah Kluang juga berperanan sebagai institusi sokongan pembangunan di peringkat akar umbi di setiap kawasan di daerah Kluang. Berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia, Kerajaan Negeri Johor telah mengasingkan pentadbiran daerah dan pentadbiran tanah melalui pembentukan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah. Walau bagaimanapun Pejabat Daerah merupakan pentadbiran utama di peringkat daerah.

09/10/2026

Kesemua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor masih merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.








09/10/2026

Kesemua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor masih merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.








08/10/2026

Kesemua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor masih merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini.








08/10/2026
08/10/2026
ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 πˆπ’π“πˆπ’ππ€ (π’πŽπ‹π€π“ πŒπ„πŒπŽπ‡πŽπ 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍) πƒπˆ π„πŒππ€ππ†π€π πŒπ€π‚π‡π€πEMPANGAN MACHAP | 08 OKTOBER 2026 (KHAMIS)Satu Progr...
08/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 πˆπ’π“πˆπ’ππ€ (π’πŽπ‹π€π“ πŒπ„πŒπŽπ‡πŽπ 𝐇𝐔𝐉𝐀𝐍) πƒπˆ π„πŒππ€ππ†π€π πŒπ€π‚π‡π€π

EMPANGAN MACHAP | 08 OKTOBER 2026 (KHAMIS)

Satu Program Solat Sunat Istisqa’ (Solat Memohon Hujan) telah diadakan di kawasan Empangan Machap sebagai usaha bersama memohon keampunan, rahmat serta limpahan rezeki daripada Allah SWT agar dikurniakan hujan yang bermanfaat dan mencukupi kepada seluruh masyarakat.

Program ini turut menjadi ruang untuk bersama-sama memperbanyakkan doa, istighfar dan memohon kepada Allah SWT agar segala urusan berkaitan sumber air dipermudahkan serta bumi kembali menerima limpahan hujan yang membawa rahmat dan keberkatan.

Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Madrasah Tahfiz Al Faeizin dan Madrasah Tahfiz Manar El-Hikmah selain Pejabat Kadi Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Kadi Daerah Pontian, Ranhill SAJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Penghulu Kanan serta para Penghulu Mukim dan juga Pejabat DUN Machap

Kehadiran pelbagai agensi, institusi pendidikan agama dan pemimpin masyarakat ini mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan semua pihak dalam menghadapi situasi kekurangan sumber air.

Semoga segala doa dan ibadah yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT dan semoga dikurniakan hujan yang membawa rahmat, keberkatan, menyuburkan bumi serta memberi manfaat kepada seluruh makhluk.

β€œYa Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat, menyuburkan bumi dan menjadi rahmat buat sekalian makhluk.”

"β„™β„π•†π”½π”Όπ•Šπ•€π•†β„•π”Έπ•ƒ, π”Ήπ”Όβ„π”Όπ•π•†π•ƒπ•Œπ•Šπ•€ 𝔻𝕀𝔾𝕀𝕋𝔸𝕃 𝔻𝔸ℕ π•„π”Όβ„•π•Šπ”Όπ•π”Έβ„π•‹π”Όβ„π”Έπ•‚π”Έβ„• π•‚π•ƒπ•Œπ”Έβ„•π”Ύ"






ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 202608 Oktober 2026 | Khamis | Surau Perumahan Awam Seri Machap YBhg Puan Hajah Azurawati Bi...
07/10/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ 𝐒𝐔𝐁𝐔𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2026

08 Oktober 2026 | Khamis | Surau Perumahan Awam Seri Machap

YBhg Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang bersama Ketua-Ketua Jabatan Daerah telah hadir bersama-sama ke Program Semarak Subuh minggu ke2 bulan disember yang berlangsung di Surau Perumahan Awam Machap, Kampung Machap hari ini.

Majlis dimulakan dengan Solat Subuh Berjemaah dan bacaan Surah Al-Kahfi serta Tadabbur ringkas yang disampaikan oleh Imam Daerah Kluang

Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, malah turut menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga solat berjemaah serta menjadikan masjid sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan secara berterusan dan menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang lebih dekat dengan masjid, kukuh nilai keagamaannya serta erat hubungan sesama komuniti.

Turut hadir sama iaitu Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Daerah Kluang, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Daerah, Pejabat DUN Machap, Ketua Kampung Daerah dan Kariah Surau serta penduduk flat bandar kluang tersebut.

"β„™β„π•†π”½π”Όπ•Šπ•€π•†β„•π”Έπ•ƒ, π”Ήπ”Όβ„π”Όπ•π•†π•ƒπ•Œπ•Šπ•€ 𝔻𝕀𝔾𝕀𝕋𝔸𝕃 𝔻𝔸ℕ π•„π”Όβ„•π•Šπ”Όπ•π”Έβ„π•‹π”Όβ„π”Έπ•‚π”Έβ„• π•‚π•ƒπ•Œπ”Έβ„•π”Ύ"


Address

Kluang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6077721964

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Kluang:

Share