Datuk Kamarudin Md Nor

Directions Contact the organization

Datuk Kamarudin Md Nor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Datuk Kamarudin Md Nor, Political organisation, Kota Bharu.

23/10/2026

Live!

Majlis Perasmian Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK STONG GEOPARK BIL. 1/2026Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Stong Geopark Bil. 1/2026 ...
22/10/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK STONG GEOPARK BIL. 1/2026

Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Stong Geopark Bil. 1/2026 yang dipengerusikan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju, penyelarasan serta usaha memperkukuh pembangunan Stong Geopark sebagai khazanah geologi, alam semula jadi dan warisan negeri yang mempunyai nilai tinggi.

Semoga segala perancangan dan kerjasama antara agensi yang terlibat dapat terus diperkasakan bagi memastikan kelestarian Stong Geopark terpelihara, di samping mengangkat potensinya sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan geopelancongan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Negeri Kelantan.



Β°

JOM MERIAHKAN KARNIVAL RAKYAT KELANTAN!Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-36 Pentadbiran Membangun Bersama Islam, Karnival ...
21/10/2026

JOM MERIAHKAN KARNIVAL RAKYAT KELANTAN!

Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-36 Pentadbiran Membangun Bersama Islam, Karnival Rakyat Kelantan kembali memeriahkan suasana dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Karnival ini menjadi ruang untuk rakyat berkumpul, mengeratkan silaturahim serta bersama-sama meraikan 36 tahun perjalanan pentadbiran Membangun Bersama Islam di Negeri Kelantan.

πŸ“ Lokasi: Dataran Warisan dan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
πŸ“… Tarikh: 22–24 Oktober 2026 (Khamis–Sabtu)

Jadi, jangan lepaskan peluang! Ajak keluarga dan rakan-rakan, luangkan masa bersama dan sama-sama kita meriahkan Karnival Rakyat Kelantan.

Jom pakat mari ramai-ramai! Kita meriahkan bersama. Jumpa di sana, insya-Allah! 🀩


21/10/2026
36 TAHUN PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAMMajlis Sambutan Sempena 36 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam yang di...
20/10/2026

36 TAHUN PENTADBIRAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Majlis Sambutan Sempena 36 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, menjadi satu manifestasi perjalanan panjang pentadbiran negeri berteraskan prinsip dan nilai-nilai Islam.

Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) terus menjadi asas dalam membentuk hala tuju pembangunan Negeri Kelantan, dengan penekanan terhadap keseimbangan antara kemajuan pembangunan, kesejahteraan rakyat serta penghayatan nilai agama dalam kehidupan seharian.

Semoga prinsip Membangun Bersama Islam terus diperkasakan dan dihayati dalam setiap lapisan masyarakat, demi melahirkan sebuah negeri yang sejahtera, harmoni dan diberkati Allah SWT, di samping memastikan pembangunan negeri terus memberi manfaat kepada rakyat untuk generasi kini dan akan datang.



Selamat maju jaya ditempat baru dan terima kasih atas jasa dan amanah yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Majl...
20/10/2026

Selamat maju jaya ditempat baru dan terima kasih atas jasa dan amanah yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Majlis Daerah Jeli..

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔 & π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—žπ—”π—¦π—œπ—›

Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Jeli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Nik Abdul Halim Bin Haji Nik Hassan atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Setiausaha Majlis Daerah Jeli.

Semoga Dipermudahkan segala urusan dan maju jaya di tempat baru.

Siiru ala barakatillah.
Selamat Maju Jaya & Terima Kasih.

π˜Ώπ™–π™§π™žπ™₯𝙖𝙙𝙖
Warga Kerja Majlis Daerah Jeli.





#π‘·π’‚π’Œπ’‚π’•π‘±π’‚π’ˆπ’π‘²π’†π’ƒπ’†π’“π’”π’Šπ’‰π’‚π’

20/10/2026

Majlis Sambutan Sempena Pentadbiran Membangun Bersama Islam

PERSIDANGAN SYARIAH DAN PERUNDANGAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1448H/2027MTurut menghadiri Persidangan Syariah dan Perund...
19/10/2026

PERSIDANGAN SYARIAH DAN PERUNDANGAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1448H/2027M

Turut menghadiri Persidangan Syariah dan Perundangan β€œMemperkasakan Kedaulatan Syariah Melalui Institusi Diraja dan Perundangan Negeri” Peringkat Negeri Kelantan 1448H/2027M yang berlangsung di Grand Riverview Hotel. Persidangan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Persidangan ini mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperkukuh institusi kehakiman Syariah, memperkasakan pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap prinsip dan kedudukan Syariah dalam sistem perundangan negara.

Antara pembentang yang berkongsi pandangan dan kepakaran dalam persidangan ini ialah YB Nik Bahrum Nik Abdullah, Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka; YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz, Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); YBrs. Tuan Haji Awang Armadayaja bin Awang Mahmud, Peguambela dan Peguamcara serta mantan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya; dan YAA Dato’ Wan Abd Malik bin Wan Sidek, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.

Pada sebelah petang, persidangan diteruskan dengan sesi perbincangan wacana yang dimoderatorkan oleh YBrs. Tuan Mudzafar Shah bin Mohamad, Peguambela dan Peguamcara, bersama ahli panel iaitu YBhg. Dato’ Haji Zainul Rijal bin Abu Bakar, Peguambela dan Peguamcara; YBrs. Dr. Yusfarizal bin Yusoff, Peguambela dan Peguamcara; serta YB Tuan Haji Wan Rohimi bin Wan Daud, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah merangkap ADUN Melor.

Diharapkan persidangan ini menjadi wadah penting dalam memperluas pertukaran ilmu, memperkukuh kefahaman serta merintis pendekatan yang lebih berkesan dalam memartabatkan institusi dan perundangan Syariah. Semoga segala perkongsian dan hasil perbincangan dapat memberikan manfaat kepada negeri dan rakyat, di samping memperkukuh keharmonian serta keluhuran sistem perundangan berteraskan prinsip Islam.


Address

Kota Bharu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk Kamarudin Md Nor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Datuk Kamarudin Md Nor:

Shortcuts

Share