PAS Kawasan Kluang

Call Directions Website

PAS Kawasan Kluang TIMELINE>www.facebook.com/PasKawasanKluang

17/10/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”?

Dari Rantau Panjang ke Kluang, menziarahi mangsa banjir.

Pada Januari 2024, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ahli Parlimen Rantau Panjang ketika itu, menziarahi mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara di Kluang, diiringi pimpinan PAS setempat, Khidmat Malaysia dan wakil Jabatan Amal Johor.

Apakah bantuan yang paling diperlukan keluarga ketika berada di pusat pemindahan sementara?

Ayuh bersama dalam perjuangan ini.

Hubungi pegawai yang disenaraikan mengikut kawasan masing-masing dalam poster kempen untuk pertanyaan dan bantuan pendaftaran.

๐Ÿ“ž Hotline Negeri: ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿณ-๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿฒ๐Ÿฌ

17/10/2026

SANAH HELWAH TUAN GURU DATOโ€™ DR. MAHFODZ MOHAMED

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran (Sanah Helwah) kepada Tuan Guru Datoโ€™ Dr. Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 16 Oktober.

Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan dalam setiap langkah perjuangan, mengurniakan kesihatan yang baik, memanjangkan usia dalam ketaatan serta mempermudah segala urusan.

Dikurniakan kekuatan, ketabahan dan hikmah dalam memimpin perjuangan Islam, membimbing ahli serta menyumbang bakti demi kesejahteraan ummah dan negeri Johor.

Moga setiap usaha dan pengorbanan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan akhirat.

Ikhlas daripada,
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

17/10/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ž๐—”๐—› ๐—”๐—ก๐——๐—”?

Nama tokoh terdahulu diabadikan, kegiatan ilmu diteruskan.

Balai Islam Haji Omar Jani di Kluang mula digunakan sebagai pejabat pentadbiran PAS kawasan pada 2004. Dinamakan sempena Yang Dipertua PAS Kluang pertama, balai ini turut digunakan untuk pengajian dan kegiatan organisasi setempat.

Pernah mengikuti program di balai ini? Kongsikan kenangan anda.

Ayuh bersama dalam perjuangan ini.

Hubungi pegawai yang disenaraikan mengikut kawasan masing-masing dalam poster kempen untuk pertanyaan dan bantuan pendaftaran.

๐Ÿ“ž Hotline Negeri: ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿณ-๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿฒ๐Ÿฌ

15/10/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—œ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ž๐—ก๐—”๐—™ ๐—•๐—”๐—œ๐—ง๐—œ๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ค๐——๐—œ๐—ฆ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ
Bersama : Ustaz Abdul Mu'izz Bin Muhammad

Program ini akan menjelaskan secara ilmu dan fakta-fakta yang benar tentang perjuangan Palestin dan sekitarnya termasuklah Syria, Yamen, Iraq, Lubnan, Mesir dan lain-lain. Antara kepentingan mempelajari topik ini agar memperkukuh jati diri seorang muslim, konsisten dengan petunjuk islam, waspada dengan perancangan musuh islam, mengambil iktibar dari sejarah, memelihara aqidah dan pemikiran dari ideologi-ideologi yang songsang. Butiran program seperti berikut :

Tarikh : 17 Oktober 2026
Hari : Sabtu ini
Waktu : 8.30 Pagi Sehingga 11. 30 Pagi
Tempat : Taman Ilmu Kluang, Taman Idaman Kluang

Anjuran :
Akademik Tarbiah (AKTAR) Dewan Pemuda PAS Negeri Johor 2025/2027

Semua Pemuda PAS di Johor khususnya dan Warga PAS serta orang ramai umumnya dijemput hadir!

15/10/2026

TAHNIAH MAJLIS PERBANDARAN KLUANG!

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kluang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Majlis Perbandaran Kluang (MPK) atas kejayaan menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard 2026โ€“2028 Peringkat Kebangsaan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebersihan, keindahan dan keselesaan persekitaran bandar demi kesejahteraan masyarakat serta kemajuan sektor pelancongan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih cemerlang dalam menjadikan Kluang sebuah bandar yang bersih, indah, mesra pengunjung dan membanggakan seluruh warganya.

Kluang bukan sekadar tempat kita tinggal, tetapi bumi yang kita cintai dan tanggungjawab bersama untuk kita indahkan.

Tahniah MPK! Semoga Kluang terus melakar kejayaan dan menjadi kebanggaan rakyat Johor.

Ikhlas daripada
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kluang

Tahniah buat Majlis Perbandaran Kluang.
15/10/2026

Tahniah buat Majlis Perbandaran Kluang.

 .
15/10/2026

.

15.10.2026 | Khamis

๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ˆ๐“๐€๐‡๐”๐€๐

Kerja-kerja membina pembahagi jalan dibawah Pelan Kerja Tanah, Jalan dan Parit dibawah Akta 133 bagi cadangan Membina 4 lorong Jalan dari simpang Kluang Barat, Stadium Kluang menghubungkan ke Taman Delima yang akan dilaksanakan oleh pihak pemaju Tong Tor Sdn. Bhd.

Kerja-kerja akan dilaksanakan bermula pada 19 Oktober hingga 2 November dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam.

Sila berhati-hati dan patuhi arahan lalu lintas yang ditetapkan. Segala kesulitan amatlah dikesali.





DAURAH HARAKI PAS KLUANG SIRI 7IKTIBAR DARI FITNAH KUBRA : WASPADA TERHADAP PROPAGANDA & KONFLIKBersama :Ustaz Abdul Mu'...
15/10/2026

DAURAH HARAKI PAS KLUANG SIRI 7

IKTIBAR DARI FITNAH KUBRA : WASPADA TERHADAP PROPAGANDA & KONFLIK

Bersama :

Ustaz Abdul Mu'izz Bin Muhammad,
Ketua Dewan Ulamak PAS Klang

Tarikh : 16/10/2026 (Jumaat)

Tempat : Balai Islam Hj Omar Jani (BIHOJ)

Waktu : 6 Petang Sehingga 11 Malam

Nota :
Digalakkan masing-masing membawa potluck. Terima Kasih

Semua Warga PAS Kluang dijemput hadir ke Daurah Haraki PAS Kluang ini

"Mengilmukan Pimpinan dan Ahli Menuju Kebaikan"

Anjuran :
Lajnah Tarbiyyah PAS Kawasan Kluang

Address

Jalan Mersing
Kluang
86000

Telephone

+60105346625

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share