JUPEM KELANTAN

Directions Website

JUPEM KELANTAN Laman Rasmi Facebook JUPEM Kelantan - Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛.Tahniah diucapkan kepada Sr Muhammad Amirul Aiman b Muhamad Asri di atas kemenangan tempat pertama dalam Pertand...
16/09/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛.

Tahniah diucapkan kepada Sr Muhammad Amirul Aiman b Muhamad Asri di atas kemenangan tempat pertama dalam Pertandingan Fotografi sempena Hari Kebangsaan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat JUPEM.



𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆.14 Sept...
14/09/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐉𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆.

14 September 2026 | 2 Rabiulakhir 1448H

JUPEM Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Tanah dan Jajahan Machang. Delegasi JUPEM Kelantan diketuai oleh LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan. Turut serta LSr Shahriman bin Ismail, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II; LSr Mohd Affan bin Jusop, Juruukur Jajahan Kelantan Selatan; Encik Muhammad Amirul Aiman b Muhamad Asri, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Penerbitan Peta Kadaster) serta Encik Mohd Harmizi bin Daud, Ketua Cawangan (Aplikasi dan Latihan).

YABrs. Tuan Mohd Zamri bin Ibrahim, Ketua Jajahan Machang telah meluangkan masa menerima kunjungan hormat delegasi JUPEM Kelantan. Turut serta bersama beliau ialah Encik Nik Ahmad Shazzwan bin Nek Mumhammad, Timbalan Ketua Jajahan; Encik Wan Muhammad Faiz bin Wan Mamat, Penolong Ketua Jajahan (Penguatkuasaan & Teknikal) dan Encik Muhammad ‘Azim bin Mohd Yusoff, Juruukur Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.

Kunjungan tersebut memberi tumpuan kepada cadangan perizaban tujuh lot tanah PTP yang melibatkan Kuarters Juruukur, Kuarters Juruteknik, Kuarters Pembantu Awam (PRA) serta Pejabat Ukur Jajahan Kelantan Selatan di Bandar Machang. Lot-lot berkenaan merupakan tanah di bawah Perkara 166 (4) Perlembagaan Persekutuan yang telah digunakan oleh JUPEM Kelantan sejak tahun 1958 lagi.

Antara perkara yang dibincangkan ialah semakan status dan sempadan lot, penyediaan pelan pra-hitungan, semakan rekod tanah bersama pihak berkuasa tanah negeri dan tindakan susulan yang diperlukan bagi melengkapkan proses perizaban di bawah Seksyen 62, KTN.

JUPEM Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Machang atas kerjasama, pandangan serta komitmen yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. Sesi kunjungan hormat tersebut berakhir dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderahati kepada Ketua Jajahan Machang.




𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐈𝐙𝐙𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇.13 September 2026 | ...
13/09/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐔𝐊𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐈𝐙𝐙𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇.

13 September 2026 | 1 Rabiulakhir 1448H

Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan, YBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, bersama Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. LSr Shahriman bin Ismail, telah mengadakan sesi Ziarah Kasih kepada Encik Muhammad Izzat bin Mohd Salleh, Penolong Juruukur (JA5), Pejabat Juruukur Jajahan Pasir Mas, susulan pemergian ibunda tercinta beliau yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Dalam ziarah tersebut, sumbangan ikhlas daripada warga JUPEM Kelantan serta Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur Kelantan (KESUKA) turut disampaikan oleh Tuan Pengarah sebagai tanda keprihatinan, kebersamaan dan sokongan kepada Encik Muhammad Izzat serta keluarga dalam menghadapi saat kehilangan ini.

Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta beberapa pegawai JUPEM Kelantan turut berkesempatan menunaikan solat jenazah di Masjid Ar-Rahman, Pasir Pekan. Jenazah Allahyarhamah kemudiannya telah selamat disemadikan pada hari yang sama.

Seluruh warga JUPEM Kelantan merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada Encik Muhammad Izzat serta seluruh ahli keluarga.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa ibunda beliau, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Encik Muhammad Izzat dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّاۤلِّينَ۞

08/09/2026
Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati.Semangat kemerdekaan mengingatkan kita untuk terus bersatu, bekerjasama dan berk...
31/08/2026

Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati.

Semangat kemerdekaan mengingatkan kita untuk terus bersatu, bekerjasama dan berkhidmat demi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

Selamat Hari Kebangsaan ke 69!

Ikhlas daripada:
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan &
seluruh warga JUPEM Kelantan.

31/08/2026

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 “𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐆𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔” ✨

Merdeka vibes ON! 🎆
Saksikan kreativiti dan keunikan gaya kemerdekaan:

📍Dari JUPEM Kelantan
📍Penyertaan #07

𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞𝐊𝐀𝐃𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐌-𝟑 𝐈𝐂𝐓.9 - 13 Ogos 2026 | JUPEM KelantanJabatan Ukur dan Pemeta...
15/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐞𝐊𝐀𝐃𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐌-𝟑 𝐈𝐂𝐓.

9 - 13 Ogos 2026 | JUPEM Kelantan

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan telah melaksanakan Final Acceptance Test (FAT) Projek Naik Taraf Sistem eKADASTER, aktiviti Transfer of Technology (TOT) serta kerja-kerja penyelenggaraan PM-3 ICT yang berlangsung selama lima hari, bermula 9 hingga 13 Ogos 2026.

