11/09/2026
[πππππππππ πππππππππ πππππππππ πππ πππππ ππππ]
8 September 2026-Simposium Kesihatan Pekerjaan Zon Timur 2026 telah berjaya diadakan bertempat di Hotel Renai, Kota Bharu, Kelantan dengan kerjasama JKKP Kelantan dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Ahmad Jailani Bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) JKKP Malaysia.
Turut hadir pada program sama, YBrs. Puan Rosnizawati Binti Baharom, Pengarah JKKP Kelantan, Profesor Dato' Dr. Shaiful Bahari Ismail, Pengarah Kampus Kesihatan (USM), Ts. Amree Bin Ghazi, Timbalan Pengarah (Operasi) JKKP Terengganu dan YBrs. Rukairulaizamm Bin Ab Rahman, Timbalan Pengarah JKKP Pahang.
Sempena program ini, turut diadakan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang mendapat penyertaan daripada 13 buah booth pameran melibatkan pelbagai agensi dan organisasi berkaitan. Program ini merupakan satu platform istimewa menghimpunkan pakar, pengamal, akademia, majikan dan pekerja untuk berkongsi ilmu, penyelidikan, inovasi serta amalan terbaik dalam bidang kesihatan pekerjaan.
Tahniah kepada semua peserta dan semoga program Simposium Kesihatan Pekerjaan Zon Pantai Timur 2026 kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta.