Majlis Belia Daerah Kluang

Call Directions

Majlis Belia Daerah Kluang Official Facebook Account for Majlis Belia Daerah Kluang

05/10/2026

KENYATAAN MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR

TRAGEDI YONG PENG: KESELAMATAN ANAK MUDA BUKAN PERKARA YANG BOLEH DIKOMPROMI

Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menzahirkan rasa amat dukacita atas pemergian Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16 tahun, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat.

MBNJ merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Tiada kata yang mampu menggambarkan kehilangan seorang anak yang masih mempunyai perjalanan hidup yang begitu panjang di hadapannya.

Perkembangan terkini bahawa seorang remaja telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan menjadikan perkara ini sesuatu yang amat serius. Polis juga memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan bagi menentukan motif dan kejadian sebenar.

MBNJ menghormati sepenuhnya proses undang-undang dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Namun, MBNJ berpandangan bahawa persoalan keselamatan anak muda tidak boleh berhenti setakat menunggu hasil siasatan.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita belajar, membesar dan membina masa depan.

Apabila seorang pelajar kehilangan nyawa di dalam kawasan sekolah, kita perlu berani bertanya:

Adakah sistem keselamatan dan pengawasan sedia ada benar-benar mencukupi?

Adakah setiap ruang dan aktiviti di sekolah mempunyai tahap pemantauan yang sewajarnya?

Dan apakah langkah yang perlu diperbaiki supaya perkara seperti ini tidak berulang?

Persoalan ini bukan untuk mencari kesalahan sebelum siasatan selesai.

Persoalan ini adalah tentang tanggungjawab kita untuk belajar daripada sebuah tragedi.

MBNJ menyeru pihak berkuasa meneruskan siasatan secara menyeluruh, telus dan profesional serta memastikan segala tindakan yang sewajarnya diambil berdasarkan undang-undang.

Pada masa yang sama, MBNJ menyeru pihak pendidikan untuk memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan fizikal, pengawasan pelajar, pengurusan aktiviti selepas waktu persekolahan serta mekanisme tindak balas kecemasan di sekolah.

Jangan tunggu tragedi seterusnya untuk kita bertindak.

MBNJ juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan identiti, gambar, video atau dakwaan yang belum disahkan, khususnya melibatkan pelajar bawah umur. Berikan ruang kepada keluarga Allahyarhamah dan jangan ganggu proses siasatan.

Sebagai badan induk yang menghimpunkan suara dan gerakan belia Johor, MBNJ akan terus membawa suara anak muda dalam perkara yang menyentuh keselamatan, kebajikan, maruah dan masa depan mereka.

Anak muda Johor berhak belajar dalam persekitaran yang selamat.

Keselamatan mereka bukan pilihan.

Ia tanggungjawab kita bersama.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Irene Sofiya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

MAJLIS BELIA NEGERI JOHOR
4 Oktober 2026

HSN RUN @ TMIYC RENGGAM 2026 Kepada peserta yang telah berjaya membuat pendaftaran, anda dijemput untuk menyertai WhatsA...
29/09/2026

HSN RUN @ TMIYC RENGGAM 2026

Kepada peserta yang telah berjaya membuat pendaftaran, anda dijemput untuk menyertai WhatsApp Group Rasmi HSN Run @ TMIYC Renggam bagi mendapatkan info, hebahan dan maklumat terkini berkaitan program.

Segala makluman berkaitan race kit, masa, lokasi, perjalanan acara dan info penting akan dikongsikan melalui group ini.

πŸ‘‰πŸ» Sertai WhatsApp Group di sini:
https://chat.whatsapp.com/BrcyTDeilRI8AodsNmSwas?mode=gi_t

Jumpa anda di HSN Run @ TMIYC Renggam!

HSN RUN @ TMIYC RENGGAM 2026

Kepada peserta yang telah berjaya membuat pendaftaran, anda dijemput untuk menyertai WhatsApp Group Rasmi HSN Run @ TMIYC Renggam bagi mendapatkan info, hebahan dan maklumat terkini berkaitan program.

Segala makluman berkaitan race kit, masa, lokasi, perjalanan acara dan info penting akan dikongsikan melalui group ini.

