Perpustakaan Desa Kampung But

Directions Website

Perpustakaan Desa Kampung But Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Perkongsian Maklumat😀   😃pkapdkb
22/10/2026

Perkongsian Maklumat😀



😃pkapdkb

Hari ini hari gaji. Dah sebulan bekerja, apa kata belanja diri sikit? Tak perlu shopping besar atau makan mahal. Bawah RM20 pun ada banyak cara untuk raikan diri.

Pakai sheet mask sambil berehat, beli pen baru, nikmati kopi tanpa tergesa-gesa atau belikan pokok kecil untuk meja kerja. Nampak simple, tapi kadang benda kecil inilah yang kita asyik tangguhkan untuk diri sendiri.

Self-reward tak perlu tunggu pencapaian besar. Tak perlu juga ikut cara orang lain. Pilih satu yang anda s**a, ikut bajet yang ada.

Kita selalu ingat nak gembirakan orang lain. Hari ini, jangan lupa diri sendiri juga. 🤍

Waze pernah menjadi rakan kerjasama kerajaan Malaysia. Hari ini, penjawat awam dilarang menggunakannya. Apa sebenarnya y...
22/10/2026

Waze pernah menjadi rakan kerjasama kerajaan Malaysia. Hari ini, penjawat awam dilarang menggunakannya. Apa sebenarnya yang berubah?

Pada 21 Oktober 2026, kerajaan mengumumkan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam, berkuat kuasa serta-merta. Berdasarkan penjelasan FAQ, larangan tersebut terpakai ketika menjalankan tugas rasmi.

Keputusan ini dibuat atas pertimbangan keselamatan maklumat dan risiko pendedahan data lokasi pengguna.

Namun, ada sejarah penting yang mungkin ramai tidak tahu.

📍 Kerajaan Malaysia pernah bekerjasama secara rasmi dengan Waze.

Pada 2016, kerajaan Selangor melalui inisiatif Smart Selangor menjalinkan kerjasama dengan Waze dan tujuh pihak berkuasa tempatan untuk menerima laporan jalan berlubang daripada pengguna.

Kerjasama ini kemudian disokong oleh sistem Intelligence Response Selangor (i-RS).

Menurut jawapan rasmi Dewan Negeri Selangor pada Julai 2024, lebih 37,000 kerja penampalan jalan berlubang telah diselesaikan melalui sistem tersebut. Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.36 juta bagi pembangunan sistem i-RS, bukannya semestinya bayaran kepada Waze.

Di Putrajaya p**a, Perbadanan Putrajaya menjalankan Waze Connected Citizens Programme sejak 2019.

Portal rasmi Smart Putrajaya menyenaraikan kerjasama pertukaran data dua hala dengan Google Waze untuk menyokong pengurusan trafik, laporan insiden dan penutupan jalan.

Jadi, adakah kerajaan sebelum ini tidak menyedari Waze berasal dari Israel?

Persoalan yang lebih penting ialah bagaimana risiko keselamatan digital dinilai dan sama ada penilaian tersebut berubah mengikut masa.

🔎 Waze bukan lagi milik syarikat Israel?

Benar, Google mengambil alih Waze pada 2013.

Namun, berdasarkan Terms of Use yang dikemas kini pada 8 Julai 2026, perkhidmatan Waze masih disediakan oleh Waze Mobile Ltd., sebuah syarikat yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Lebih penting, dasar privasinya sendiri menamakan Waze Mobile Ltd. di Tel Aviv sebagai data controller.

Ini bukan sekadar isu asal-usul jenama. Ia melibatkan entiti yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan data dan bidang kuasa undang-undang.

📍 Mengapa data lokasi boleh menjadi isu keselamatan negara?

Waze mengumpul maklumat seperti koordinat GPS, laluan perjalanan, masa dan sejarah perjalanan. Bergantung kepada tetapan peranti, sebahagian maklumat lokasi juga boleh dikumpulkan ketika aplikasi tidak digunakan.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Scientific Reports pada 2013, penyelidik mendapati hanya empat titik lokasi bersama maklumat masa mencukupi untuk mengenal pasti secara unik 95% individu dalam dataset mobiliti yang dikaji.

Kajian ini bukan mengenai Waze secara khusus, tetapi menunjukkan betapa uniknya corak pergerakan manusia.

Bayangkan corak perjalanan seorang pegawai yang kerap mengunjungi fasiliti strategik, premis keselamatan atau menghadiri mesyuarat berkepentingan negara.

Walaupun kandungan mesyuarat tidak diketahui, maklumat tentang lokasi, masa dan kekerapan lawatan berpotensi memberikan petunjuk tertentu.

Dalam bidang keselamatan maklumat, data seperti ini boleh dianggap sensitif bergantung pada konteks.

⚠️ Tetapi adakah Waze terbukti menyerahkan data kepada perisikan Israel?

Setakat bukti awam yang tersedia, dakwaan tersebut belum dapat disahkan.

Kita perlu membezakan antara risiko yang berpotensi berlaku dengan insiden penyalahgunaan data yang benar-benar terbukti.

Larangan kerajaan lebih tepat difahami melalui pendekatan precautionary risk management, iaitu mengurangkan pendedahan kepada risiko sebelum sesuatu insiden berlaku.

Namun, satu lagi persoalan penting timbul.

Jika sebelum ini agensi kerajaan pernah mempunyai integrasi sistem dan pertukaran data dengan Waze, adakah integrasi tersebut turut dinilai semula susulan larangan baharu?

Contohnya, portal Smart Putrajaya masih menyenaraikan Waze Connected Citizens Programme sebagai beroperasi ketika semakan dibuat. Status pelaksanaan sebenar selepas arahan baharu masih memerlukan pengesahan.

Ini tidak bermakna terdapat pelanggaran arahan, kerana penggunaan aplikasi oleh individu dan integrasi data antara organisasi adalah dua perkara yang berbeza.

Pelaksanaan larangan sepatutnya disusuli semakan terhadap sistem sedia ada, kawalan perkongsian data dan penilaian keselamatan aplikasi alternatif.

Aplikasi tempatan juga perlu memenuhi standard keselamatan, privasi dan tadbir urus data yang jelas.

Technology evolves. So should our security policies.

Kerjasama teknologi yang pernah memberikan manfaat kepada rakyat tidak semestinya kekal sesuai untuk selama-lamanya.

Pada masa yang sama, sesuatu keputusan keselamatan perlu disokong dengan penjelasan berasaskan bukti, skop pelaksanaan yang jelas dan penilaian risiko yang konsisten.

Kerana dalam dunia digital, bukan sekadar apa yang kita kongsikan yang perlu dilindungi.

Kadangkala, ke mana kita pergi, bila kita pergi dan berapa kerap kita pergi juga merupakan maklumat yang bernilai.

Public Health Malaysia






Pka
Tarikh: 22.10.2026

PERKONGSIAN MAKLUMAT      Tarikh: 21.10.2026pkapdkbSumber: PHM
21/10/2026

PERKONGSIAN MAKLUMAT






Tarikh: 21.10.2026
pkapdkb
Sumber: PHM

“Kolesterol tinggi. Ada tips nak turunkan? Kalau boleh, tak nak makan ubat.”

Ramai pernah terfikir perkara yang sama.

Ada yang takut kesan sampingan. Ada yang rasa sekali mula makan ubat, sampai bila-bila kena makan. Ada juga yang mahu cuba ubah pemakanan dahulu.

Kebimbangan itu boleh dibincangkan. Cuma sebelum kita sibuk mencari cara mengelakkan ubat, kita perlu tahu: setinggi mana bacaan itu, dan bagaimana risiko kesihatan kita secara keseluruhan?

Dua orang boleh mempunyai bacaan kolesterol yang hampir sama, tetapi memerlukan pelan rawatan berbeza.

Doktor turut melihat LDL, tekanan darah, diabetes, tabiat merokok, fungsi buah pinggang serta sejarah penyakit jantung atau strok. Sasaran LDL seseorang juga boleh berbeza mengikut tahap risikonya.

Jadi, apa yang boleh kita buat untuk membantu menurunkan kolesterol?

1. Ubah lemak yang kita makan.

Kurangkan kekerapan dan saiz hidangan makanan tinggi lemak tepu seperti daging berlemak, kulit ayam, mentega, pastri dan masakan bersantan pekat.

Pilih ikan, tauhu, tempe atau daging tanpa lemak dengan lebih kerap. Selang-selikan cara memasak dengan sup, kukus atau panggang.

Tak perlu tunggu mampu beli salmon. Ikan kembung pun boleh masuk dalam pelan pemakanan yang baik.

2. Tambah serat dalam makanan harian.

Oat, barli, kekacang, buah dan sayur boleh membantu. Serat larut dalam makanan seperti oat dan kekacang membantu mengurangkan penyerapan kolesterol.

