Pejabat Perikanan Daerah Kluang

Directions Website

Pejabat Perikanan Daerah Kluang Berfungsi sebagai medium penyampaian maklumat semasa kepada komuniti perikanan daerah Kluang

08/10/2026

🐟 PELUANG KEEMASAN! KURSUS TERNAKAN IKAN SECARA BIOFLOK ZON SELATAN 🐟

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Johor!

Jabatan Perikanan Malaysia melalui Pejabat Perikanan Negeri Johor menjemput orang awam yang berminat dalam bidang akuakultur untuk menyertai Kursus Ternakan Ikan Secara Bioflok Zon Selatan Geran Agropreneur NexGen.
Belajar teknik ternakan moden secara Teori dan Amali untuk meningkatkan hasil pengeluaran akuakultur anda!

📌 Maklumat Program:
Tarikh: 21 – 22 Oktober 2026
Lokasi Kursus: Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut, Pahang
Tempat Berkumpul: Pejabat Perikanan Negeri Johor, Gelang Patah (pengangkutan bertolak dari sini)

🎁 Apa Yang Ditawarkan?
💲 Kursus adalah PERCUMA!

🚌 Pengangkutan, Makan & Penginapan DISEDIAKAN!

📚 Latihan komprehensif merangkumi Teori dan Amali

⚠️ Nota Penting:
🔴 TEMPAT ADALAH TERHAD!

👤 Keutamaan diberikan kepada peserta berumur 42 tahun ke bawah.
📲 Pendaftaran & Maklumat Lanjut: Sertai kami dengan mendaftar segera melalui pautan berikut: 👉 https://forms.gle/zqHHURYC5yvDbTuAA (atau imbas Kod QR pada poster)
📞 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Encik Hilal: 019-3706312

Jangan lepaskan peluang ini untuk membina kerjaya dan ilmu dalam bidang akuakultur moden. Tempat terhad, daftar hari ini sebelum kuota penuh! 🚀

06/10/2026
Pejabat Perikanan Daerah Kluang mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada 4 orang usahawan perikanan daerah ...
06/10/2026

Pejabat Perikanan Daerah Kluang mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada 4 orang usahawan perikanan daerah Kluang yang sedang mengikuti Kursus Teknologi Pembungkusan dan Pelabelan yang diadakan di Melaka.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memajukan lagi perniagaan yang diusahakan 😊

06/10/2026
02/10/2026

PENYERAHAN BANTUAN SISTEM PENYAMPAIAN INSENTIF PERIKANAN JOHOR (SPIJ)BAGI PROGRAM PEREKAYASAAN DAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI INDUSTRI AKUAKULTUL RJ5T TAHUN 2026 UNTUK PENTERNAK DAERAH KLUANG

KLUANG
29 SEPTEMBER 2026 & 01 OKTOBER 2026

DOF Malaysia
Pejabat Perikanan Negeri Johor
Pejabat Daerah Kluang
MEDIA DIGITAL JOHOR




28/09/2026
25/09/2026

Tiada lagi laporan penemuan spesis ikan piranha yang ditemui di sungai-sungai di Johor sehingga kini walaupun ada pemancing dakwa menemuinya.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Rosmawati Ghazali berkata, secara fizikalnya terdapat ciri-ciri ikan piranha di sungai di negeri ini namun peringkat jabatan perlu sampel untuk siasatan dan kajian supaya boleh membuat pengesahan.

“Setakat ini kita belum ada dapat sebarang laporan kehadiran ikan pirana. Kita harap tidak ada ikan tersebut sebab ia sangat potensi mengganggu ikan-ikan asli dan dikhuatiri akan merubah dari segi rantaian makanan serta menjejaskan biodiversiti perikanan darat di perairan Johor,” katanya.



Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

25/09/2026

SEKITAR PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN AIR TAWAR KE PERAIRAN UMUM BERSAMA NELAYAN DARAT PANGKALAN SUNGAI PEROH, KAHANG DAN LAWATAN KERJA PENGARAH PERIKANAN NEGERI JOHOR KE DAERAH KLUANG TAHUN 2026

SEMBRONG, 23 SEPTEMBER 2026

DOF Malaysia
Pejabat Perikanan Negeri Johor
Pejabat Daerah Kluang
MEDIA DIGITAL JOHOR




PENYERAHAN RANGKA DWI PLATFORM TERAPUNG (JETI PONTOON) UNTUK NELAYAN DARAT PANGKALAN BATU 17 (KAHANG) DAN PANGKALAN TEWO...
25/09/2026

PENYERAHAN RANGKA DWI PLATFORM TERAPUNG (JETI PONTOON) UNTUK NELAYAN DARAT PANGKALAN BATU 17 (KAHANG) DAN PANGKALAN TEWOWOH, DAERAH KLUANG TAHUN 2026

Kluang- 22 SEPTEMBER 2026

PPD Kluang dan nelayan darat sekitar Pangkalan Batu 17, Kahang dan Pangkalan Tewowoh menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pejabat Perikanan Negeri Johor atas pemberian jeti terapung ini. Sudah pasti dengan adanya jeti ini dapat memudahkan urusan dan menambah aspek keselamatan kepada nelayan darat serta merancakkan lagi aktiviti perikanan darat yang diusahakan mereka. Diharap usaha-usaha seumpama ini dapat diperluaskan kepada lebih banyak pangkalan nelayan darat di daerah ini yang pastinya memberi manfaat berterusan kepada setiap nelayan.

DOF Malaysia
Pejabat Perikanan Negeri Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR





PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN AIR TAWAR KE PERAIRAN UMUM BERSAMA NELAYAN DARAT PANGKALAN SUNGAI PEROH, KAHANG DAN LAWATAN...
25/09/2026

PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN AIR TAWAR KE PERAIRAN UMUM BERSAMA NELAYAN DARAT PANGKALAN SUNGAI PEROH, KAHANG DAN LAWATAN KERJA PENGARAH PERIKANAN NEGERI JOHOR KE DAERAH KLUANG TAHUN 2026

SEMBRONG, 23 SEPTEMBER 2026- Telah berlangsung program Pelepasan Benih Ikan Air Tawar ke Perairan Umum bertempat di Pangkalan Nelayan Sungai Peroh, Sungai Sembrong, Kluang hari ini. Program ini telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Rosmawati Binti Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Johor. Sebanyak 15,000 ekor benih ikan air tawar dari spesis baung, lampam dan sebarau telah dilepaskan di sini.

Turut diadakan semasa program ini ialah Perasmian Jeti Terapung, Penyerahan Papan Tanda Kesedaran dan Penyerahan Bantuan Sampan kepada nelayan terpilih.

Pada sebelah petang p**a, Pengarah Perikanan Negeri Johor berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Premis Ternakan Ikan Tilapia yang diusahakan oleh KRT Cekal, Kluang.

Kemudian, PPN Johor telah mengadakan lawatan kepada 2 orang usahawan perikanan iaitu Puan Hajjah Anim Binti Abu dan Puan Mimi Rahayu Binti Paiman.

DOF Malaysia
Pejabat Perikanan Negeri Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR




Address

Bangunan Persekutuan Daerah Kluang
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share