πŸ‘‰πŸ» Sertai WhatsApp Group di sini:
https://chat.whatsapp.com/BrcyTDeilRI8AodsNmSwas?mode=gi_t

Jumpa anda di HSN Run @ TMIYC Renggam!

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kluang 2026||-  03 September 2026-||Majlis Perundingan Belia Neg...
27/09/2026

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kluang 2026

||- 03 September 2026-||

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kota Tinggi 2026 telah berlangsung bertempat di Bangunan Perseketuan Kluang.

Sidang MPBN ini telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang. Turut bersama Puan Nia Farhana Binti Izaddin, Pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kluang turut hadir,Ketua - Ketua Jabatan dan seluruh barisan Exco Majlis Belia Daerah Kluang, pegawai-pegawai berkaitan serta wakil-wakil badan gabungan belia dan Ahli Dewan Muda Johor.

Majlis Perundingan Belia Negara adalah satu platform penting bagi membincangkan pelbagai isu pembangunan belia di peringkat daerah. Antara objektif utamanya adalah untuk:

▢️ Membincangkan isu untuk penambahbaikan beberapa isu di daerah Kluang yang melibatkan belia di daerah ini.

▢️ Membawa suara-suara dan idea-idea belia di dalam dalam daerah Kluang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Pejabat Daerah Kluang dan Ketua-Ketua Jabatan dalam Daerah Kluang. Semoga jalinan dan ukhuwah terus berpanjangan dalam menjayakan MPBN Peringkat Daerah Kluang 2026.




Belia Kluang kita ada RUN  Renggam pada 10 Oktober 2026 nie lahhh!!! Jom kita join RUN sempena Hari Sukan Negara Peringk...
20/09/2026

Belia Kluang kita ada RUN Renggam pada 10 Oktober 2026 nie lahhh!!! Jom kita join RUN sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang.


31 Ogos 2026 (Isnin) - Coretan bersama - sama Belia Daerah Kluang dibawah pimpinan Majlis Belia Daerah Kluang ditugaskan...
31/08/2026

31 Ogos 2026 (Isnin) - Coretan bersama - sama Belia Daerah Kluang dibawah pimpinan Majlis Belia Daerah Kluang ditugaskan bagi membawa 69 jalur gemilang sempena Hari Kebangsaan yang ke-69.

Perbarisan Tahun Ini diketuai oleh Puan Fatihah Salim Setiausaha Kehormat MBDKLG memimpin perbarisan kali ini. TERIMA KASIH Pejabat Daerah Kluang & Pejabat Pendidikan Daerah Kluang kerana telah memberi ruang pelajar dan peluang kepada kami.

Terbaik YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor & YB Syed Hussien Bin Syed Abdullah,Yang Berkhidmat... πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺ
05/08/2026

Terbaik YB Dato' Mohd Jafni Md Shukor & YB Syed Hussien Bin Syed Abdullah,Yang Berkhidmat... πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺ

26 Julai 2026 (Ahad) - Sesi Perjumpaan Makan Malam Pegawai & Exco Majlis Belia Daerah Kluang serta Perbincangan beberapa...
27/07/2026

26 Julai 2026 (Ahad) - Sesi Perjumpaan Makan Malam Pegawai & Exco Majlis Belia Daerah Kluang serta Perbincangan beberapa program-program yang akan diadakan mulai Ogos - Disember 2026.

Tidak terlewat bagi pentadbiran MBDKLG ingin mengucapkan Jutaan Tahniah Kepada Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri Johor yang baru dilantik bagi merancakkan lagi agenda pembangunan MAJU JOHOR dibawah pimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor. Semoga segala perancangan yang telah disusun atur dengan baik dan berkesan dapat memberi impak positif kepada seluruh rakyat Bangsa Johor.

Selain itu juga, ucapan Tahniah dan penyampaian cenderhati kepada pegawai dan exco MBDKLG diatas kelahiranTahniah atas kelahiran cahaya mata. Semoga anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, sihat, berakhlak mulia, serta menjadi penyejuk hati dan kebanggaan keluarga. Amin.


Address

Wisma Majlis Belia Kluang 323, Jalan Hospital
Kluang
86000

Telephone

+60187600973

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share