Tetapi semangkuk oat tidak boleh “memadamkan” semua makanan lain sepanjang hari. Yang memberi kesan ialah corak pemakanan yang kita mampu kekalkan.

3. Bergerak secara konsisten.

Mulakan dengan berjalan mengikut kemampuan. Tambah masa dan kekerapan secara beransur-ansur. Pilih aktiviti yang boleh diulang dalam kehidupan sebenar, termasuk pada hari bekerja.

Aktiviti fizikal membantu kesihatan jantung dan kawalan lemak darah, walaupun perubahan pada penimbang tidak besar.

4. Hadir semula untuk semakan.

Jangan menilai kolesterol berdasarkan rasa badan lebih ringan atau tengkuk sudah tidak tegang. Semak semula ujian darah mengikut tempoh yang dipersetujui dengan doktor.

Bawa keputusan lama supaya perubahan bacaan boleh dibandingkan.

Dan jika doktor mencadangkan ubat, tanyalah:

“Kenapa saya perlukan ubat?”
“Apa sasaran LDL saya?”
“Apa manfaat dan kesan sampingan yang perlu saya tahu?”

Statin membantu menurunkan LDL dan mengurangkan risiko serangan jantung serta strok bagi mereka yang memerlukannya. Kalau ada kesan sampingan, maklumkan kepada doktor supaya rawatan boleh dinilai semula.

Jangan berhenti sendiri apabila bacaan sudah cantik. Bacaan itu mungkin bertambah baik kerana rawatan sedang berkesan.

Makan ubat juga tidak bermaksud usaha menjaga pemakanan sudah gagal. Ada orang memerlukan kedua-duanya untuk mencapai sasaran, termasuk kerana faktor keturunan.

Kita semua mahu kekal sihat dengan cara yang paling sesuai untuk diri sendiri.

Kalau perubahan gaya hidup mencukupi, teruskan dan pantau. Kalau ubat diperlukan, beri diri peluang menerima bantuan itu.

Semoga usaha menjaga kesihatan hari ini memberi kita lebih banyak waktu untuk berjalan, bekerja, ketawa dan menemani orang yang kita sayang.

Tarikh: 21.10.2026PERKONGSIAN INFO MAKLUMAT      PkaSumber: PHMWaze dilarang: Bukan sekadar soal mencari jalanSebelum ke...
21/10/2026

Tarikh: 21.10.2026
PERKONGSIAN INFO MAKLUMAT







Pka
Sumber: PHM

Waze dilarang: Bukan sekadar soal mencari jalan

Sebelum keluar rumah, ramai antara kita akan buka Waze. Bukan sebab tak tahu jalan, tetapi nak tahu jalan mana yang kurang sesak, ada kemalangan atau sekatan lalu lintas.

Namun, pernah terfikir bahawa setiap kali kita menggunakan aplikasi navigasi, kita juga berkongsi maklumat tentang lokasi dan pergerakan kita?

Waze merupakan aplikasi navigasi yang berasal dari Israel sebelum diambil alih oleh Google pada tahun 2013. Aplikasi ini menggunakan data lokasi dan maklumat daripada komuniti pengguna untuk memberikan panduan trafik secara masa nyata.

Pada 20 Oktober 2026, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah memutuskan larangan penggunaan Waze dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Arahan yang dimaklumkan melalui surat Ketua Setiausaha Negara itu berkuat kuasa serta-merta.

Mengapa larangan ini penting?

Data lokasi bukan sekadar menunjukkan di mana seseorang berada.

Apabila dikumpulkan dari semasa ke semasa, data pergerakan berpotensi mendedahkan rutin harian, tempat yang kerap dikunjungi, corak perjalanan dan lokasi tertentu yang mempunyai kepentingan strategik.

Bagi penjawat awam, khususnya mereka yang terlibat dengan urusan keselamatan, pentadbiran dan fasiliti penting kerajaan, pengurusan risiko seperti ini perlu diberikan perhatian.

Ini bukan bermaksud terdapat bukti bahawa semua data pengguna Waze telah disalahgunakan.

Sebaliknya, keputusan tersebut boleh dilihat sebagai langkah pencegahan berdasarkan pertimbangan keselamatan siber dan kepentingan negara.

Kita menyokong langkah kerajaan untuk memperkukuh keselamatan data, termasuk mengurangkan kebergantungan kepada teknologi yang menimbulkan kebimbangan keselamatan.