Majlis pembukaan pada 9 Ogos 2026 lepas telah disempurnakan oleh YBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan dan majlis penutup yang berlangsung pada 13 Ogos 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. LSr Shahriman bin Ismail, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II JUPEM Negeri Kelantan.

Sepanjang pelaksanaan aktiviti ini, beberapa perkara utama telah dijalankan meliputi Ujian Final Acceptance Test (FAT) Sistem eKADASTER, Transfer of Technology (TOT) Star*Net, serta kerja-kerja penyelenggaraan PM-3 ICT.

Usaha menaik taraf Sistem eKADASTER merupakan satu agenda transformasi penting bagi JUPEM dalam memastikan infrastruktur data serta sistem ukur dan pemetaan negara sentiasa berada pada tahap moden, cekap, stabil dan mempunyai integriti yang tinggi.

Pelaksanaan ujian FAT ini mencerminkan komitmen berterusan JUPEM dalam memperkukuh sistem dan infrastruktur ICT selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa, bagi menyokong penyampaian perkhidmatan ukur dan pemetaan yang cekap, berkualiti dan berintegriti.

JUPEM Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi JUPEM, Bahagian Kadaster, pihak kontraktor serta seluruh warga JUPEM Kelantan atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan aktiviti ini.








🌙 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗕𝗜𝗨𝗟𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴13 Ogos 2026 | 29 Safar 1448 (Khamis)Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan (JUP...
13/08/2026

🌙 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗕𝗜𝗨𝗟𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟴

13 Ogos 2026 | 29 Safar 1448 (Khamis)

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan (JUPEM Kelantan) telah melaksanakan Cerapan Hilal bagi bulan Rabiulawal 1448 pada 13 Ogos 2026 bertempat di Tapak Cerapan Hilal Pantai Mek Mas, Kota Bharu, Kelantan.

Cerapan ini merupakan sebahagian daripada usaha JUPEM Kelantan dalam memberikan sokongan teknikal berkaitan penentuan awal bulan Hijrah, khususnya melalui kaedah cerapan dan pengukuran yang dilaksanakan menggunakan peralatan serta kepakaran teknikal yang bersesuaian.

Pelaksanaan cerapan ini turut memperlihatkan komitmen JUPEM Kelantan dalam memperkukuh kerjasama teknikal bersama Jabatan M***i Negeri Kelantan serta agensi berkaitan dalam urusan penentuan takwim Hijrah.

Umur Hilal 18 jam 23 minit.
Bulan terbenam : 19:59
Matahari terbenam : 19:26

Data rukyah Matahari dan Bulan disediakan oleh Bahagian Ukur Geodetik JUPEM.

Tiada penampakan hilal kerana awan tebal di ufuk.




𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍. 3 Ogos 2026 (...
04/08/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍.

3 Ogos 2026 (Isnin)

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri Kelantan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Seri Tanjung, JUPEM Negeri Kelantan.

Kehadiran YBrs. Puan Aida Nur Hidayah binti Hussein, Pengarah JKPTG Negeri Kelantan bersama Encik Mohd Firdaus bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan (Unit Pengambilan Tanah) serta pegawai-pegawai dari JKPTG Negeri Kelantan telah disambut oleh YBrs. LSr Muhammad Shamsuri bin Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan diiringi LSr Shahriman bin Ismail, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta pegawai-pegawai dari JUPEM Kelantan yang turut terlibat.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta membincangkan isu-isu semasa dan langkah penyelesaian berkaitan pengambilan tanah di Negeri Kelantan. Antara perkara yang dibincangkan ialah:
Khidmat nasihat keperluan-keperluan teknikal semasa penyediaan Permohonan Ukur (PU) dan permohonan akaun JUPEM2U bagi memudahkan urusan semakan Pelan Akui (PA) ukuran pengambilan tanah untuk pengeluaran hakmilik sambungan serta hala tuju bagi mewujudkan public awareness berkaitan urusan pusaka kecil dan ukuran pecah bahagian.

Semoga sesi perbincangan ini terus memperkukuhkan kerjasama erat antara JUPEM Negeri Kelantan dan JKPTG Negeri Kelantan dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berintegriti demi kepentingan rakyat serta pembangunan negeri.

𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 – 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐂𝐀𝐊𝐀𝐍.Satu sesi turun padang ke ta...
31/07/2026

𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 – 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐂𝐀𝐊𝐀𝐍.

Satu sesi turun padang ke tapak tanda sempadan Negeri Kelantan – Negeri Terengganu di Kampung Pacakan, Pasir Puteh, Kelantan telah dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kelantan dan Bahagian Ehwal Persempadanan (BEP).

Selain delegasi daripada BEP, turut serta dalam sesi turun padang ini adalah Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II, LSr Shahriman bin Ismail; LSr Mohd Affan bin Jusop, Juruukur Jajahan Kelantan Selatan bersama encik Roshaidien bin Hashim, Ketua Cawangan Kadaster Pelbagai serta kakitangan cawangan yang terlibat.

Semoga usaha ini dapat menyelesaikan beberapa isu berkaitan persempadanan sekaligus dapat memelihara kepentingan serta kedaulatan negeri.

Address

Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUPEM KELANTAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share