06/10/2026
๐พ HARI SAWAH IADA KOTA BELUD 2026 | HARI KEDUA ๐พ
MAJLIS PERASMIAN HARI SAWAH IADA KOTA BELUD 2026
1 Oktober 2026 | Khamis
๐ Perkarangan Pejabat IADA Kota Belud
Hari kedua Hari Sawah IADA Kota Belud 2026 diteruskan dengan pelbagai pengisian ilmu, aktiviti serta Majlis Perasmian Hari Sawah IADA Kota Belud 2026 yang menghimpunkan para pesawah, jabatan dan agensi berkaitan serta para pempamer.
Antara pengisian yang dilaksanakan termasuk ceramah pengurusan tanaman padi secara transplanter, pengenalan Sistem Maklumat Makhluk Racun Perosak (SISMARP), pengurusan air sawah cekap dan isu semasa serta amalan pertanian baik.
Majlis turut diserikan dengan ketibaan tetamu jemputan, nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan ringkas oleh Pengarah IADA Kota Belud, penyampaian hadiah kepada peserta sukaneka, sesi bergambar serta lawatan ke reruai pameran.
Program ini menjadi platform untuk memperkukuh perkongsian ilmu, meningkatkan kesedaran berkaitan amalan pertanian yang baik serta mengeratkan hubungan antara pesawah, jabatan dan agensi dalam menyokong pembangunan sektor tanaman padi di Kota Belud. ๐พ๐ค
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan, jabatan dan agensi, pempamer, penceramah, pesawah serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Hari Sawah IADA Kota Belud 2026.