Sudah tentu, perubahan ini memerlukan penyesuaian. Pengguna memerlukan alternatif navigasi yang praktikal, tepat dan mudah digunakan. Keselamatan serta perlindungan data alternatif tersebut juga perlu dinilai.

Larangan ini khusus kepada anggota perkhidmatan awam, bukannya larangan menyeluruh terhadap semua rakyat Malaysia.

Dalam dunia digital hari ini, keselamatan negara bukan hanya berkaitan sempadan fizikal, bangunan atau aset pertahanan.

Ia juga berkaitan dengan data yang kita hasilkan setiap hari.

Kadang-kadang, perkara yang nampak sekecil satu titik bergerak di atas peta sebenarnya membawa maklumat yang jauh lebih besar.

Keselesaan itu penting. Tetapi apabila melibatkan keselamatan negara, langkah pencegahan juga wajar diberi keutamaan.

Public Health Malaysia

RABU : 21.10.2026PERKONGSIAN MAKLUMAT𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜Kejayaan dan kelangs...
21/10/2026

RABU : 21.10.2026
PERKONGSIAN MAKLUMAT

𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜
Kejayaan dan kelangsungan sesebuah organisasi amat bergantung pada pematuhan peraturan kerja yang telah ditetapkan bersama. Peraturan ini merangkumi skop tadbir urus, integriti, kerahsiaan maklumat, serta standard keselamatan di tempat kerja bagi memastikan persekitaran operasi yang beretika, produktif, dan harmoni. Pelaksanaan dasar yang jelas membolehkan organisasi meminimumkan risiko operasi, memelihara reputasi korporat, serta memastikan setiap tindakan sejajar dengan hala tuju strategik dan kehendak perundangan semasa.
Bagi staf di pelbagai peringkat—daripada pengurusan atasan hinggalah ke kump**an sokongan—pematuhan peraturan adalah tanggungjawab kolektif yang perlu digalas secara profesional. Setiap warga kerja dipertanggungjawabkan untuk menepati masa, menunjukkan disiplin diri, berinteraksi secara beretika, dan menyempurnakan tugas mengikut prosedur standard operasi (SOP). Pembudayaan sikap saling menghormati dan patuh kepada arahan bukan sahaja meningkatkan kecekapan kerja, malah membina suasana persekitaran kerja yang adil, selamat, dan berprestasi tinggi untuk semua.

SUMBER : Institut Integriti Malaysia

𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗧𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗥𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜

Kejayaan dan kelangsungan sesebuah organisasi amat bergantung pada pematuhan peraturan kerja yang telah ditetapkan bersama. Peraturan ini merangkumi skop tadbir urus, integriti, kerahsiaan maklumat, serta standard keselamatan di tempat kerja bagi memastikan persekitaran operasi yang beretika, produktif, dan harmoni. Pelaksanaan dasar yang jelas membolehkan organisasi meminimumkan risiko operasi, memelihara reputasi korporat, serta memastikan setiap tindakan sejajar dengan hala tuju strategik dan kehendak perundangan semasa.

Bagi staf di pelbagai peringkat—daripada pengurusan atasan hinggalah ke kump**an sokongan—pematuhan peraturan adalah tanggungjawab kolektif yang perlu digalas secara profesional. Setiap warga kerja dipertanggungjawabkan untuk menepati masa, menunjukkan disiplin diri, berinteraksi secara beretika, dan menyempurnakan tugas mengikut prosedur standard operasi (SOP). Pembudayaan sikap saling menghormati dan patuh kepada arahan bukan sahaja meningkatkan kecekapan kerja, malah membina suasana persekitaran kerja yang adil, selamat, dan berprestasi tinggi untuk semua.

SELASA | 20.10.2026Perkongsian Maklumat:ANAK KECIL DITEGUR, ORANG DEWASA P**A YANG BERGADUH.Kadangkala, semuanya bermula...
20/10/2026

SELASA | 20.10.2026
Perkongsian Maklumat:

ANAK KECIL DITEGUR, ORANG DEWASA P**A YANG BERGADUH.

Kadangkala, semuanya bermula dengan perkara kecil.

Seorang kanak-kanak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Ada orang dewasa menegur. Ibu bapa terasa. Pihak yang menegur p**a mempertahankan tindakan.

Akhirnya, perkara yang boleh diselesaikan dengan baik bertukar menjadi pertengkaran antara orang dewasa.

Sedangkan kanak-kanak itu mungkin sedang memerhatikan semuanya.

