Pejabat Tanah Kluang

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Tanah Kluang A New Of Us. Progresif, Kreatif dan Berintegriti

17/10/2026

– Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang menitikberatkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, Kerajaan Negeri memutuskan untuk melanjutkan penutupan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari lagi, bermul...

📖 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗝𝗪𝗜𝗗 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚Alhamdulillah, warga kerja Pejabat Tanah Daerah Kluang ber...
16/10/2026

📖 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗝𝗪𝗜𝗗 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚

Alhamdulillah, warga kerja Pejabat Tanah Daerah Kluang berpeluang mengikuti Kelas Tajwid sebagai salah satu usaha untuk memperkukuh ilmu agama, memperbaiki bacaan al-Quran serta meningkatkan kefahaman tentang hukum tajwid yang betul.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menambah ilmu pengetahuan, malah turut menyemai kecintaan terhadap al-Quran dan membentuk nilai kerohanian dalam kalangan warga kerja.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi asbab memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT. Mudah-mudahan usaha murni ini terus menyuburkan budaya menuntut ilmu dan membina warga kerja yang seimbang dari segi profesionalisme serta kerohanian.


📢 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲𝘛𝘢𝘳𝘪𝘬𝘩 : 14 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2026𝘛𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 : 𝘗𝘦𝘫𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘛𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨Peja...
16/10/2026

📢 𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝘛𝘢𝘳𝘪𝘬𝘩 : 14 𝘖𝘬𝘵𝘰𝘣𝘦𝘳 2026
𝘛𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 : 𝘗𝘦𝘫𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘛𝘢𝘯𝘢𝘩 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨

Pejabat Tanah Daerah Kluang telah mengambil bahagian dalam Pakej Pemeriksaan Asas Penjawat Awam Negeri Johor Tahun 2026 dengan kerjasama KPJ Healthcare, sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan penjagaan kesihatan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan dalam kalangan penjawat awam.

Program ini memberi peluang kepada kakitangan untuk mengetahui tahap kesihatan masing-masing serta mengambil langkah awal dalam menjaga kesejahteraan diri. Pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting bagi membantu mengesan risiko penyakit lebih awal dan menyokong amalan gaya hidup yang lebih sihat.

Kesihatan yang baik merupakan aset penting dalam memastikan setiap warga kerja sentiasa cergas, produktif dan berupaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Semoga inisiatif ini dapat memupuk budaya prihatin terhadap kesihatan dalam kalangan warga kerja Pejabat Tanah Daerah Kluang, selaras dengan usaha melahirkan penjawat awam yang sihat, sejahtera dan berintegriti.


16/10/2026
12/10/2026

  – Kerajaan Johor akan menggerakkan pelaksanaan solat hajat di semua masjid dan surau di seluruh negeri ini bermula 12 Oktober 2026 sehingga keadaan jerebu kembali pulih, susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang kini berada pada tahap tidak sihat dan membimbangkan.   Sola...

11/10/2026

Kesemua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor masih merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini.








11/10/2026

JOHOR LANJUT PENUTUPAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN HINGGA 16 OKTOBER INI

– Semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Negeri Johor akan terus ditutup selama lima hari, bermula 12 hingga 16 Oktober ini, susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan terus terpelihara.

Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat dengan menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Bangsa Johor, khususnya murid serta warga pendidikan.

Pelanjutan penutupan berkenaan mengambil kira jangkaan pergerakan angin terkini dari Kalimantan, Indonesia, pada 13 hingga 15 Oktober ini, risiko peningkatan kepekatan partikel halus serta keadaan atmosfera yang boleh menyebabkan jerebu berlarutan.

Selain itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada sekitar 170 hingga 180 tanpa perubahan ketara turut menunjukkan bahawa kualiti udara masih berada pada tahap tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan.

Sepanjang tempoh penutupan sekolah dan institusi pendidikan ini, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian, manakala pentaksiran dan penilaian akademik di sekolah terlibat akan ditangguhkan serta dijadualkan semula mengikut ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan pihak berkuasa pendidikan berkaitan.

Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan IPU bagi menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan keadaan kualiti udara serta penilaian keselamatan dan kesihatan semasa.

Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar anak-anak, memastikan pengambilan air yang mencukupi serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak atau kesukaran bernafas.

Terdahulu, YB Dr. Muhammad Naqib bin Md Ghazali (Dr. Naqib Ghazali), Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, mengumumkan pelanjutan penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor selama lima hari susulan kemerosotan kualiti udara menerusi kenyataan media hari ini.







09/10/2026

Kesemua lapan stesen pemantauan kualiti udara di Johor masih merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.








07/10/2026

  – Sebanyak 578 sekolah agama di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara.   Jumlah itu melibatkan 575 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) serta tiga Sekolah Menengah Agama (S...

07/10/2026

  – Semua sekolah di seluruh Negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara demi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus menjadi keutamaan.   Keputusan Kerajaan Negeri ini dibuat ...

Address

Jalan Pejabat Kerajaan 1
Kluang
86000

Opening Hours

Tuesday 08:30 - 14:00
Wednesday 08:00 - 04:30
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6077723313

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Kluang:

Share