13/04/2026
Majlis Jamuan Raya Sekampung Bangsa Johor DUN Paloh yang berlangsung di Kahang Barat dan Kg Melayu Batu 4 telah diraikan dengan penuh kemeriahan, sekali gus mencerminkan keindahan penyatuan serta semangat kebersamaan warga Sembrong yang terus utuh dan tidak pernah luntur.
Penganjuran program ini turut menyerlahkan komitmen berterusan UMNO Bahagian Sembrong dalam mendekati rakyat, memperkukuh silaturahim serta menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang. Inilah pendekatan yang sentiasa menjadi keutamaan, turun padang, bersama rakyat dan memahami denyut nadi komuniti setempat.
Kehadiran kepimpinan UMNO Bahagian Sembrong, TKB Tuan Haji Hamzah Kuani bersama AJK Bahagian serta Ketua Wanita UMNO Sembrong, Dato Noraslina Zainal Abidin bersama ADUN Paloh, YB Lee Ting Han di kedua-dua lokasi jelas menambahkan lagi seri majlis serta memperkukuh hubungan erat antara pemimpin dan rakyat. Kehadiran ini bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan kesungguhan kepimpinan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa diberi perhatian.
Program seperti ini menampilkan wajah sebenar perpaduan di Sembrong, apabila masyarakat daripada pelbagai latar belakang dapat berhimpun dalam suasana harmoni, saling menghormati serta bersama-sama mengeratkan silaturahim dalam semangat kekeluargaan yang cukup erat 🤝
Sesungguhnya, inilah kekuatan sebenar UMNO Sembrong sebuah organisasi yang terus kukuh berpaksikan perpaduan, keprihatinan dan semangat kebersamaan antara pemimpin dan rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi atas keprihatinan berterusan terhadap akar umbi. Sokongan dan iltizam ini menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa masyarakat serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.
Semoga semangat penyatuan dan kebersamaan ini akan terus mekar, diperkukuh dan diwarisi demi masa depan yang lebih gemilang di bumi Sembrong.