28/09/2026
PEMERIKSAAN PEMATUHAN PERATURAN GPL DI OUTLET FAMA
๐
27 September 2026 | Ahad
Pemantauan dan pemeriksaan pematuhan Peraturan GPL terus dilaksanakan di Outlet Agrobazaar FAMA bagi memastikan pengusaha sentiasa mematuhi ketetapan yang ditetapkan, di samping memastikan maklumat harga dipamerkan dengan jelas dan mudah dirujuk oleh pengguna.
Hasil pemeriksaan mendapati premis mematuhi peraturan GPL serta telah mempamerkan Label GPL bagi rujukan pengguna.
Dalam sesi pemeriksaan ini, penerangan turut diberikan kepada pemilik premis berkaitan pematuhan GPL, termasuk tatacara pengisian Label GPL yang betul dan lengkap. Teguran secara lisan turut diberikan berhubung penggunaan label yang bersesuaian serta mudah dilihat oleh pengguna.
Pemantauan secara berterusan ini merupakan salah satu usaha FAMA dalam memperkukuh pematuhan peraturan, meningkatkan ketelusan maklumat harga serta memastikan hak dan kepentingan pengguna sentiasa diberi perhatian.
Komitmen dan kerjasama berterusan daripada pengusaha amat dihargai dalam memastikan pematuhan GPL dapat dilaksanakan dengan baik, sekali gus mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih telus, teratur dan mesra pengguna.
Regulatori FAMA official