Dari sudut psikologi perkembangan, kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian (observational learning).

Kita mengajar mereka supaya tidak meninggikan suara, menghormati orang lain dan mengawal kemarahan.

Tetapi bagaimana p**a apabila orang dewasa sendiri gagal melakukan perkara yang sama?

Ada dua perkara yang perlu kita faham.

Pertama, kanak-kanak boleh ditegur. Mereka perlu belajar tentang batas, peraturan dan menghormati ruang peribadi orang lain. Namun, teguran mestilah sesuai dengan usia, jelas dan tidak memalukan.

Kedua, ibu bapa boleh mempertahankan anak. Tetapi mempertahankan anak tidak semestinya bermaksud perlu menyerang orang yang menegur.

Kita boleh berbeza pendapat tanpa bermusuhan. Kita boleh menegur tanpa menengking. Kita juga boleh meminta maaf tanpa perlu merasa kalah.

Emotional regulation bukan sekadar kemahiran yang perlu diajar kepada kanak-kanak. Orang dewasa juga perlu mengamalkannya.

Kerana akhirnya, anak-anak bukan sahaja belajar daripada apa yang kita nasihatkan.

Mereka belajar daripada bagaimana kita bertindak ketika marah.

Children learn more from what we do than what we say.

SUMBER : Public Health Malaysia

ANAK KECIL DITEGUR, ORANG DEWASA P**A YANG BERGADUH.

Kadangkala, semuanya bermula dengan perkara kecil.

Seorang kanak-kanak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Ada orang dewasa menegur. Ibu bapa terasa. Pihak yang menegur p**a mempertahankan tindakan.

Akhirnya, perkara yang boleh diselesaikan dengan baik bertukar menjadi pertengkaran antara orang dewasa.

Sedangkan kanak-kanak itu mungkin sedang memerhatikan semuanya.

Dari sudut psikologi perkembangan, kanak-kanak banyak belajar melalui pemerhatian (observational learning).

Kita mengajar mereka supaya tidak meninggikan suara, menghormati orang lain dan mengawal kemarahan.

Tetapi bagaimana p**a apabila orang dewasa sendiri gagal melakukan perkara yang sama?

Ada dua perkara yang perlu kita faham.

Pertama, kanak-kanak boleh ditegur. Mereka perlu belajar tentang batas, peraturan dan menghormati ruang peribadi orang lain. Namun, teguran mestilah sesuai dengan usia, jelas dan tidak memalukan.

Kedua, ibu bapa boleh mempertahankan anak. Tetapi mempertahankan anak tidak semestinya bermaksud perlu menyerang orang yang menegur.

Kita boleh berbeza pendapat tanpa bermusuhan. Kita boleh menegur tanpa menengking. Kita juga boleh meminta maaf tanpa perlu merasa kalah.

Emotional regulation bukan sekadar kemahiran yang perlu diajar kepada kanak-kanak. Orang dewasa juga perlu mengamalkannya.

Kerana akhirnya, anak-anak bukan sahaja belajar daripada apa yang kita nasihatkan.

Mereka belajar daripada bagaimana kita bertindak ketika marah.

Children learn more from what we do than what we say.

Public Health Malaysia

PERKONGSIAN INFO BERMANAFAAT   Tarikh: 20.10.2026Pka
20/10/2026

PERKONGSIAN INFO BERMANAFAAT



Tarikh: 20.10.2026
Pka

KUTIP KEMBALI KETENANGAN: PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL PENJAWAT AWAM 💚

Di sebalik senyuman seorang penjawat awam, mungkin tersimpan keletihan, tekanan dan beban tugas yang tidak terlihat oleh mata.

Kita sering sibuk menjaga urusan orang lain sehingga terlupa menjaga diri sendiri. Sedangkan, minda yang sihat merupakan asas kepada kehidupan yang sejahtera dan perkhidmatan yang cemerlang.

✨ Ingatlah 3 perkara penting ini:

✅ Kenali tanda-tanda tekanan — keletihan melampau, hilang motivasi dan perubahan emosi bukanlah sesuatu yang wajar diabaikan.

✅ Amalkan penjagaan diri — urus masa dengan bijak, lakukan senaman ringan, dapatkan rehat yang mencukupi dan berkongsi masalah dengan insan yang dipercayai.

✅ Jangan takut mendapatkan bantuan — berbincanglah dengan kaunselor atau pihak yang berkelayakan apabila memerlukan sokongan.

🌸 Tidak mengapa untuk berehat. Tidak salah untuk meluahkan perasaan. Dan tidak pernah menjadi satu kelemahan untuk meminta pertolongan.

Jangan tunggu sehingga diri benar-benar kehabisan tenaga untuk mula menjaga kesihatan mental.

Ingatlah, kita tidak perlu sentiasa kuat setiap masa. Kita juga manusia yang mempunyai perasaan, batas kemampuan dan keperluan untuk dipedulikan.

💚 Kesihatan mental anda adalah keutamaan bersama. Anda tidak keseorangan.

Semoga setiap penjawat awam sentiasa diberikan ketenangan jiwa, kekuatan menghadapi cabaran dan kebahagiaan dalam menjalankan amanah.

 ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?Keselamatan anak bukan hanya perlu diberi perhatian ketika berada d...
20/10/2026



ANAK SELAMAT DI RUMAH, TAPI SELAMATKAH DI ALAM MAYA?

Keselamatan anak bukan hanya perlu diberi perhatian ketika berada di luar rumah, malah turut merangkumi aktiviti mereka di alam maya.

Bimbing anak-anak menggunakan teknologi secara bijak dan selamat. Pantau, lindungi dan didik kerana keselamatan mereka di alam maya juga tanggungjawab kita bersama.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#20102026
Tarikh: 20.10.2026




🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi  bahan pencemaran yang tidak d...
19/10/2026

🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.

Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.




pkapdkb

Sumber: Kementerian Kesiharan Malaysia

Perkongsian Maklumat😄    Tarikh: 19.10.2026
19/10/2026

Perkongsian Maklumat😄




Tarikh: 19.10.2026

TIPS MENGUBAT HATI

Sentiasa Bersangka Baik
Latih hati untuk melihat sisi baik dalam setiap perkara. Bersangka baik dengan manusia dan yakin bahawa setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya. Hati yang positif lebih mudah menerima ketentuan Allah dengan redha.

Buang Hasad Dengki
Hasad hanya membakar hati dari dalam. Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki dan doakan kebaikan untuk orang lain. Ingat, rezeki dan nikmat setiap insan telah ditetapkan oleh Allah dengan penuh keadilan.

Ukirkan Senyuman
Senyuman adalah sedekah yang paling mudah tetapi besar nilainya. Senyumlah walau hati diuji, kerana senyuman mampu melembutkan hati sendiri dan orang di sekeliling kita.

Merendah Diri
Kesombongan hanya menjauhkan kita daripada kasih sayang manusia dan rahmat Allah. Rendahkan diri tanpa merendahkan maruah, kerana orang yang benar-benar mulia ialah yang tidak memandang rendah orang lain.

Hiasi Diri dengan Sifat Pemaaf
Memaafkan bukan bermakna kita kalah, tetapi tanda kita kuat dan matang. Bila kita mampu memaafkan, hati akan terasa lebih ringan dan jiwa menjadi lebih tenteram.

Hiasi Diri dengan Sifat Ikhlas
Ikhlaslah dalam setiap perbuatan, walau sekecil mana pun. Jangan mengharap pujian manusia, cukup hanya mengharap redha Allah. Hati yang ikhlas adalah hati yang tenang.

Perbanyakkan Zikir dan Doa
Hati yang selalu berzikir akan merasa dekat dengan Allah. Zikrullah mampu menjadi penawar kepada keresahan dan kegelisahan yang tersembunyi.

Bersahabat dengan Orang yang Baik
Pilihlah teman yang mengingatkan kita kepada Allah, bukan yang menjauhkan. Sahabat yang baik ibarat cermin yang menegur dengan kasih sayang dan membimbing ke arah kebaikan.

Bersyukur atas Segala Nikmat
Jangan hanya melihat apa yang kita tiada, tetapi hargailah apa yang masih kita miliki. Syukur menjadikan hati lembut, tenang, dan lapang menerima ujian hidup.

Dekatkan Diri dengan Al-Quran
Al-Quran adalah ubat bagi hati yang luka. Bacalah, hayati dan amalkan isinya, kerana di dalamnya ada ketenangan yang tidak dapat diganti oleh apa pun di dunia ini.

💫 Hati yang terubat adalah hati yang sentiasa kembali kepada Allah — dengan sabar, redha, dan cinta yang tulus.

Address

Kampung But
Kota Bharu
16450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:15
Tuesday 09:00 - 17:15
Wednesday 09:00 - 17:15
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:15

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung But posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share